My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, February 1, 2011

New York Philadelphia Cheese Cake







































Baru dapat kembali ke-udara, gara internet buat hal lagi..aduhhh..ni mesti dah terlepas pandang menu kawan2 lain yg best2 tu...rugi2..2 hari penat dok godek komputer, last2 menghampakan juga...semalam ida cabut semua wayer, petang sambung balik....malam tadi hubby balik, dia godek sana-sini, dapat la juga pakai..tapi dah malam sangat, malas dah nak layan tenet...tarik gebar lagi best...zzzzz hari ni baru nak blogging semula. Cheese kek ni buat semalam....emmm lembut dan sedappp sangat! This is my feberet actually.....

Sumber : all.recipes.com

Bahan-bahan :

BASE:
  • 1 1/4 cups Honey Maid Graham Cracker Crumbs....ida pakai biskut biasa jenama Ritz dihancurkan ( 26 kpg bulat kecil )
  • 1/4 cup melted butter....ida letak 4 sudu besar butter dicairkan
  • Ida tambah 1 sd besar gula ke dalam butter sbb tak pakai Honey Graham Crackers
ADUNAN KEK: cawan yg ida guna ialah sukatan 200 mls utk 1 cwn
  • 250 gm Philadelphia Cream Cheese@apa2 brand
  • 1 cawan gula....ida letak 120 gm
  • 3 sd besar tepung gandum...dlm 30 gm
  • 1 sd besar essen vanilla
  • 1 cawan sour cream.....ida pakai whip. cream 200 mls
  • 4 biji telur...ida pakai saiz LL
  • Ida tambah air lemon dari 1/2 biji sbb tak pakai sour cream
  • Ida tambah 1/4 sd teh garam
  • 1 tin cranberry filling....ida tak der, just pakai jem blueberry
TOPPING:( buat selepas kek siap )
  • 1/2 cawan jem blueberry
  • 30 mls air panas
  • 1/2 sd besar gelatin
*Masak secara double boiler, masukkan dahulu air, pas tu serbuk gelatin...kacau rata sehingga gelatin larut, baru masukkan jem....kacau sebati. Angkat ketepikan sehingga nmpk pekat baru curahkan di atas kek

CARA-CARA:( some method I added my own )

  • Panaskan oven 325 deg F jika menggunakan loyang silver 9 inch springform @ 300 deg F jika menggunakan loyang dark non-stick springform....ida panaskan oven 170 C selama 15 minit....ida pakai loyang silver springform 20 cm( boleh pakai loyang lebih kecil utk mendapatkan saiz kek lebih tinggi )
  • Campurkan serbuk biskut ke dalam butter yang dicairkan.
  • Alas base loyang dgn cooking sheet.
  • Masukkan campuran serbuk biskut ke dalamnya dan tekan padat. Ida bakar sekejap lebih kurang 4 minit..( original recipe baked about 10 minutes )
  • Pukul dgn medium speed cr.cheese bersama gula sehingga gebu. Masukkan tepung, essen vanilla...pukul sehingga sebati. ( original recipe beat all together at on time but I used my method )
  • Masukkan whipped cream, garam dan air lemon.....sebatikan.
  • Tambah telur sebiji2, pukul dgn low speed sekejap sahaja.( just until blended only )
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yg ada crust tadi.
  • Bakar selama 1 jam 10 minit . Ida bakar dlm suhu 170 C selama 1 jam secara 'water bath ' iaitu loyang adunan kek diletak ke dalam loyang lain lebih besar yg berisi air panas. Paras air lebih kurang 1/2 drpd paras loyang kek. Balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tdk masuk.
  • Selepas 25 minit dibakar, tutup bahagian atas kek dgn aluminium foil lagi, bg mengelakkan permukaan kek hangus
  • Ida rasa cara ini lebih baik, sbb kek lebih lembut rasanya.
  • Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Lorekkan dgn pisau yg nipis tepi keliling kek sebelum keluarkan dari loyang supaya tidak melekat.
  • Curahkan dengan topping tadi.
  • Masukkan dalam fridge lebih kurang selama 4 jam. Cheese cake memang sedap makan sejuk2.

7 comments:

NoorMasri said...

salam Ida, tengok pun dah tahu sedap, belum rasa lagi tu...

kzai said...

salam ida...mengoncang keimanan bila tgk ciskek ida ni..sedapnye kalau dpt sepotong...yum..yum..ilang diet...hehehe

lina said...

salam ida - mmg nampak kesedpanya

Nieza said...

sedapnya! nk juga sepotong ni ida..:)

Mas said...

cheese cake yang menggoda...
sedappnya....

♥LOVE2COOK♥ said...

OMG...this is an ultimate temptation! Such a beautiful cake...looks super yummy ya! :D

Ida Ddapur said...

Mekasih sume....krn sudi drop jap kat sini..mmmuahhh!