My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, December 5, 2011

Nasi Dagang versi tanak & Gulai Darat ayam versi tumis

Salam......hari ni dah masuk 10 Muharam 1433H. Ramai yang berpuasa hari ni kan. Ida dan hubby pun puasa hari ni tapi hubby bukak puasa kt masjid katanya. Kalau tinggal ida ngan anak2 kt rumah...ida masak ringkas2 jer la. Untuk pencuci mulut, ida dah buat 'Kek kastard pandan' semalam. Nanti kemunculannyer yer.

Lama tak buat nasi dagang, teringin rasanyer nak makan. Ida buat beberapa hari lepas. Kalau kat kampung, ida masak guna beras khas nasi dagang tu, warna beras yg kalernyer perang2 gitu....rasa lebih sedap la. Duduk sini, terpaksa lah masak guna apa bahan yang ada jer la. Pernah ada n3 nasi dagang sebelum ni, versi kukus dan lauknya gulai kuning ikan. Nak intai boleh klik SINI. Kali ni buat versi tanak jer la, senang dan cepat sikit...dan berlaukkn ayam gulai darat yg ida buat versi tumis. Mak ida kalau buat gulai ayam / daging dia mmg suka masak versi gulai darat ni..tapi versi tak yah tumis2 la. Ida modified sikit la yer....Kebetulan rempah gulai kelantan mari masih ada, mmg sesuai kalau nak buat gulai darat ni.

P/ssst .........mekasih byk2  kpd kwn2 blogger yg masih sudi menulis komen2 pd n3 yg lepas walaupun ida tak sempat nk buat semua BW dapur kwn2....kalau dpt terjah pun tak dpt nk tinggalkan jejak. Ida minta maaf banyak2. Mekasih byk2 juga kpd para pengunjung semua


Untuk melengkapkan menu nasi dagang ni,perlu ada:
  1. Nasi dagang
  2. Gulai ikan versi kuning/versi merah...ikan tongkol adalah ikan yang paling sesuai ATAU Gulai ayam / daging
  3. Acar mentah ( kali ni ida buat versi kt bawah )
  4. Sambal cuka cili ( kali ni ida buat versi kt bawah )
  5. Telur rebus ( telur rebus dh habis masa nasi dagang ni nk berpossing he.he)
    Kalau rajin, boleh juga buat sambal kelapa sekali ( ida tak buat )


NASI DAGANG versi tanak( ida campur tiga jenis beras )

Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan beras basmathi
  • 3 cawan beras jepun
  • 1 1/2  cawan santan pekat ( ida guna yg tin ) ...kalau nk lebih lemak, boleh lebihkan santan dan kurangkan sukatan air 
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 1/2  inci halia*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 3 sk garam atau secukupnya
  • 1 1/2 sk halba
  • 1 sb gula
  • 1/2 helai daun pandan...disimpul 
Cara-cara:
  • Campuran beras direndam dahulu 1-2 jam atau tak rendam pun tak per
  • Toskan beras setelah direndam
  • Hiris halus2 bahan yg bertanda *
  • Masukkan beras ke dlm ke dlm rice cooker, gaul dgn bahan hiris dan halba
  • Masukkan santan, air, garam dan gula serta daun pandan.....kacau sebati
  • Masak nasi seperti biasa

GULAI DARAT AYAM versi tumis
  • 1 kg ayam..dibersihkan
  • 400 mls santan pekat
  • Air secukupnya sebagai kuah
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu bawang besar* atau boleh letak bawang merah ( kt jepun tak dak bawang merah )
  • 1 1/2  inci halia *
  • 1  inci lengkuas *......bhn * dikisar bersama
  • 3 ulas bawang putih...dihiris
  • 1/2 inci halia...dihiris
  • 1/4 labu bawang besar ....dihiris
  • 4 sb rempah gulai kelantan @ boleh tukar kpd rempah kari biasa...bancuh dgn sedikit air panas
  • 1 sb cili kering kisar atau 1 sk serbuk cili
  • 1 sb rempah biji ketumbar atau boleh letak 1 sb yg serbuk
  • 1 1/2 sb kerisik ( just update, tadi terlupa taip )
  • 1/2 sb serbuk jintan putih
  • 1/2 keping nipis gula melaka
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Note : Jika menggunakam rempah ketumbar biji, basuh dan goreng tanpa minyak seketika dan tumbuk/kisar bersama bhn lain tadi ( lebih sedap jika letak yg biji )

Rempah tumis 4 sekawan
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
Cara memasaknya:
  • Panaskan sedikit minyak
  • Tumis rempah 4 sekawan bersama bahan hiris hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar..... tumis hingga naik bau dan sedikit garing
  • Satukan rempah bersama serbuk jintan putih dan rempah ketumbar dan bancuh dgn sedikit air panas
  • Masukkan bahan rempah yg dibancuh ke dalam bhn tumis tadi....tumis hingga rempah betul2 masak.
  • Tambah sedikit air jika terlalu kering
  • Masukkan sedikit garam dahulu, ayam, gula melaka, 200 santan serta sedikit air shj dan gaul sebati
  • Renehkan selama 20 minit. 
  • Tambah baki santan, kerisik dan air secukupnya sebagai kuah.
  • Didihkan hingga masak dan kuah sedikit pekat.Tutup api.

Untuk sambal cili pula, kali ni ida buat versi kurang pedas'Sambal cili cuka bermadu'

Ida letak dua2 resepi kat sini, boleh cuba yg mana satu pilihan di hati

Bahan untuk sambal cili cuka bermadu:
  • 10 biji cili api
  • 2 biji capsicum merah...didadu
  • 1 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan cuka
  • 6 sd besar madu @ secukup rasa
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  • Blendkan bersama semua bahan. Cukupkan rasa masin dan sedikit manisnya.

    SAMBAL CILI CUKA...versi biasa
    Bahan untuk sambal cili cuka:( versi pedas berasap )
    • 1 cawan cili kecil merah/cili padi merah
    • 1/2 cawan cuka
    • 2 sd besar gula @ secukup rasa
    • Garam secukupnya
    Cara-cara:
    • Blendkan bersama semua bahan
* Sambal ini jika di buat sehari sebelum dan simpan di dalam peti pun tak pe.Lagi lama lagi sedap rasanya.Ia juga sedap dimakan dengan nasi goreng,bihun goreng,letak dalam sup....


Untuk acar mentah pulak, kali ni ida buat versi lain sikit dari yang dulu, bahan sayur tu ida gaul dgn sambal cili cuka bermadu tadi

ACAR MENTAH sambal cili cuka bermadu


Bahan-bahan acar mentah sambal cili cuka bermadu
  • 2 biji timun
  • 1 batang kecil carrot
  • 1/4 biji kobis...diracik halus
  • Daun salad hijau jepun...dipotong ( tak tau nama dia apa )
  • Garam tambahan jika tak cukup masin
  • Gula tambahan secukup rasa
  • Sambal cili cuka bermadu di atas secukupnya

Cara-cara:
  • Timun, carrot dan daun salad dipotong 
  • Dalam bekas,satukan timun,carrot, kobis dan daun salad
  • Masukkan sambal cili cuka bermadu secukupnya ( jgn habiskan sambal tu, tinggalkan  juga untuk dimakan bersama nasi dagang nanti )
  • Tambah gula dan garam jika tak cukup rasanya lagi.... gaul sebati. Biarkan ia mesra seketika sebelum dimakan

    Kalau nak buat versi acar mentah biasa, yg ni tak pedas la, boleh  tengok SINI...pilih mana2 yg sesuai k.


      8 comments:

      tun_telani said...

      sedapnyer nasi dagang! tp tun pure ganuu.. so nasi dagang wajib gulai ikan tongkol. dulu masa 1st time makan nasi dagang kelantan, punyer la semangat beli nasi dagang sbb dh lama xmakan, pastu keciwa habis sbb dapat lauk gulai ayam.. hehe.. siap bebel2 lagi ckp org kedai tu tipu.. rupa2nya mmg nasi dagang kelantan lauk camtu.. hihi..

      Acik Erna said...

      assalam ida..pernah jugak buat nasi dagang ni..guna beras nasi dagang tu..tapi tak pernah kukus..memang versi tanak je..
      acik ambik resepi ida ye..nanti nak cuba buat tak guna beras nasi dagang pulak

      NoorMasri said...

      aduh duh duh.....akak tergoda !

      Liza said...

      salam ida...nasi dagang ni mmg berhantu kan...walaupun dah selalu mkn, tp tiap kali tgk gmbr mst dok telan air liur....hisssshhh xsenonoh betul la...anak sape tu...hahahaha

      chikadakbiru said...

      salam kak ida...tgk nasi dagang teringat terus kat kampung..memang fav nih....suke sangat kat gulai tuh kalau banyak cili padi kampung..

      ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

      yg nie reti makan jer
      masak sendiri x pernah lagik
      rajin akak masak mcm jenis makanan kat mesia tu ngeee

      rahel said...

      Salam Kak Ida..
      waw..macam bejanji pulak kita hari ni ek...kite pun mkn nasi dagang n kari ikan gak..sodap...tapi yg Kak Ida punya ni memang menggiurkan betul..emmm..sodap.

      nOOrsha said...

      salam kak ida...sedapnye menu umah akak arini..nasi dagang ye...hm..dok bayangkn klo sepinmggan ni utk saye alangkahhh indahnye..hihi