My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, May 22, 2012

Cream Puff

Alhamdulillah......dah masuk 2 Rejab kita hari ini.
Pestaim try buat menda ni.....alhamdulillah. Dah lama dok dlm list....baru terlaksana smlm. Len kali boleh buat lagi sbb anak2 gemar nmpknya.

 Sebelum letak inti kastard. Mcm2 kejadian rupanyanya selepas dikeluarkan dari oven..Anyway puffnya sgt lembut,..mekasih byk2 kpd Yani & HaSue

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com
Sumber : HaSue

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak..ida buat kecil2 dpt lebih
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • Ida tambah 1/4 sk essen vanilla
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur., tambah essen vanilla & kacau..ni ida tambah.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. ( Ida bakar suhu 200C selama 20 minit shj, puff dh perang dan masak )
Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit( ida tak buat step ni ).
Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.( Ida potong dgn gunting tgh2 tapi jgn sampai putus utk masukkan inti kastard )

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Ggabungan puff yg lembut dan inti kastard yg lemak manis gitu...walllla!! Tak sedar dh berapa ketui masuk mulut ni.

 Cth bentuk setelah dipicit dgn noozle bintang.

Custard Cream
Resepi:honey@myresipi.com
Sumber : HaSue
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
 Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
Psst : Ida masak atas dapur gas guna api perlahan. Selepas step no.2, ida kerang atas api guna kuali  non-stick...kacau m'gunakan whisker cepat2 supaya tdk berketul..setelah pekat & masak  ida masukkan mentega & kacau seketika..tutup api.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

 Tabur sikit atasnya ngan aising sugar

11 comments:

Qasey Honey said...

alahai tomeiii cream puff tu...dh lama jugak xbuat...

ucubakery said...

seronok tengok bila dia elok naik kan....

Chik Mimi said...

sungguh cantik ,akak buat sekali tak menjadi terus merajuk tak mo buat

tun_telani said...

salam kak ida!! sedap sgt!! dh lama tun x buat cream puff nih.. buat kecik2, mmg x sedar byk yg masuk mulut ^^

Kamalia said...

kak ida..saya datang nak makan cream puff..sangat cantik la kak,geram sungguh nak makan..

ibundo said...

salam. cantik nya.
Dah lama tak buat ni.

asyifamustaffa said...

comel dan cntik...
nie kalau makan mmg ngap ngap dan ngap lagi...mmg x ingt brapa ketui da msuk lam mulut...hehe....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ida :)

comel nyer cream puff nie :)
sedap lama tak buat nie ..

Nuwairani said...

cantik cream puff akak! nani buat mesti jadi penyek balik. tak tahulah kat mana tak kene tu.

kasihredha said...

feveret akak ni ida...comeynya ida buat :)

Intan said...

Tadi try buat puff ni first time. Menjadik la dn sedap..tq kak ida.