My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, October 25, 2011

Spaghetti Bolognese....tak der sos pasta pun boleh ajelah

Layan gambar baru cerita sikit, tak leh panjang2........menu ni akan tercipta selepas menu2 b/fast lain sepanjang minggu atau bulan, sbbnya jika ia selalu tercipta, ada yang tidak akan makan......so jarang2 la buat walaupun tukang masak ni suka heeeee. Kali ni buat dgn bahan apa yg ada kat dapur ida jer.....tapi rasa tetap maintain. Sebelum ni dh ada n3 pasal menda ni, tapi kuahnyer letak sos pasta, daging kisar dan  tak letak sosej.....kali ni ida letak sosej, sikit daging kisar dan sosnya hanya guna sos tomato, tomato cut dlm tin sahaja beserta bahan2 lain. Dan satu lagi,  kuah pasta yg ida buat ni, kurang pedas...ikut tekak anak2 ida yg tak pandai makan pedas2, so boleh diadjust ye penggunaan cili/lada hitam tu.

Bahan-bahan : A
  • 300  gm spaghetti 
  • Sedikit garam
  • Sedikit olive oil/minyak zaitun
Bahan-bahan kuah :
  • 1/2 cawan daging lembu kisar......boleh dilebihkan
  • 5 batang sosej...dihiris nipis2
  • 1  labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 hiris nipis halia *
Kisar bahan bertanda *
  • 2 ulas bawang putih...cincang
  • 1/2 labu bawang besar.....didadu halus
  • 1 tin tomato cut dlm tin atau tomato puree yg  kasar
  • 1/2 cawan  sos tomato
  • 1/2 sd teh serbuk cili....boleh dilebihkan/dikurangkan
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/2  sd teh/lebih serbuk lada hitam.....yg kasar
  • 1/2 - 1  sd besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit  serbuk parsley 
  • Sedikit  serbuk oregano
  • Opptional....1 sk serbuk pati ayam
  • Cendawan bulat ( shitake )....dipotong nipis
  • Sedikit air utk tambahan kuah...kepekatan kuah ikut citarasa masing2
  • Sedikit olive oil untuk menumis.....boleh juga pakai minyak biasa / tambah butter 
  • Tambahan sayur2 lain jika suka cth carrot didadu, capsicum.....ida tak letak
CARA-CARA :
Bahan A
  • Didihkan air di dalam periuk
  • Titiskan sedikit olive oli serta masukkan sedikit garam ( 1 1/2 sk  )
  • Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan rebus hingga empuk ....kacau supaya ia tidak melekat
  • Toskan, titis lagi dgn sedikit olive oil....kacau sebati dan ketepikan
Kuah 
  • Tumiskan bawang putih cincang hingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar dadu....tumis seketika.
  • Masukkan bahan kisar /bahan *...tumis sehingga naik bau/sedikit garing
  • Masukkan tomato dlm tin dan serbuk cili......tumis sekejap
  • Masukkan daging cincang dan serta bahan2 lain....kacau sehingga masak.
  • Tambah air jika kuah terlalu pekat dan teruskan memasak. Perasakan garam secukupnya
  • Sedia dihidangkan bersama spaghetti. Tabur dengan serbuk lada hitam kasar jika ingin lebih pedas.


15 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

my fav ni
Lama x mkn
Biler thn nk rajin buat lg ni ngeee

Asmara said...

budak2 rumah ni suka pulak spaghetti mcm ni. kdg2 buat bento. sedapkan kak! :D, kita pun selalu guna tomato tin tu je, jarang jugak guna sos pasta, bila dh tmbah daging/ayam kuah pun jadi sedap! :D

Acik Erna said...

Ida..anak2 akak pun suka spaghetti..
akak nak cuba pulak kuah yang macam ida buat.izin kan ye ida..terima kasih

quinnie said...

sedapnya kak spageti..saya baru beli spageti ingat nak masak nanti...tapi daging lak tak dek..masak sendiri kuah dia memang sedap...tak yah beli yg tin...hehhehe

ady said...
This comment has been removed by the author.
ady said...

as-salam
selamat mlm ida. kalau spaghetti jgn cakaplah..anak2 suka sangat dgn spaghetti..

Juwita Jamaludin said...

sedap2.. ita duk jepun tak pakai dah sos pasta buat sendiri pun sedap.. tambah semua herb2 tu..rasa nak buat plak.. cantik gambar2 akak bokehnya akak pakai lens apa ye

inahar ali said...

salam ida..akak pun jarang guna sos pasta tuh..selalu guna tomato sos kimball campur ngan buah tomato racik jek..sedap gak kan!! jimat pun iya gak..hehe!

Mamasya said...

Aslmkum Ida

Spaghetti favorit anak2 juga tp anak akak mcm anak Ida tak mkn pedas. sos buat sendiripun sedap...

MOKCIK AZWA said...

Ida.. kalau azwa tu tak cukup bahan mula la gelabah hehehe, langsung tak jadi buat huhuhu.. nak kena belajar kreatif sikit ni macam Ida hehehe

Mieza said...

Salam perkanalan Ida..Terima kasih sudi visit blog When A Working Mother Cooks yang tak seberapa tu...izinkan mieza letak blog ida kat blog link mieza...semoga kita boleh bertukar idea dalam area culinary ni..mieza mmg minat memasak cuma masa tak byk sebab bekerja dan ada baby kecil..

Spag bolognese ni pun salah satu kegemaran mieza dan suami..bila nampak ida tayang rasa terliur je nak makan lagi :)

Nuridah said...

Ida,

spaghetti 1 pinggan hantar kat rumah kak Nur...hehe...budak2 kat rumah kak nur nie suka tapi omak dia pulak kurang suka...kalau goreng ala2 melayu terakhir barulah kak nur makan...hehe...maalum lah tekak org kampung.

Unknown said...

cuma berkongsi idea.. saya lebih suka tomato segar dr dlm tin.. sbb tiada pengawet &pewarna.. sbb nk bg makan ank2.. beli tomato yg betul2 merah sbb manis & x masam..

Unknown said...

cuma berkongsi idea.. saya lebih suka tomato segar dr dlm tin.. sbb tiada pengawet &pewarna.. sbb nk bg makan ank2.. beli tomato yg betul2 merah sbb manis & x masam..

tuge said...

their website bags replica ysl click over here now replica wallets visit this site right here Louis Vuitton replica Bags