

Masa buat pizza ni, langkah kanan kawan ida 2 org tu Linda & Nura..n..the suami,..kebetulan diaorang datang rumah. Jamu diaorg pizza dan donut sikit ...buat donut dr lebih doh pizza ni...Saja ja buat 1/2 kg tepung, boleh godek2 buat benda lain selain dr pizza...buat donut ke, roti apa2 je la.
Sumber: Yani MyR-doh roti sosej mini ( di edit sedikit berkesesuaian dgn jenis roti )
Bahan-bahan : ( Jika tak mau banyak sangat doh..boleh buat separuh sahaja dari adunan ini untuk sebiji large pizza dah cukup )
- 240 mls air....utk kali ni, ida pakai all susu segar
- 500 gm tepung roti
- 60 gm gula...dilebihkan sedikit dari resepi asal ( asal 40 gm )
- 8 gm garam
- 50 gm mentega....ida pakai soft marjerin yg mkn dgn roti 30 gm + 20 gm shortening
- 8 gm yis kering...resepi asal 6 gm
- 16 gm susu tepung
- 60 gm telur...dari sebiji telur saiz LL
Bahan topping yg ida letak:
- sedikit mentega....agak2 je ni...dlm 1 1/2 sd besar
- 1 biji epal dibuang kulit dan didadu
- beberapa ulas limau mandarin dlm tin
- kismis
- sedikit serbuk kayu manis...optional
- gula halus
- mix cheese yg halus2...boleh juga pakai mozarella cheese
Cara-cara:BM
- Masukkan susu segar ke dalam acuan BM dengan diikuti bahan2 lain dan diakhiri dengan yis.
- Pilih menu doh ( ida pilih yg 2 jam ) dan tekan start.
- Setelah siap 2 jam...keluarkan doh, tumbuk doh utk keluarkan angin.
- Ambil doh...agak2 untuk sebiji pizza, leperkan di dalam dulang pembakar bulat yang disapu marjerin atau mentega/di alas dengan cooking sheet.
- Untuk pizza buah-buahan ini...mula2 sapu sedikit mentega ke atas doh yang telah dileperkan, tabur gula halus sedikit biar rata.
- Tabur cheese, susun limau, tabur daduan epal dan kismis. Tabur pula dengan sedikit gula dan cheese lagi.
- Last sekali tabur sedikit serbuk kayu manis di atasnya. Biarkan seketika dahulu lebih kurang 20 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang selama 20 minit dalam suhu 180 C.
- Semasa menghidang, tabur dengan sedikit gula aising di atasnya...emm yummy
