My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, February 4, 2011

Blueberry Marble Cheese Cake










































Di olah dari New York Cheese Cake yang ida buat beberapa hari lepas.......bukan untuk family ida makan ni, sebenarnya ia ditempah khas oleh kawan ida iaitu aimi untuk familynya yang datang jauh dari M'sia. Masa buat hari tu ida ada la bagi sikit kek ni .....diaorg dah jatuh cinta ngan cheese kek ni, dia orang kata rasa cam kat kedai...ish betul ke? hi.hi..hi kembang ler kejap...kami sekarang dah berjiran, selang satu blog ja ngan dia...aimi ni baru ja seminggu pindah kat Shirohama Danchi ni. Ok la ida tulis je apa yg telah diolah sedikit dari resepi asal...tak byk perubahan yg dibuat...cuma ida letak sukatan dalam gram kebanyakannya.

p/s: Boleh buat 1 1/2 adunan jika nak kek lebih tebal@guna loyang lebih kecil dari 20cm
Bahan-bahan ;

BASE
  • 100 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini
  • 50 gm butter dicairkan
  • 1 sd besar honey/boleh letak gula halus
ADUNAN CHEESE

  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm gula halus...ida kurangkan dari yg buat sebelum ni
  • 30 gm tepung gandum/3 sd besar
  • 1 sd besar essen vanilla
  • 1 cawan sour cream/200 mls....ida tukar kepada plain yogurt tanpa gula
  • 4 biji telur ...saiz LL
  • 1/4 sd teh garam
  • Kalau suka lebih masam boleh ikut cam ni....1 sd besar jus pekat oren sunquick/boleh juga bubuh air perahan lemon
BAHAN UNTUK MARBLE
  • 1 1/2 sd besar jem blueberry
  • Sedikit pewarna merah
CARA-CARA: ( Ida buat step yg lebih mudah )


  1. Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.
  2. Kisar biskut bersama butter cair dan honey dgn menggunakan blender kering sehingga hancur.
  3. Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 4-5 minit.
  4. Pukul cream cheese bersama gula dan yogurt sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum, garam dan essen vanilla....pukul sebati sahaja.
  6. Masukkan pula telur...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed
  7. Simpan dalam 1/4 cawan adunan utk dibuat marble. Curahkan adunan cheese ke atas crust/ke dalam loyang tadi.
  8. Ambil 1/4 cawan adunan tadi, campur dgn 1 1/2 sd besar jem blueberry dan pewarna......kisar bersama / dikacau sebati
  9. Paipkan memanjang beberapa baris ke atas adunan, kemudian ambil lidi sate..buat lorekan marble.
  10. Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 160 C selama lebih kurang 1 jam 10 minit iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas. Kalau boleh paras air separuh loyang kek. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
  11. Selepas 25 minit dibakar, tutup bahagian atas kek dgn aluminium foil lagi supaya bahagian permukaan tidak gelap & hangus.
  12. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  13. Longgarkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis.
  14. Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
  15. Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan.
BAHAN UNTUK KRIM BLUEBERRY
  • 100 mls whip.cream
  • 1 sd besar gula
  • 2 sd besar jem blueberry
Cara-cara:
  • Ida kisar bersama semua bahan sebab jem ni ada seketul2 buah blueberrynya....jika tidak susah utk paipkan nanti.


3 comments:

Mas said...

sedappnya ciss kek..
tergoda betul tengok ciss kek kak ida tu.....

dZana said...

slm ida.. tak tahan akk tgok CC.. walaupun bru jer buat.. lain kali try rspi ida pulak ya..

Ida,Japan said...

Mas...tergoda erk...cheese cake mmg sgt sedapp bg sape2 yg suka cheese he..he
k'zana....sila2..mmg sedapp