My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, May 21, 2012

Kuih getas-getas

Assalamualaikum....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk masukkan satu post hari ni....nk dibiar kn blog ni sayang la pulak..so cepat2 aja la n3 satu menda ni..tak boleh lama2.
Pestaim dgr nama kuih ni.......jakun kan...pernah makan kuih seakan-akan kuih getas-getas ni dulu tapi kuih tu m'gunakan tepung beras pulut hitam rasanya sbb warnanye gelap...rasa seakan-akan sama. Lain negeri mungkin lain panggilannya..entah la, ida kurang arif.
Edisi nk m'habiskan tepung pulut yg dah lama terperap dlm gobok. Resepi kuih ni ida t'jumpa kt SINI..TQVM di atas p'kongsian resepi


KUIH GETAS-GETAS

Sumber resepi : Jurnal resepi bdaria
 Bahan-bahannya:-
  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda( ida letak 100 gm jer sbb pakai kelapa kering )
  • 130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)...ida lebihkan byksbb guna kelapa kering & sehingga doh elok utk dibentuk
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • Lain kali jika buat lg ida nk tambah sedikit santan pekat sbb guna kelapa kering
Psst:Jika family tak ramai, rasanya buat 1/2 adunan dh cukup.
Cara-caranya:-
  • Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  • Biarkan sebentar selama 10 minit
  • Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper.   Pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
  • Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
  • Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air ( ida letak 1/4 cwn jer )
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Masak sehingga nmpk byk buih2 & pekat baru masukkan kuih tadi ....kacau sebati dan tutup api.

10 comments:

Asyifa Mustaffa said...

kuih kegemaran sy sekuarga....
tp tang nak menyira tu..kadang fail..! hehe....

tun_telani said...

salam kak ida.. sedapnyer! dh lama x makan. xpernah lak buat sendiri..

Qasey Honey said...

wah kuih getas sedapnya...nk tumpang mkn bleh x...hihi

kubing said...

bkn badk berendam ke ni

MOKCIK AZWA said...

oo kuih ni namanya kuih getas-getas ya..hehehe..feberet mokcik nie..kalau balik Sabah, mesti akan cari kuih ni kat pasar tamu hehehe..

Ucu Faridah said...

kuih ni lah kegemaran arwah mak n ayah...skrang ni dah menurun kat anak bangsu diorang...tapi anak bongsu diorang ni malas nak buat..main beli jer...
minta 3 ketui ida....hari ni terasa malas pulak nak beli...nk yg free pulak lah...hihihi...

Asmara said...

pernah dgr tapi tak pasti pernah mkn ke tak ek. hehe..

Chik Mimi said...

tak pernah makan kuih ni selalunya sebelah selatan agaknya nanti nak try juga

JaSSNaNi said...

nyum nyum.. sedapnya kalau dapat sekeping dua getas2 ni.. lepas tu minum kopi O panas.. perghhhhh.. fengsan terus..

Nuwairani Ismail said...

macam pernah makan kuih ni. tapi dah tak ingat beli kat mana. memang tak pernah buat sendiri.pasni kot2 mengidam konfem kene buat jugak ni.