My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, February 25, 2012

Creamy Tomato Soup

ASSALAMUALAIKUM semua.....semoga semuanya ceria2 di hari minggu ini. Apa plan hari.......shopping? Jalan2 ? Masak dan makan2?......
Ida hari ni tak ke mana2....namum sentiasa bz dgn aktiviti kt rumah ni. Quick n3 dari dapur HCT hari ni ialaha 'creamy tomato soup'...sedap, lemak berkrim utk dihirup2 dan enak sgt dicicah bersama dgn homemade garlic bread ni...

Sebelum ida pernah buat versi mushroom, aja.....cuba kelainan pulak. Resepi asal ida ada rujuk kt  SINI...tapi ida ada adjust2 sikit dan kurangkan sikit sukatannya..

Menu ni sangat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi di rumah. Sup tu boleh disediakan malam sebelumnya, esok pagi cuma dipanaskan semula.

Creamy Tomato Soup ( utk 4 org lebih kurang )
  • 2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih....ditumbuk/cincang halus / 1 sb yg sudah dikisar
  • 1/4 labu bawang besar....cincang halus / boleh kisar
  • sedikit batang celery cincang halus
  • 4 sd besar tepung gandum
  • 1/2 tin diched tomato...boleh dikisar dulu jika tak nk kasar
  • 1 biji tomato segar...cincang halus / boleh kisar dulu
  • 2 sb tomato puree pekat ( ida guna yg M'sia )
  • 2 1/2 cawan susu segar ( 625 mls )
  • Tambahan air secukupnya...ikut kepekatan kuah
  • 1/2 sd teh serbuk pati ayam
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam atau lebih
  • 1 1/2 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Optional......garlic seasoning powder 1 sk atau boleh letak Italian mix herb
 Note : Jika tak suka sgt masam, boleh la adjust2 pada sukatan tomato tu yer

Cara-cara:
  • Panaskan butter hingga cair,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan, tambah bawang besar cincang / kisar dan celery.
  • Masukkan tepung gandum tak perlu bancuh ngan air.Kacau seketika dgn whisker tangan...masukkan 1/4 cawan air dahulu...kacau sehingga tepung gandum tidak berketul.Masukkan lagi 1/2 cawan lg air sambil kacau agar ia tidak berketul.
  • Kemudian baru masukkan susu, dan masukkan bahan yang lain....kacau lagi dengan menggunakan whisker.
  • Masak dengan api yang perlahan sahaja, tambah air secukupnya.
  • Masak  sehingga sedikit pekat.Jika terpekat,boleh tambah dengan sedikit air panas lagi...kacau seketika.
  • Sesudah cukup rasa,boleh la tutup api.Baru sediakan roti garlic pula.

Untuk homemade garlic bread, resepi garlic butter tu boleh tgk SINI tapi kali ni ida buat cara simple jer. Ida campur butter dgn sedikit garlic seasoning powder. Sedappp!! Garlic seasoning ni dh dicampur dgn pelbagai italian spice, sedikit cheese, garam dan of course bawang putih sbg bahan utama dia. Mcm2 kegunaan dia dlm bahan masakan......boleh spread atas roti, tabur atas ayam sebelum dibakar, tabur atas pizza, tabur atas pasta....ehhh byk la kegunaan dia. Ida beli kt Costco....import mari, bukan Japan mari.

7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida,buat hidangan makan tengahari hari minggu pun sedap ni.Tak le berat sangat perut.Lepas tu boleh la take afternoon nap..

Melly Octaviana said...

slurrpp.. sedap nyerr.. ;)

MOKCIK AZWA said...

hidangan kegemaran jugak nie..yummyyyy

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

oishii sou
ni makan panas2 sedap betul la
meleleh ayaq lioq tgk roti pepagi ni

Gee® said...

Dah lama k.gee tak ziarah dapor Ida ni... waaa ada sup tomato yg sedap... terlior laaa

Naz / Nadz COSK said...

IDA..SEDAPNYA... MAKAN TIME HUJAN SEDANG MENCURAH2 DI LUAR RUMAH BEST NI..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ida :)

really enhoying yr pictures!!! slurpphh hehehe