My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, October 30, 2010

Pizza Sosej


Pizza ni buat bila zaman ntah......gambar dok terperap lama dah dlm hard disk ni...skrg tibalah giliran mu nak menayang diri pulok deh...dah bebanyak kali buat ...satu ni ja tuan dia sempat amik gambar dia, ni pun satu jer......sbb ramai yg menunggu nak ngap...pas tu tuan dia pun malas sama...Terpaksalah la hadirin sekalian ya....kami nak makan pizza pun, kena buat sendiri, kesian kan bila merantau ni. Ida buat doh tu pun dari doh roti jer....buat pizza pas tu buat roti sama, bija k kan. Boleh makan pizza, boleh makan roti sama. Resepi sape lagi..K'Yani ( deco cocho ) kita tu la...cuma kena pandai2 adjust supaya doh tu jgn terlalu manis......itu la salah satu sifu roti2 ida. Thanks a lots ye kak.

Bahan-bahan doh roti :( Jika utk pizza sahaja 1/2 adunan sudah cukup )

  • 500 gm tepung roti
  • 240 mls air......guna air suam lebih baik jika uli tgn dan jika berada di negara 4 musim yg cuaca sudah sejuk walaupun menggunakan BM dan sukatan air telah diedit dr resepi asal
  • 40 gm gula
  • 8 gm garam....letak 1 sd teh
  • 50 gm mentega......ida letak 20 gm mentega & 30 gm shortening
  • 6 gm yis kering
  • 16 gm susu tepung
  • 60 gm telur/ telur saiz LL...lebihkan sikit dr resepi asal
Bahan-bahan topping pizza:

  • Sosej yg mencukupi......potong panjang/bulat2 pun boleh
  • Sos pizza
  • Tambahan sos cili/sos tomato
  • Mozarella cheese yg halus2
  • Capsicum hijau/merah.......di potong nipis
  • Bawang besar......didadukan
  • Oregano
  • Tambahan ...serbuk lada hitam
  • Jika suka juga boleh letak mayonis

cara-cara:( Macam biasa ,ida pakai BM la ni )

  • Masukkan air suam serta bahan2 lain dan diakhiri dengan yis ke dalam acuan BM
  • Pilih menu dan tekan start. Tunggu sehingga siap baru keluarkan doh dari BM.
  • Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
  • Bahagikan doh ikut saiz yg sesuai.
  • # Sediakan dulang pembakar yg dialas dgn cooking sheet/disapu marjerin@mentega
  • Ambil satu bahagian doh tadi,leperkan di atas dulang tadi sehingga memenuhi dulang tersebut. Lebihkan sikit bahagian tepi , kemudian lipat masuk agar menjadi tebing @ mengikut kreativiti masing.
  • Selepas itu mari kita mulakan mekapkan pizza ini
  • Base dia sapu ngan sos pizza, tabur mozarella cheese, susun sosej, sapu tambahan sos cili/sos tomato @ sos pizza tadi, tabur bawang besar, susun capsicum, tabur serbuk lada hitam,tabur mozarella cheese dan akhir sekali tabur oregano
  • Biarkan seketika supaya doh naik sekali lagi dalam 20 minit
  • Panaskan oven terlebih dahulu
  • Bakar pada suhu 180 C lebih kurang 15-17 minit @ atau jika suka lebih garing boleh lebihkan masa
Kalau nak uli ngan tangan pun boleh, kat bawah ni salah satu lagi cara uli tgn :

  • Di dalam bekas yang besar, campurkan semua bahan kering kecuali yis. Gaul sebati.
  • Kemudian baru masukkan yis, gaul rata. Masukkan pula air, mentega & shortening.
  • Gaul dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal & tidak melekat di tangan.Lebih lama menguli akan mendapat hasil yg lebih baik.
  • Selepas itu tutup bekas tadi dgn kain/apa2 shj, perapkan doh selama 1 jam sehingga naik 2 kali ganda
  • Setelah siap, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Bahagikan doh mengikut saiz yg diinginkan
  • Utk seterusnya bolehlah follow step yg bertanda # dan seterusnya ke bawah.

6 comments:

Yani said...

Buat sendiri pizza lagi sedap.. bulih boh macam2 ikut suka hati

nOOrsha said...

sedapnye pizza..boh chese manyak2...yummy....nasib bek da lame abih klo x saye da tapau dah..hehe

anymz said...

salam ida,selamat berkenalan.akak folo ida jugak ya..

*psst2..akak tak tau la camne nak sembang2 kat bawah tu..tak tau nak tulis tang mana..issh..jakun tul akak ni kan?..huhu

Ida,Japan said...

to k'yani....aa tul jugak ya..kalau uat sendiri, mcm2 bole boh..haa kali ni sosej ja ada, jd la pizza sosej ja

To Norshaa....sape gemar cheese manyak2 mmg sesuai la

to k'anim.....sembang sini pun tak per...thanks di atas kesudiaanmu hi..hi

hana said...

adeh da... sejak2 sejuk gegegege nih dah lembabun nak wat roti.. nak nunggu doh naik dah satu hal.. tp teringin juga nak makan pizza.. wat kan da! huhuhuu...

shenes said...

article Visit Website look at this website more index visit the site