My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADAN 1433 H buat semua.......

Selamat menjalani ibadah puasa yang akan bermulanya esok buat semua rakan2 blogger dan pengunjung yang dikasihi. Semoga Ramadan tahun ini kita akan mendapat lebih keberkatan dan manfaatnya dariNya. Semoga tahun ini juga kita akan diberi lebih kekuatan untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan terutamanya yang merantau macam ida ni.....tempoh jam berpuasa lebih kurang -+ 16 jam sehari lebih2 lagi sekarang kat Jepun tengah musim panas. Masuk waktu Subuh hari pertama puasa kt tmpt ida ialah 3.45 pagi, jadi nak kena bersahur dlm dekat2 kul 3 pagi.....yg tukang masak ni pulak nak kena bangun lebih awal dari itu....Insyaallah kami akan tunaikannya dgn sempurna. Semoga anak2 ida juga boleh bertahan menghabiskan puasa sehari2 mereka....Sama2 lah kita manfaatkan dengan sepenuhnya di bulan yang penuh barokah ini.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN. MARHABAN YA RAMADHAN.....  Kebaikan Ramadhan usah disiakan.. Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita. Ida pohon jutaan kemaafan krn buat masa skrg ida tak dpt nak tinggalkan komen pada blog kawan2 di atas faktor masa yang tidak mengizinkan......24 jam rasanya dah tak cukup. Sumber : Sini

5 comments:

Amie said...

Selamat berpuasa Ida.

Sofea said...

Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

Nasuha said...

Selamat menunaikan ibadah puasa :)

inahar ali said...

salam ramadhan gak wat ida sekeluarga ye!

Anonymous said...

webwinkel beginnen in frankrijk webwinkel beginnen zonder
kvk