My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, August 23, 2010

Bubur Som-Som Pandan

Ni dessert berbuka petang semalam.....hari ni tak tau nak masak apa pulak.Makan kek aje la....sebenarnya kek dah siap bakar pagi tadi selepas bersahur.
Resepi copy dari dapur Azita ( Azita Kitchen ) sebab baru terpandang baru-baru ni kat dapur dia ....pernah makan suatu ketika dulu,kawan kat tempat kerja kat M'sia bawak..K'Midah namanya.Sedap & sejuk lemak manis bila makan ni. Sesuai dijadikan dessert semasa berbuka dan sesuai pada musim panas ni. Kalau letak seketul 2 ketul ais lagi sedap & nyaman. Thanks ye ita,ida letak resepi kat sini pulak ya...senang nak rujuk nanti
Bahan-bahan:( sukatan yang sesuai untuk ida sekeluarga..tak lebih dan tak kurang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan/boleh ganti dgn kisar daun pandan & tapiskan......ida pakai 2 cawan santan dlm tin + 2 cawan air
  • 1 sd teh pandan emulco...ida tak letak,cuma gantikan dengan 1 helai daun pandan disimpul
  • secubit garam
  • Ida tambah sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
  • Masukkan bahan ke dalam periuk,kacau sebati....ida kacau pakai whisker
  • Masak dgn api yang sederhana besar sambil mengacau hingga mendidih dan pekat
  • Setelah pekat,tutup api. Keluarkan daun pandan.Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil.
  • Boleh juga dituang ke dalam loyang 4 segi...bila dah sejuk baru potong kiub-kiub
  • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
  • Sedia dimakan dengan sirap/air gula melaka.....ida buat sirap gula merah
Sirap gula melaka
  • 250 gm guls melaka
  • 500 mls air
  • 2 helai daun pandan
Atau
Sirap gula merah
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 500 -600mls air
  • 1-2 helai daun pandan
*Jika suka lebih manis boleh lebihkan gula lagi
Cara-cara :
Masak semua bahan sehingga gula cair dan tapiskan.Sejukkan sebelum dimakan bersama bubur tadi.
Atau semasa hendak makan letak 2/3 ketul ais lagi sedap.

3 comments:

Nuridah said...

Salam Ida,

wah nampak sedap bubur som2 tu...boleh cuba
kalau ada waktu nanti.

hana said...

idaaa... aku dtg nak ngecek nih! arini kiter sejiwa ke`ijo`an! hihihi

Mas said...

mas pun pernah buat bubur som2 tu, sedapnya ...