My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, July 10, 2012

Fruits Tart

Assalamualaikum dan slm sejahtera semua............
Minta maaf banyak2 ya, tuan rumah ni asyik tenggelam timbul jer sekarang ni.....kunjungbalas pon tak sempat2 nak buat. Jutaan terima kasih Ida ucapkan kepada yang sudi singgah kt sini. Dah berminggu2 blog ni sepi aja huhuu....gomen ne.
Tak boleh nak celoteh panjang...jom layannnnnnnn menu yg dah basi ni. Fruits tart kegemaran ramai.......ida suka sgt....mereka2 pun suka. Pernah buat sebelum ni. Ida suka resepi tart shell kak azita zain ni....lembut. Cream custard lak ida buat dari resepi custard cream puff.....nak cepat hari tu. Resepi tu jumpa dulu kt notebook......nk cari resepi lain tak sempat dh.

Tart Shell/Crust/Pastry
Adaptasi : dari SINI...tqvm, resepi asal cheese tart dari  K'Azita Zain 

Bahan-bahan :
  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum...ida tambah lagi sikit tepung sbb doh ida lembik sikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.( dlm 20 -25 minit )



Cream Custard
Adaptasi dari SINI...tqvm
Resepi:honey@myresipi.com
Sumber : HaSue
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  1. 1 sudu besar tepung gandum ( ida letak tepung kastard )
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 4 sudu besar gula
  4. 200cc(1 cup) susu segar
  5. 1 biji telur (L size)
  6. 1 sudu besar mentega
  7. Ida tambah sikit garam dan essen vanilla
 Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no 1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya, garam, essen vanilla dan kacau.
  3. Ida masak atas dapur gas guna api perlahan...kacau m'gunakan whisker cepat2 supaya tdk berketul..setelah pekat & masak  ida masukkan mentega & kacau seketika..tutup api.( Jika krim jadi terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas & kacau seketika dgn menggunakan api perlahan )
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

TOPPING BUAH:
*Boleh guna buah segar ( dipotong kecil2) + buahan dlm tin

FILLING
  • Ida guna blueberry jam atau boleh juga letak chocolate filling
CARA HIAS FRUITS CUSTARD TART:
  • Sudukn sedikit blueberry jam pada dasar setiap tart shell/crust
  • Untuk lebih senang, masukkan cream kastard ke dlm piping bag 
  • Ambil tart shell/crust tadi, paipkan kastard secukupnya. ( ada juga resepi yg letak coklat cair pd dasar tart shell sebelum dipaipkan kastard )
  • Susun buah-buahan.
  • BILA SIAP...simpan di dalam peti, biar sejuk lebih sedap sebelum dihidangkan

5 comments:

kasihredha said...

salam ida
lama x ke sini
bestnya tart tu

Nuridah said...

Assalamualaikum Ida,

lama kak Nur tk singgah sini...sihat ke?? Mesti sihat la ya sebab tengok tart tu bukan main cun lagi...hubby kak Nur suka tart buah cam nie...bini dier aja yg malas...hehehe.

MOKCIK AZWA said...

Salam Ida..busy yer..

ooo i loveee fruits tart..especially yang kecik2 comel2...hehehe..very colourful presentation nie..memang menggoda selera..

inahar ali said...

salam ida..amboi tomei jer fruit tat ida wat tu..bak akak 2 ketui!

Nuwairani Ismail said...

lama betul nak nampak entry baru kak ida..comel dan ayu je tart tu. nani belum pernahh buat lagi ni,