My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, December 20, 2011

Laksa Johor pun dah sampai Japan


Salam buat semua.......semoga semuanya sihat2 hendaknya..ida jer kurang sihat sikit.......selsema. Biasa la, bila suhu dah semakin sejuk ni......wabak selsema dan demam akan menyerang. Anak2 pun dah sok sek selsemamnya sebelum ida. Ok la, keadaan dan masa tak mengizinkan utk celoteh panjang2.


Malam ni, ida cuma nak share resepi laksa johor yang ida buat beberapa hari lepas. Pernah jugak buat dulu2 utk majlis makan2...lama sgt dah, tapi bahannya pakai campak2 jer..tak der sukat2 ikut bahan2 yang ida salin dari buku resepi kakak ida dulu,sukatan bahan tak der.....sampai ke japan ida bawak. Kali ni ida buat refer resepi.  Main resepi ida amik kat dapur K'Noreen, resepi asal dari Freeda, myr...... ida ada tokok tambah dan kurangkan sedikit beberapa bahan lain agar kurang pedas utk anak2 ida makan.  Apa2 pun ida ucapkan bebanyak2 terima kasih kpd yg menyumbang resepi yang enak ini.

Jom kita semak resepi.....


Bahan-bahan 
(1 paket spagetti ( ida guna 600 gm )

Bahan2 A:( Kisar )

  • 1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)...ida beli isi ikan( 1 kg ) yg telah dikisar kasar
  • 100gm udang basah....buang kulit
  • 50gm udang kering - direndam sekejap
  • 20gm isi ikan kurau ( ikan masin )- dibakar sekejap..ida guna ikan talang 30 gm

Bahan2 B - ( kisar berasingan dgn bhn A )

  • 3 labu bawang besar ...ida guna saiz sederhana
  • 15 tangkai cili kering( ida kurangkan )
  • 2 ibu jari halia....dlm 2 inci
  • 2 ibu jari lengkuas.....dlm 2 inci
  • 2 ibu jari kunyit hidup....ida letak 1/2 sk serbuk kunyit jer
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ....dihiris2
 Bahan lain

  • 2 keping asam keping ( ida letak 5 keping )
  • 1 kotak santan pekat/ lebih( ida letak 1 tin santan dlm tin-400mls)
  • 1 paket kerisik( ida letak 2 sb )
  •  1 paket kecil rempah kari ( ida letak 1 1/2 pkt )
  •  Garam dan gula secukup rasa ( ida letak gula merah 2 sb )
  Bahan ida tambah
  •  ida tambah 1 sb serbuk cili paprika utk naikkan warna*...paprika tak pedas
  • 1 sb serbuk jintan putih.*
  • 1 sb serbuk ketumbar*
  • Sedikit belacan..
  • 1 batang serai ..diketuk
Bahan2 sampingan:
  • 2 biji limau kasturi belah/lemon
  • timun - di racik halus
  • tauge - buang ekor
  • bawang besar - hiris bulat
  • lada merah/lada hijau - dihiris...ida tak letak
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
  • sambal belacan....ida buat resepi Hana
  • Telur rebus...ida tambah
  • Daun salad ..dihiris halus...ida tambah
cara:
  • masak air di dalam periuk secukupnya sehingga mendidih
  • setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti ( ida tambah sedikit garam dlm air rebusan )
  • rebus sehingga spagetti lembut
  • angkat dan toskan. ketepikan
  • rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
  • angkat dan toskan ( ida beli isi ikan yg siap dikisar kasar, so ida rebus sekejap dgn sedikit air, bila sejuk sedikit terus kisar bersama isi udang basah,udang kering, ikan masin )
  • jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
  • buangkan tulang ikan
  • mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
  • panaskan minyak secukupnya di dalam kuali
  • masukkan serai ketuk dan bahan2 B yang telah dikisar ....tumis sehingga wangi dan sedikit garing
  • bila garing, masukkan rempah kari, serbuk rempah yang lain2 *  & tambah sedikit air dan kacau sebentar
  • kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
  • kacau rata
  • masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan / jika guna isi ikan siap kisar tambah air biasa jer dlm 5 cawan
  • kacau sebati
  • akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula, garam secukupnya serta belacan
  • kacaukan agar semua bahan sebati
  • renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge dan lebih sedap.
  • cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacan serta telur rebus.

 Inilah dia sambal belacan yang ida buat resepi hana
fuhh!.....memang meletop sambal ni. Mekasih byk2 yer hana, di atas resepi sambal yg sedap ini.

 Apa2 laksa pun memang feberet kami sekeluarga........jadi ida terpaksa kurangkan sedikit kepedasan pada kuahnya supaya anak2 boleh makan. Kalau buat laksa, mesti nak ulang2 makan......kalau ada lagi esoknya, mesti nak makan lagi. Fuhhh!!...memang sedap laksa Johor ni. Di makan  pulak dengan sambal belacan hana tu....mabeless sangat! Terangkat!!!

TQVVM for visited here........ida tak berkesempatan nak terjah sana sini......mlm2 baru dapat update blog. 

14 comments:

kasihredha said...

akak tak pernah makan laksa johor...huhu

JaSSNaNi said...

fuhyoooo dasyat tu, laksa johor sampai japan.. nampak so nyummy, tapi betul2 cakap lah.. nani pun tak pernah makan laksa johor.. hehehe

atie @ ejay said...

aduuuh mlm2 buta tengok laksa johor, but perut nih berkeroncong plk:)

Hassan said...

Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~

Liza said...

salam ida....best nmpk kuah laksa tu...akak suka sgt laksa ni, mkn pulak dgn sambal.....huuuuuhhh mak mentua lalu pun perasan....hiihhihihi

Acik Erna said...

ida..akak pun suka laksa johor..sebab lemak dan guna spaghetti

Amie said...

tu dia....laksa Johor yang sedap! order semangkuk ye Ida.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

jrng buat laksa negeri lain selain laksa utara sebab yg tue jer cekap...ni boley try nnt

Gee® said...

wah!! laksa Johor gitu... sedapnyaaaa

Wani Fadhilah said...

sedapnye laksa Johor! bila tgok gmbar je, trus terasa kesedapannya ke anak tekak! teringin nak makan..klau nak buat pun boleh makan sorg je..cam xberbaloi la pula..hehe

Ucu Faridah said...

kalau kt rmh ucu cuma Pak Su je x suka laksa johor..yg lain semua hantu..sekejap je licin, jd kalau nk buat kena banyak...
sedepppppnya...

NoorMasri said...

perghhhhh Ida.....patut lah cam terbau2 tadi, rupanya ada laksa Johor kat Jepang...tak tahan akak tengok...feveret akak tu....adoiii...nak meleleh dah ni

tun_telani said...

salam kak ida~~ wah2.. jauhnyer laksa johor ni merantau. tun pernah mkn sekali je, tu pun masa raya kat johor. kalau buat kt umah ni sure kene komplen sbb tekak adik2 ni mmg nk pekena laksa ganu je..

Juwita Jamaludin said...

Lama juga x mkn dan buat kak.. Sedapnya.. Nsmpak laksa akak ni rasa bak bust plak.. Bila la rajin nak buat