My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, June 1, 2011

Laksa Utara


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua......laksa utara merupakan menu feberet hubby, maklum la orang utara. dan dah jadi feberet anak-anak juga. Ida buat tak berapa pedas, boleh la diaorang makan. Selalu jugak buat, baru kerajinan nak amik gambar..hu..hu & baru dapat share resepi kat sini....



Laksa kering memang ada jer stok kat umah .....ida menggunakan laksa yang halus daripada biasa. Jom tengok resepi....

Bahan-bahan:

LAKSA
  • 1 bungkus laksa kering......direbus sehingga empuk dan sejatkan
KUAH LAKSA UTARA
  • 1 kg isi ikan...dari ikan yg direbus @ isi ikan yg direbus dan dikisar
  • 3 labu bawang besar @ boleh campur dgn bawang merah...dikisar/blend
  • 10 tangkai cili kering dikisar @ boleh dilebihkan / dikurangkan....ida letak sikit jer
  • 8 asam keping
  • Belacan sebesar 1/2 - 3/4 kotak mancis @ secukupnya...dikisar bersama bwg
  • 1 sd bsr gula
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam daun kesum
  • 2 batang bunga kantan....di potong 4 / ikut citarasa sendiri (ini ida tak der)
  • Air yg mencukupi sebagai kuah....dlm 2 1/2 - 3 liter lebih kurang...kepekatan kuah ikut citarasa masing2
CARA2;
  • Di dalam periuk yg besar,masak dahulu bawang dan cili dgn sedikit air baru masukkan bahan lain. ATAU
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk....masak sehingga mendidih, lebih lama lagi sedap.
BAHAN LAIN SEMASA MENGHIDANG:
  • Ualam-ulaman cth...hirisan timun, cili api, limau @ lemon dan bawang
  • Telur rebus


1 comments:

Nieza said...

sedap laksa tu!!....nieza pun suka gak mkn selalu gak buat...kalau 2 hari mkn kuah tu lagi best pekat jer ngan ikan tu...ishhh terliur pulak memlm singgah dapur akak ni...hehe