My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, October 4, 2010

Kek Pisang Sempoi

Menu untuk kudap-kudapan anak2 petang tadi...potong kek ngan snap pic terpaksa dibuat dgn pantas sebab masing2 sudah menadah piring satu sorang. Budak2 ni dah tak sabar menunggu....dari sebiji kek ni..cuma tinggal balance 3 ketui ja, huihh..kuat betul anak2 umi makan. Sib baik doublekan adunan, dapat la 2 biji kek...boleh simpan untuk esok lak..

Haa...kali ni, baru sempat snap pic kek pisang ni...kalau tak...
ADA BEZA rupanya kaler kek tu bila pakai pisang yg agak2 sudah masak ngan yg dah masak ranum. Kali ni bubuh pisang yg agak2 sudah masak...kaler dia cerah sedikit. Sebelum ni pernah pakai pisang yg sudah ranum..kaler kek dia agak gelap sedikit. Sumber resepi sebenarnya dari MyR, tapi masa salin dulu terlupa catitkan siapakah tuan empunya resepi...mintak maaf ya. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada tuan punya resepi cuma ida ada edit sedikit.

Bahan-bahan :
  • 150 gm pisang dilecek.......dijdkan kpd 170 gm
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula halus.............dikurangkan kpd 160 gm
  • 3 biji telur
  • 120 mls minyak masak....dikurangkan kpd 110 mls/boleh juga guna butter yg dicairkan
  • 1 sd teh soda bikarbonat & baking powder......ida bubuh 1/2 sd teh soda & 1 sd teh baking powder
  • garam......ida letak 1 sd teh
  • tambahan...sedikit essen vanilla, 1 sd besar susu pekat manis dan badam untuk hiasan

Cara-cara :

  • Sementara tu panaskan oven terlebih dahulu dlm suhu 180 C lebih kurang 10-15 minit.
  • Pukul telur hingga kembang/ringgan
  • Masukkan essen vanilla & gula ke dalamnya dan pukul seketika.
  • Ayakkan garam, bahan penaik bersama tepung gandum ke dalam adunan telur.
  • Pukul dengan kelajuan perlahan
  • Kemudian masukkan pisang lecek,susu pekat & minyak pukul perlahan/kacau sebati
  • Sapu loyang pembakar dengan mentega/marjerin/minyak...atau alas dengan cooking sheet.
  • Tuangkan adunan dan tabur badam.
  • Bakar dlm suhu 180 C lebih kurang selama 40 minit atau sehingga masak.

13 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ida..nampak sedap kek pisang tuh!patut la anak2 bkn main sukeeee lagi!

Mas said...

salam k.ida...mas pun hulur piring nak sepotong...he..he..

K.Nor said...

salam ziarah dr k.nor

izahdaut said...

kak ida..lawo la nampaknya kek pisang neh..memang kek pisang cepat jek habis, sebab tak muak n lemak2 sedap kan

ijayuji said...

Salam kak ida! kita sukeeeeeeee mkn makanan yg berasaskan pisang tp sbnrnyer kita kurengggg sikit kalau kena makan pisang mcm tu jerrr mesti kena buat somting dulu baru laju :D ehehe

Ida Ddapur said...

Mekasih sume krn sudi singgah umah kita...kita je tak nyempat2 nak yinggah ke sana..singgah pun tak meninggalkan jejak...kalau sempat kita pun nak melawat jugak ke sana...
Kek pisang peberet semulajadi..hi..hi

ijayuji said...

Salam kak, dtg sini bgtau dulu sblm sibuk jap g ni :D, kita kat thai, suami org jepun tp tak pernah tinggal kat jepun sbb sblm ni hb keja kat mesia skrg ni dah jalan 7 tahun kat sini kak :D teringin nak duk kat jepun tp tak de rezeki kat sana, kena merantau dulu sib baik nak balik jepun dgn mesia tak jauh sgt hihihi..

Kamalia said...

kak ida...nak jugak kek pisang tu..hanak2 kat umah ni pun banana lovers..buatla ape2 ngan pisang, konpem abihnye..

kasihredha said...

dah lama tak buat kek pisang...
bila tengok kek dlm gambar ni..teringin pula nak buat...mmm bestnya

Ayu said...

salam ida,
ida duduk japan ya..bertambahlah satu lagi teman dari japan. Akak link blog ida ni ya..nampak ida pun dah link tu..sedap2 menu kat sinilah..

anie,Nagoya said...

sekom.....Ida.dah lama tak dtg kat umah Ida ni.chat?dah lama tak wat kek pisang.cuma kek pisang jelah anakanda kita boleh mkn.kalo kek lain dia org ragu2 nak makan.hahahaha....

maz said...

salam ida..lamanya xmai jpun ni..ida sklrga apa kbar..lama lgi ke ida kat sna tu..cntik lah kek psang ida tu..bila nk msuk dpur kmaz plak..

Ida Ddapur said...

maz...ida baik2 aja..uhuhhh..lama lg maz kat japan ni..lg 2 1/2 tahun...nanti bia free2 kita intai2 kat sana lak..3 hari ni sibuk ja..esok lak nk kena attend sukan anak