My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, May 17, 2012

Roti Inti Kelapa Pandan

Assalamualaikum.....
Resepi Roti Inti Kelapa Pandan
Doh roti diadaptasi dari SINI
INTI KELAPA PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm kelapa lembut(saya pakai kelapa kering je)
  • 1/2 cawan santan pekat dlm tin (jika menggunakan kelapa kering)
  • 3 1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
  • sedikit garam
  • 1 sk pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 cawan air @ secukupnya utk lembutkan kelapa kering
  • 2 helai daun pandan...disimpul
Cara-cara
Masak gula bersama air hingga hancur, tambah  santan, garam, pandan emulco, daun pandan..kacau

Masukkan bahan2 lain...kacau hingga pekat dan kelapa kering sedikit lembut
Biarkan sejuk.

Bahan-bahan doh roti :
  • 500 gm tepung roti / tepung high protien
  • 200 mls air suam -/+ ( sukatan air adalah bergantung pada jenis tepung ye )
  • 60 gm telur atau lebih kurang 1 biji telur saiz besar....pukul sedikit dgn garfu
  • 1 sk garam
  • 40 gm gula
  • 34 gm marjerin ....ida guna soft marjerin jer ni
  • 16 gm minyak zaitun/olive oil
  • 8 gm yis kering
  • 1 sb susu tepung
Kaedah : Uli menggunakan bread maker/BM
  • Masukkan semua bahan ke dalam acuan bread maker....kalau boleh jarakkan garam dengan yis. Pilih menu dan tekan start.
  • Biarkan doh di dalam BM hingga siap diuli dan rehat
  • Setelah siap, keluarkan doh, tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  • Ambil doh bulat2 secukupnya, masukkan inti dan bulat2kan. Buat hingga habis. Susunkan ke dalam loyang sedikit rapat Atau boleh jarak2 kan.( alas loyang dgn cooking sheet @ sapu dgn sedikit majerin/butter )
  • Rehatkan semula dalam 45 minit  - 1 jam supaya ia naik sekali ganda lagi.
  • Spray atas roti dgn sedikit air sebelum bakar
  • Panaskan oven dlm suhu 180 C sebelum membakar.
  • Bakar roti dlm suhu 180 C selama 15 - 16  minit atau permukaan roti nmpk sedikit perang.
  • Setelah roti masak, sapu atas roti dgn butter supaya roti nmpk berkilat sedikit
  • Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.
Hasilnya lembut dan gebus.......
Minta maaf byk2 sbb tak toleh kiri kanan........masa sgt2 tdk mengizinkan

8 comments:

Nur-nba said...

Salam. Hi Kak Ida, lama tak singgah ke blog ni. Nur mohon izin salin resepi ye.. Nampak sedap, teringin nak cuba.

Liza said...

salam ida, nmpak gebu gebas jer roti tu, lembutttt...

Qasey Honey said...

asslm....wah nmpk sedap sgt tu...roti pon sgt gebu...

Amie said...

Lembut gebu rotinya tu Ida... warnanya menawan mata memandang!

Nuwairani Ismail said...

dah terbayang2 wanginya roti ni. lagi seminggu nak balik kg ni rasa nak rehat2 je dulu. kt kg nantilah baru masak macam2.

Mas said...

memang nampak sangat lembut gebu la roti tu kak.....
hijaunya pun cantikkk...

ibundo said...

salam ida. Looks good. gebu je.

Sue Bee said...

tumpang lalu sambil cedok ilmu meroti nih..terima kasih