My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, September 9, 2011

9 th Anniversary Wedding & Blueberry Mocha Cake


Semalam tanggal 8.9.2011 genap umur perkahwinanku selama 9 tahun bersama suami tercinta. Alhamdulillah syukur kepadamu ya Allah dia atas kebahagian dan rezeki yang telah engkau berikan, memanjangkan usia perkahwinan kami hingga ke hari ini......dan berharap hingga ke hujung nyawa kami....amin. 
Sempena hari yang penuh bermakna ini..........ida merajinkan diri siapkan sebiji kek yang tidak seberapa  deconya...yang penting ia sedap & lazat sekali!! Mula2 tak tau nak bagi nama apa kek ni, last2 ida letak nama ' Blueberry Mocha Cake' sesuai kut dgn rasanya. Basic chocolate sponge cake ida amik resepi dr resepi kek blackforest MyR oleh Sharm. Mekasih banyak2 kpd tuan punya resepi. Dah banyak kali buat resepi kek ni......pernah buat Kek Black Forest sebelum ni, resepi lum sempat n3 lagi. Krim mocha ida buat resepi sendiri.


Chocolate Sponge Cake
  • 120 gm gula kastor......ida letak 150gm
  • 100 gm tepung gandum *
  • 20 gm serbuk koko......ida letak 40 gm*
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air sejuk......ida letak susu segar
  • 1 sk essen vanilla
  • 20 mls minyak jagung...ida letak minyak biasa
  • 2 sd teh serbuk nescafe *..ida tambah
Krim mocha:
  • 600 mls whipping cream
  • 7 sb gula halus
  • 3 1/2 sd besar serbuk koko*
  • 2 sk serbuk nescafe*( * dibancuh pekat / bentuk pes dgn sedikit air panas )
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk essen vanilla
Hiasan:
  • Pure blueberry jam secukupnya....boleh juga pakai blueberry filling
  • Coklat rice
  • Cherry 
  • Coklat bentuk hati/love atau apa2 shj
Cara-cara:Kek
  • Ayak bahan bertanda *
  • Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak
  • Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit
  • Perlahankan putaran masukkan minyak....putar sebati shj
  • Griskan loyang/alas dgn baking sheet dan bakar selama 30-35 minit .....ida bakar pada suhu 180 C selama 45 - 50 minit.
  • Biarkan kek sejuk dahulu baru potong kepada 3 lapisan yang sekata.
ATAU 
  • Boleh bakar selapis2, maknanya adunan di bahagi 3, dan bakar 3x. Cara ini akan menghasilkan lapisan yang lebih cantik.
  • Setiap lapisan bakar lebih kurang 15 minit.
Cara membuat krim mocha & hiasan:
  • Satukan bahan krim ke dalam mangkuk besar
  • Putar hingga kembang dan sedikit pekat.( jgn terlalu pekat, jika terlalu pekat sapuan krim pada kek tidak akan licin/smooth)
  • Letak lapisan kek pertama @ paling bawah pada dulang rata / pinggan 
  • Sapu krim secukupnya pada lapisan pertama, kemudian baru sapu rata jem blueberry ke atas krim.( letak lebih lagi sedap)
  • Buat cara yang sama pada lapisan ke-2.Ambil lapian ke-3 tutup atasnya.
  • Sapu rata lebihan krim pada keseluruhan kek...kemudian hias ikut citarasa 


21 comments:

quinnie said...

salam kakida..berseri2 sungguh rupa keknya..macam tuan yg tukang buat tu jugak....hehhehe...happy anniversary buat akak dan suami tercinta..moga kasih sayang akak sekeluarga berpanjangan hingga ke akhir hayat....:)

lepas tengok kek akak nih saya teringin nak makan kek mocha la pulaksss...adeehhhh

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ida...
Happy Anniversary buat ida dan suami.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... Amin..

wah cantiknya kek tu ida... sedapnya tu blueberry mocha cake... sedap2!!

Amie said...

Assalamualaikum Ida,
selamat ulang tahun perkahwinan ke 9... moga ikatan makin kukuh, kasih terus berpanjangan dan cinta sentiasa berkekalan....

BMC tu...sedapnya...mintalah barang semulut!

Asmara said...

Kak Ida! Omedetou! moga terus kekal bahagia hingga ke syurga.. Amin..
*geramnya tengok kek! lama tak baking kek sejak pose haritu. hehe..

AI said...

- happy anniversary ida...moga kekal & bahagia ke akhir hayat...amin...

Love2cook Malaysia said...

Awwww...Happy 9th Anniversary to you and your hubby dear :)
May you both live happily ever after!

That cake looks so sweet...seriously drooling!

K.Nor said...

salam ida.. slmt hari raya

tahniah! semoga ikatan perkahwinan terus utuh dan bahagia hingga ke akhir hayat

Juwita Jamaludin said...

Kak ida amat menggoda kek tu.. Deko simple tapi amat menarik kak suka sgt... Perfect.. Leh ambil tempahan kak.. Opps lupa happy anniversary kak

Cheq Sue said...

phewwwww..... tetibe rasa nak rasa kek tu... kena bookmark ni dulu, mana tahu sampai seru

happy anniversary to kak ida n hubby...semoga berkekalan kasihnya hingga ke syurga

Jayanthy Kumaran said...

Hy Ida,

first time here...love your space..
wishing you a very happy anniversary..
have fun..
interesting posts..
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime.
Tasty Appetite

Acik Erna said...

Amin..happy anniversay ida..

nur easy said...

alhamdulillah.. semoga bahagia berkekalan ;)

Nuwairani said...

tahniah kak ida...semoga berbahagia sehingga akhir hayat....takde mood lagi nak membaking. jeles tengok kek kak ida..

izahdaut said...

ramai aniversary hari ni. buat kak ida n suami happy aniversary..semoga berbhagia hingga ke hujung nyawa. lawa kekkk

kasihredha said...

semoga tambah ceria dan bahagia bersama :)

E-na Zarina said...

Happy belated anniversary...moga terus sabar menghadapi dugaan di alam rumahtangga...kekal bahgia sampai ke syurga....cantik ke ida tu!

Ijah EmoTemo said...

wah nampak sedap sgt! heheh

LiNa_Pg said...

hepi anibeseri wat ida n en.hubby semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin

K.zai said...

Happy Anniversary buat ida dan suami..semoga bahgia keakhir hayat bersama insan2 tersayang...
Ida..mengancamlah kek yg ida cipta ni..special utk tersayang ye...hehe

tun_telani said...

happy anniversary kak ida. semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNya, iA. cantik betol kek akak. terliur nengoknyer.

anumuchan said...

happy 9th anniversary kak ida..nampak sedap kek tu..cmne nak design dekat tepi2 tu ye..tabur2 je ke camne..