My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, March 6, 2012

Rainbow Cake....tempahan

ASSALAMUALAIKUM & SLM SEJAHTERA buat semua.....
Nampaknya minggu ni, hari ni baru ida sempat bersiaran....tu pun tak boleh lama2. Quick n3 hari ni cuma 'rainbow cake' yg ida buat last week utk tempahan kawan ida yatie chomely sempena adiknya  yg akan pulang semula ke M'sia dan kembalinya semula suami tercinta tinggal di Japan.
Pernah buat sebelum ni utk b'day anak boy ida boleh tgk SINI

Bakar guna loyang yg sama.....jadi kerak2 sikit tepi dia. Buat 5 lapisan aja ni

RAINBOW CAKE

Recipe by : Kaitlin @ Whisk Kid
Watch how she make this cake with Ms.Stewart on The Martha Stewart Show
Rujukan :Kak Cik Cek, Kak Azlita & Kak Zu, Semanis Gula tqvm


Bahan-bahan :

  • 1 cwn butter / 226 gm- suhu bilik
  • 2 cwn / 426 gm gula castor - ida letak 270 gm shj
  • 5 biji putih telor- suhu bilik
  • 3 cwn / 426 gm tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 2 sdk esen vanila
  • 1 1/2 cawan / 355 mls susu segar- panaskan 30 saat di dlm microwave dan letak dlm suhu bilik ( ida letak 280 mls shj sbb pewarna ida cair )
  • gel pewarna makanan - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau ( ida guna cecair, sbb tu ida terpaksa kena kurangkan sukatan susu segar )
Cara membuatnya :
  • Sediakan loyang 8 inc - kalau boleh 3 loyang
  • Sapu tepi loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  • Sapukan juga baking paper dengan butter
  • Panaskan oven pada suhu 170C
  • Ayakkan tepung, baking powder dan garam - ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  • maksunya : tepung- susu - tepung- susu - tepung - susu dan akhir mesti tepung
  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  • *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
  • Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
  • Masukkan dalam loyang
  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.( ida bakar 160 C selama 15 - 16 minit )
  • Bila dah masak letak atas redai
  • Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  • Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan ( ida buat 5 lapisan jer )
  • Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.( ida susun jer berlapis sume, sbb tak cukup space nk letak )
  • Bila kek dah siap, baru sediakan frosting, ida buat cream cheese frosting & fillingnyer pun juga guna yg sama.
Cream cheese frosting ( kalau nk lebih tebal boleh lebihkan adunan)
by : Ida@HCT 

Bahan-bahan :
  • 300 gm cream cheese pada suhu bilik
  • 300 mls whipping cream
  • 100 gm gula halus / boleh letak gula aising ( boleh lebihkan )
  • 1/2 biji air perahan lemon
  • Sedikit garam ....just for taste
  • 2 sb butter
  • Optional..Tambahan 30 - 50 mls susu segar jika sgt pekat.
Cara:
  • Pukul cream cheese + butter dan gula hingga sebati dan berkrim
  • Tambah whipping cream, air lemon dan sikit shj garam...pukul hingga sebati & pekat
  • Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit susu segar dan pukul sekejap.Sedia digunakan.
  • Boleh tambah pewarna makanan utk mendeco kek nanti


Topping Pink Chocolate

Bahan-bahan:
  • 140 gm pink chocolate
  • 60 mls whipping cream
  • 1 sk butter
Cara:
  • cairkan coklat bersama whipping cream secara double boiler
  • Bila coklat sudah mencair, tutup api, masukkan butter....kacau sebati
  • Keluarkan bekas, letak di tempat lain dan rehatkan seketika hingga coklat nampak sedikit pekat.
  • Sedia utk dicurahkan/ hias ke atas kek.


Friday, March 2, 2012

Nasi Lobak Merah/Nasi Carrot

ASSLAMUALAIKUM.......
Emmm.....baru jer sempat tadi terjah sikit sana sini...tu pun lum sumer sempat ida terjah..Minta maaf banyak2 jika ada yg belum ida singgah...TQVVM kpd yg telah singgah kt sini dan tinggalkan kesan.
N3 mlm ni sebelum nk masuk titon menu nasi carrot resepi Chef Hanieliza.....tqvm kak liza....udah jadi baja dh pon...selalu sibuk aja tuan ni nk m'update blog. Semalam sibuk wat rainbow kek tempahan, hari ni lak kena pegi sekolah anak2..pagi ke tadika/hoikuen ada program 'tea party' petang pulak ke sekolah rendah/shogakko ada program gak..balik pulak sibuk dok menggetel kuih roti goreng utk kudapan hubby balik dr campus...huhuuuu penuhnyer rasa satu hari.
Tak per, w'pon dh jadi baja.....ida nk share juga kt sini. Mana la tau, kalau ada yg belum mencuba.
Macam2 versi/ macam2 resepi nasi carrot ni sebenarnya kan........hari tu dok google2, t'bekenan dgn resepi kak liza ni...bahan2 pon simple, sumer ada kt dapur ida....emmm..mmg sedap!!


Nasi Carrot/Nasi Lobak Merah
Recipe by : Chef Hanieliza
Source : Ida@Happy Cooking Time


Bahan-bahan:
6 caw beras basmathi....basuh dan toskan ( ida rendam 30 minit )
2 caw carrot [potong dadu kecil] ....ida sagat halus2
1/2 caw susu cair ( ida letak susu segar )
8 caw air ( ida letak 7 cwn jer )
1 kiub ayam knorr ( ida letak 1/2 sk serbuk pati ayam )
1 s/k gula
garam( ida letak 3 sk )


Bahan Tumis
  • 2 s/b rempah kurma 
  • Ida tambah....1/2 sk serbuk jintan putih
  • 5 ulas bawang merah.]......ida guna 1/2  labu bawang besar.....ida blend
  • 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar......ida blend sumer
  • 2 cm halia ....ida blend
  • 3 s/b minyak sapi.....ida tambah lg sedikit minyak masak
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar.....mayang
  • daun pandan........simpulkan
  • Ida tambah 1/4 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia....dihiris
Cara ( ida ada buat sikit penambahan ayat )
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker( ida tumis dlm kuali besar sbb periuk nasi kt Japan ni tak sesuai ditumis atas dapur gas ) dan masukkan bahan tumis, dimulai dgn rempah kasar, bahan hiris, bahan blend serta daun pandan...tumis hingga sedikit kekuningan
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma dan jintan. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr /serbuk dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu/sagat dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.( ida tuang dari kuali ke periuk nasi letrik )
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.( ida gandingkan dgn 'gulai darat ayam versi tumis', ikan bakar tandoori dan timun jer )



Amik gambar tergopoh-gapah aja ni..sbb nk cepat, byk hal lain lum selesai masa tu...lagipon sumer askar ada kt rumah..kacau tul la.