My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, October 27, 2010

Ala-ala Zinger Burger di KFC

Sarapan untuk anak-anak pagi tadi......untuk abahnyer sempat makan mini pizza jer sbb semalam dah siap buh topping & bakar half cooked,pagi tadi bakar lagi sehingga masak........ Tukar selera kpd burger pesen ni pulak. Anak-anak dah besar sikit gemar la pulak burger2 ni...kecik2 diaorg tak tau nak makan. meh la tgk resepi sempoi2 ni bermula dari buat roti burger, ayam gorengnya dan sehingga terbentuknya sebiji burger yang enak. Roti burger dah buat siap2 petang semalam, hari ni goreng ayam ja. Musim dah sejuk ni buat roti terpaksa guna air suam/susu suam walaupun guna BM kalau tak bantut yis tu.

Bahan-bahan doh roti ( resepi roti asas K'Fida MyR yg diedit sedikit, ida letak resepi utk separuh adunan.....nak doublekan pun boleh bg family yg ramai cam ida ni @ balance buat bun, doh tu buat apa2 shj jenis roti kesukaan anda )

  • 300gm tepung ( ida pakai tepung roti )
  • 1 biji telur saiz c ( 40gm )
  • 130 mls susu segar yang disuamkan/air suam
  • 1/2 sd teh garam
  • 20 gm gula
  • 5 gm yis
  • 30 gm mentega ( ida letak 20 gm mentega dan 10 gm shortening )
Cara-cara ( ida letak salah satu cara uli tangan kpd sesiapa yang tidak ada BM )
Untuk cara BM boleh rujuk di label roti2 yg lain k

  • Ambil 1/4 cawan dari 130 mls air suam tadi. Masukkan yis dlm cawan tersebut dan kacau ( jika yakin yis tersebut OK tak perlu tunggu sehingga ia berbuih )
  • Di dalam bekas besar, gaulkan tepung bersama gula, garam sehingga sebati.
  • Masukkan mentega & shortening dan ramas2 sehingga sebati
  • masukkan bancuhan yis, telur dan air sedikit demi sedikit sambil uli.
  • Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Lebih lama menguli akan mendapat hasil yang lebih baik.
  • Setelah siap menguli, tutup bekas dgn kain/apa2 sahaja....perap doh selama 45 minit-1 jam supaya doh naik
  • Cukup masa, keluarkan doh....tumbuk2 utk keluarkan angin
  • Bahagikan doh mengikut saiz kesukaan
  • Bulat2 kan doh kemudian leperkan sedikit doh yg bulat tadi dgn tapak tgn supaya bila dibakar nanti bun tidak terlalu bulat meninggi
  • rehatkan lagi doh supaya naik sekali ganda lagi dalam 30-45 minit
  • Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu
  • bakar bun dlm suhu 180 C lebih kurang selama 15-16 minit.
  • Apabila sudah masak, sapu di atas permukaan bun yg masih panas dengan sedikit butter supaya nmpk berkilat.






Jom kita goreng ayam pulak....


Bahan-bahan untuk ayam :

  • 6 ketul Boneless chicken/ayam tanpa tulang secukupnya potong siap2 sesuai dgn utk dimuatkan dalam bun nanti
  • Bahan perap:
  • 3 ulas bawang putih...dikisar/ditumbuk halus
  • 1/4 labu bawang besar/3 biji bawang merah....dikisar
  • 1 sd teh serbuk lada sulah
  • Jika suka boleh tambah sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2 sd teh serbuk cili
  • 1 sd teh serbuk jintan manis dan 1 sd teh juga serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Satu hiris kecil lemon/limau nipis ...perah air
  • 1/2 sd teh serbuk kari
1 biji telur
Sedikit tepung beras( di campur sedikit garam halus, 1/4 sd teh serbuk cili, serbuk kari dan serbuk pati ayam )


Cara-cara :
  • Bersihkan ayam dan perap seketika dgn bahan perapan
  • Pukul telur sedikit dgn garfu kemudian celupkan ayam dgn telur lepas tu gaulkan ayam dengan tepung dan goreng ( goreng di dalam minyak yg banyak yg dipanaskan dahulu )@curahkan semua telur ke atas ayam kemudian gaul ayam dgn tepung dan goreng sehingga sedikit garing
Ida mekapkan burger ni simple2 jer....lebih2 lak kan kut habis kena kutip buang oleh budak2 ni jer karang
Macam biasa la, untuk mekapkan burger ni contoh2 bahan perlu ada seperti di bawah:

  • Daun salad@kobis yang diracik halus
  • Timun dihiris nipis
  • Tomato dihiris nipis
  • Sos cili/tomato
  • bawang besar yg diracik halus
  • Mayonis
  • kalau suka boleh tambah kepingan cheese
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • dan hiaslah mengikut kreativiti anda

7 comments:

Mas said...

kak....mas suka burger macam ni..sedappnya..

ijayuji said...

Ahkakkkkk!!! kita nak zinger burgerrrrrrr jugak 2 ya :D masuk buku 555 dulu hihihi..malas betul nak meroti tu yg tak terbuat buat si burger ke si donat ke :D, oh ya, kita guna acu tembaga tu kak, suh mak kita poskan benda berat tu tp cuma satu jer lah hihihi...

anie,Nagoya said...

good resepi..dah lama kk anie mencari...Ida teror meroti ke?leh belajar gan Ida.sebelum ni ada jg meroti...tapi tak berapa seksi...nnt nak copy resepi..mnta Dhalalkan

Lee said...

Hi Ida, Can see you have a Black Belt in making cakes and cooking.
Very impressive.
I checked out your dishes and all I can say is, 'Outstanding'!
I love your coconut buns, this I will always buy when see them, goes well with iced coffee.
And your ikan rasa empat....looks really delicious!

Would you mind I copy the 2 pics.....I will display them the next time saya naik angin blog cherita about food and cakes. With credit to you.

No need surat lawyer, or Royalty? Belanjar teh tarek lambong tinggi boleh? Ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

Ida,Japan said...

Mas.....emm sedap, tapi kan ida suka apa2 burger pon

Ika....OIC

Anie..sila2, tak terer sgt, tu pun ikut resepi2 org cuma edit sikit2...may be tepung yg kita tak sama kualiti dia

Uncle Lee....thanks for dropped here, I'm still not good, still learning
I'm don't mind about your plan....but of course you must credit to my name...when you done it please link to me...I want to see also....
saje nak tgk hasil yg tak seberapa saya ni ke sana hi..hi

Anonymous said...

nampak sedap sangat

tuge said...

n0h14s5v94 d6t61y3z87 m4g63n3y48 t4c35e7l29 x0w32e0h17 c5s62o4g07