My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, May 25, 2012

Tiramisu Cake..roses theme


Salam weekend buat semua!!! 
Alhamdulillah utk apa saja....
Post hari ni cuma gambar Kek Tiramisu yg kwn ida, rozan tempah beberapa hari lepas utk belated birthday dia.Pernah uat dulu kt SINI, tapi ida buat 3/4 adunan ja masa tu. 

Bahan adunan kek span:( dari resepi soft marble cake ...sumber k'ummi Kuantan dan kak noreen )..tqvm
  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula.....ida letak 230 gm
  • 260 gm tepung gandum#
  • 1 camca teh baking powder#
Bahan bertanda # ayak bersama
  • 6 biji telur
  • 2 camca bsr susu pekat manis...ida letak 1 bsr susu segar
  • 1 camca bsr ovalette
  • 1 camca bsr air
  • 1 camca teh essen vanilla
    Cara-cara :
    • Ida panaskan terlebih dahulu oven 180 C selama 20 minit
    • Ayak tepung gandum bersama baking powder
    • Satukan butter,susu,essen vanilla.....pukul sehingga gebu & ringan/adunan tidak jatuh *
    • Di dalam bekas lain, satukan telur,ovalette,air,gula,campuran tepung & serbuk penaik.......pukul hingga kembang & rata.#
    • Masukkan adunan butter * ke dalamnya # dan kacau rata.
    • Alas loyang dgn cooking sheet/sapu dgn sedikit butter@minyak
    • Bakar pada suhu 170 C / 180 C selama 45-50 minit. Cucuk tgh2 dgn lidi sate utk pastikan kek sudah msk, jika lidi bersih maknanya dh masak.Sejukkan seketika. 
      • Potong /slice kek secara silang kpd 3 lapisan
     Air nescafe utk sapuan pada lapisan kek
    • 1 cawan air panas untuk bancuh nescafe
    • 1 sd makan serbuk nescaffe
    HIASAN atas kek...serbuk koko secukupnya ayak atas permukaan kek ( ida campur serbuk koko +serbuk milo 1:1 utk kurangkan rasa pahit
    Cara-cara :
    • Bancuhkan nescafe dengan air panas...ketepikan dahulu

Utk  Resepi Cream Cheese Frosting boleh rujuk cam ida buat kali ni kt bawah

Cream cheese frosting ( kalau nk sapuan krim lebih tebal, boleh lebihkan adunan k )
bhn-bhn:
  • 400 gm cream cheese Philladelphia
  • 1 cwn gula halus @ secukup rasa
  • 400 mls whipping cream
  • 1/4 sk garam
  • 1/4 sk essen vanilla
  • 1/2 biji lemon...perah airnya
cara-cara:
  • Keluarkan cream cheese dan letak pada suhu bilik selama 2 - 3 jam ( supaya lembut )
  • Pukul cream cheese + gula sehingga sebati, tambah whipping cream serta bhn2 lain...pukul hingga sebati dan pekat
  • Ambil satu lapisan kek tadi, letak siap atas cake borad
  • Sudukan rata air nescafe pada lapisan kek tadi, kemudian sapu cream cheese secukupnya.
  • Ulangi langkah sama hingga ke lapisan ke - 3.
  • Sapu rata cream cheese keseluruhan kek. Deco ikut citarasa. Ayak campuran serbuk koko ke atas permukaan kek yg siap di frosting
Psst : Salah satu lapis, boleh tambah sapuan jem blueberry....cara ni pon sedap


Pestaim uat bunga ros pakai sugar paste.....

7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida, cantik tu.Anything with the roses kak ros suka sebab macam nama kak ros.hihihi

Amie said...

Cantik....memang sangat cantik! Nak makan pun sayang takut termakan kak Ros yang di atas tu he he he heh

Acik Erna said...

salam ida..memang cantik..pandai ida buat

mokwo® said...

mokwo pun suka ros...dapat makan lagi sukeee!!!chomelllnye!

~~zana@pb~~ said...

Akk dah bookmark kek ida ni, ada masa nk buat juga, anak bujang akk fanatik tiramisu....hurmm...sabo je.

Mieza said...

Ida..salam hujung minggu..wahh sedapnya tiramisu..mieza pun buat juga hari ni tapi tak pakai kek..pakai biskut lady finger je..malas punya pasal hehehe rajin tul ida ni..

Mamasya said...

Salam Ida.cantik menawan kek tiramisu dihias dg ros....