My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, October 15, 2010

Princess Birthday Cakes......untuk kakak dan adik

Ni kek untuk adik Ain......kena simpan kemas2 dalam peti ais dulu....masa untuk potong belum sampai lagi. Sabar dik ya, hari Ahad nanti 17.10.2010 baru adik potong. Umi bagi dia possing dulu k....sbb nak entry sekali ngan kek kakak ni. Nanti kalau sempat amik pic kek yg sudah dipotong...ida tempek kat sini
Haa...ni kakak Sara punya....dah lepas dah ari Ahad lepas 10.10.2010. Speacial request dr dia nak kek princess. Jenuh jugak nak menyiapkannya, maklumla..... Dah lama dia tunggu kek yang ummi dia buat ni sebenarnya, tahun ni 2 org yg lain dah lepas b'day diaorg, dah dpt hadiah, dah dpt kek yg ummi dia buat. Dua2 tu semua awal tahun...hanya kakak ngan adik je hujung2 sikit. Kakak asyik tanya bila kek kakak ummi, lambat lagi ke...penat dah nak menjawap...

Adik pun nak kek princess jugak mcm kakak dia. Bertungkus-lumus la ummi dia buat kek princess satu lagi. Kebetulan adik pun lahir bulan 10, selang 1 minggu je. Dah kali ke-2 buat, smooth sikit kali ni, ni konon2 kembar sorang lagi la. Kali ni bagi dia duduk pulak ya.






Ini adalah kek2 yang digunakan untuk deco kek princess adik Ain..patungnyer lupa letak.



Yang ini untuk deco kek princess kakak





Adunan kek span kedua2 kek tu sama je....cuma satu buat yang coklat, satu lagi buat plain. Resepi kek span ida intai2 kat dapur K'Ummi ( Home Sweet Home ) iaitu Soft Marble Cake...resepi asal ialah Kak Noreen..cuma ida tak buat marble dia, emm...lembut je kek ni. Terima kasih bebanyak ye kak. Pas tu frosting ida buat 2 jenis, butter cream cheese frosting ( resepi intai2 kat dapur Hana....thanks ye na ) & whipping cream frosting ( dpt ilham dr seorang kawan ). Izinkan ku tepek resepi nya kat sini lak.


Bahan adunan kek span:( dari resepi soft marble cake )
  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula.....ida letak 230 gm sbb nanti nak sapu cream
  • 260 gm tepung gandum#
  • 1 camca teh baking powder#
Bahan bertanda # ayak bersama
  • 6 biji telur
  • 2 camca bsr susu pekat manis
  • 1 camca bsr ovalette
  • 1 camca bsr air
  • 1 camca teh essen vanilla
  • 10 gm serbuk koko......ida tambah kpd 20 gm sbb tak buat marble, kalau kek plain, tak perlu masukkan serbuk koko
  • opptional : 1 camca teh coklat emulco..utk kek span coklat( ida tak letak )
Cara-cara :
  • Ida panaskan terlebih dahulu oven
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder
  • Satukan butter,susu,essen vanilla.....pukul sehingga gebu & ringan/adunan tidak jatuh *
  • Di dalam bekas lain, satukan telur,ovalette,air,gula,campuran tepung & serbuk penaik.......pukul hingga kembang & rata.
  • Masukkan adunan butter * ke dalamnya dan kacau rata.
  • Alas loyang dgn cooking sheet/sapu dgn sedikit butter@minyak. Kek yang kecil2 tu ida bakar dlm mangkuk kecil untuk buat skirt princess nanti.
  • Bakar pada suhu 180 C ( ida reduce ke 170 C ) selama 45-50 minit. Ida tuang aduanan kek tak brp tebal kat dalam loyang,jadi ida bakar lebih kurang dalam 37 minit sahaja.
  • Apabila sudah masak sejukkan seketika. Setelah itu, kek dipotong menyilang kepada 2 lapis untuk disapu cream.
Bahan-bahan frosting/cream...boleh pilih salah satu/buat 2 jenis frosting
1) Butter cream cheese
  • 120 gm butter
  • 250 gm cream cheese
  • 120 gm gula aising
cara-cara:
  • satukan semuanya, pukul sehingga kembang
  • Bahagikan adunan jika ingin letak pewarna
  • Gunakan pipping bag dan noozlenya apabila hendak mendeconya nanti. Sebelum tu, sapu cream rata keseluruh kek/bahagian yg ingin diletak butter cream cheese sebagai basenya dahulu.
2) Whipping cream ( untuk satu kek biasanya menggunakan lebih dari 2 kotak whip.cream yang 200 ml )
  • 1 kotak/ 200 mls whipping cream
  • 3 sd bsr gula halus....boleh dikurangkan/dilebihkan
  • 1/4 sd teh garam
  • 1-2 titis essen vanilla
cara-cara :
  • Satukan dalam mangkuk besar. Putar sehingga kembang dan pekat
  • Tapi jangan terlalu pekat. Agak-agak sesuai untuk disapu ke atas kek.
  • Bahagikan adunan jika ingin letak pewarna.
  • Cara deco sama, cuma sebelum membuat apa2 deco...sapu cream rata ke seluruh kek sebagai base dan juga pada lapisan kek yg telah dipotong





9 comments:

anie,Nagoya said...

kita pun nak jg...nak jg...kek yg same...besday kita lg 2mggu ....cantik hiasan kek tu.bape jam nak siapkan?rajin betul Ida ya...

Ida Ddapur said...

anie...nak kek erk..nanti kita poskan k..pos gambar je..ha..ha
Jenuh gak ida nak siapkan tu..almaklumla..kalau org dah pro jap je tu..dekat ngan 4 jam gak la

ijayuji said...

Salam kak ida!!! hohohoho.... otanjyobi tuk sara chan!!!! pandai ibu deco kek mcm tu kalau auntie lah kena berrtahun baru jadik hihihi... akakkkkk terdelete kitanyer komen lah tuuuuuu sbb tu ilang! :D tak pe kak no problemo :D

Ida Ddapur said...

Arigatou bg pihak sara utk untie ika...tu la ika,k'ida terdelete rasanya..gomen ne..ku tak sengaja..

kzai said...

salam ida...wah kretif sgh ida ni...cantik baby doll cake ni

Ida Ddapur said...

k'zai...thanks..huik..jgn puji lebih2

Ayu said...

salam ida,
wow!!!..sekali buat 2 barbie cake ni ya..wah tabik spring kat ida, akak kemarin buat 1 aje rasa macam kenapa tak habis2 aku buat kek tu..haha
makan masa betul ..
Anyway, Happy birthday to ur girls ya..semuga membesar jadi anak yg cerdik, pandai & berjaya dunia & akhirat..insyallah.

Emy said...

alahai cantiknya kek kak wan buat nie.. errmm tempah leh tak??

Ida Ddapur said...

to ayu...kek ni deco hari lain2 la..mana larat 2 kek nak buat dlm satu hari..tak boleh abih gak..ida bukan pakar

to emy...thanks..cantik erk,..nanti leh tempah utk 2 puteri emy tu..hi..hi..acah2 je
entah terbuat ke tidak lagi bila balik m'sia nanti..maklum la banyak tmpt nak tunjuk