My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, November 8, 2011

Sate Sosej......sedap, satu kelainan bila mkn sate

Slm bersua kembali di sini.........hari tak der WW, rutin harian mcm biasa sajer....n3 hari ni cuma 'sate sosej' yang ida buat utk mkn kt umah sempena Aidiladha lepas. Dapat idea dari sorang kawan ida, Nina....maknyer biasa buat sate sosej katanya. Teringin nk cuba buat....ehhh sedap la pulak, buat sikit jer la masa tu sbb petang kami ada jamuan hari raya.  Satu kelainan sikit bila makan sate. Bahan perap sama jer yang ida buat untuk perap sate ayam /daging cuma kena kurangkan sedikit garam tu jer. Lupa la pulok, mana ada lagi n3 pasal sate ayam / sate daging kt HCT sebelum ni....
Kepada yang ingin mencuba terutamanya Lia dan Ayu  yg bertanyakan resepi pada komen n3 yg lepas....resepi ada di bawah yer.

Resepi Sate Sosej by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan:

  • 15 batang sosej..kalau tak cukup, boleh lebihkan k
Bahan perap:
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia*
  • 4 hiris nipis lengkuas*
  • 2 batang serai...potong nipis2*
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk rempah ketumbar
  • 1/2 sk kecil serbuk kunyit atau boleh letak 1/2 inci kunyit hidup ( kisar )
  • 2 sb kacang tanah goreng yg dikisar halus
  • 1 sb gula merah
  • 1/2 sk serbuk cili jika nk pedas....kali ni ida tak letak
  • 2 sb minyak zaitun / boleh juga letak minyak biasa
  • Sedikit air asam jawa / air lemon....secukup rasa
  • Garam secukup rasa...ida agak2, jgn terlalu masin
Bahan sampingan:

  • Lidi sate secukupnya...direndam air semalaman / beberapa jam utk mengelakkan ia mudah hangus
  • 1 batang serai dititik......utk merenjis sate
  • Sedikit minyak zaitun/ minyak masak
  • Lebihan bahan perapan sate..disimpan
Cara membuatnya:
  • Panaskan air, celur sosej seketika dan toskan
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul semua bahan perap dlm satu bekas.....cukup masin, sedikit manis dan masam
  • Potong sosej kepada 5 mcm yg ida buat.
  • Perap sosej yg telah dipotong dgn bahan perapan semalaman atau beberapa jam atau boleh terus cucuk dgn lidi sate dan perap
  • Sejatkan lidi sate dari airnya 
  • Cucuk sosej yg diperap dgn menggunakan lidi sate tadi.
  • Masukkan sedikit minyak ke dlm lebihan bahan perapan #
  • Bakar sate seketika shj, ..guna sebatang serai tadi dan minyak dari # utk merenjis sate semasa proses membakar
  • Renjis kedua-dua belah.
SELAMAT MENCUBA, ANAK2 PASTI MENYUKAINYA!!!
Bila2 free nanti ida postkan kuah kacang daging tu pulak k......mekasih yg tidak terhingga kpd kwn2 dan para pengunjung yg sudi singgah ke teratak ida yg tdk seberapa ni...ta ti tu

19 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tq kakkkkkkkkkkk
leh try nanty
bahan dia lebey kurang mcm satey biasa ekkk just tukaq pakai sosej...
ni kalo 15 batang sosej kat weols mmg x cukup....weols kuat makan bab2 gini....boley try nanty...la stok sosej x cukup nk buat lagik....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ya la ida ni satu kelainan ni.Kak Ros pun nak cuba jugak.

anymz said...

akak ambik resepi ya.satu kelainan ni.boleh cuba masa buat family gathering nanti.terimakaseh atas idea ini ya ida..:)

ady said...

as-salam ida
npk sedap juga sate sosej ni..satu kelainan..boleh cuba ni...

Munn Jaafar said...

grrrrrr nmpk sedap ni! amik resipi ye kak =)

nur easy said...

kreatifnya.. ;)

Liza said...

Salam ida...ni resepi yg liza tunggu2....sdh sampaiiii...thanx ida..

anumuchan said...

nmpk sedapp..huhuu

Asmara said...

menarik kan! bdk2 ug mmg hantu sosej. hehe.. saya pun sama. asben pulak dia kata masa ug dia sokmo mkn sosej skrg tengok pun dah tak lalu. hihi..

quinnie said...

akak..saya kalau pegi pasar malam suka beli bebola atau hotdog bakar ni..sedapnya..suka..:)

Juwita Jamaludin said...

Yum yum sate apa2 pun sedap ni plak sosrj lagi la anak ita berebut

Hanis MY said...

unik la...terliur tgk... yuummy! nanti leh cuba... arigatouuu

Unknown said...

menarikla satay ni kak ida....terliur dah saya tgk ni..hehe

Mieza said...

ida...sedapnya sate sosej ni..mieza suka tang hangus tu..dan kuah kacang tu nampak begitu yummy..terus rasa terliur nak makan sate..ada satu kedai sate kat Tg Malim yg menjual sate yg sedap..tp kedainya buka ikut suka hati dia..2 hari buka 5 hari tutup haihhhhh!

kasihredha said...

dapat resepi baru...menarik.

Kamalia said...

Tq kak ida..lmbt sungguh sy nih..
Bestnye dah ade resipi ni, nnt nk buat..nyum nyum..
Nnt dah buat saya tunjuk kat akk ye..
tp bab kuah kcg yg mls nak buat nih..adeh.

Hamizah said...

salam kenal..
mkn sosej xprisa pon sedap..
kalau wat sate confirm la sedap..
nk cuba jg la.

MOKCIK AZWA said...

yeayy..satu resepi simple yang mabeles...satu yang lain drp yg lain..nak cuba jugak la..

Unknown said...

Kalau jual kt pasar malam ni brape agak2 harganye?