My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, August 11, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Mekasih banyak2 kepada Quinnie di atas sumbangan resepi yg enak ini. Izinkan k'ida cnp resepi & share kt sini  pulak ye Q
Jumpa lagi dlm beberapa hari .....maybe nextweek. Start from tommorow until sunday kita dh bz. TQVM di atas kunjungan sume......mmmuahhh. Wokey!!!   Ta Ti Tu...................zassssssss
Nasi ayam ipoh
Resepiquinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • Ida tambah rempah 4 sekawan sms menumis dan 1/4 labu bwg besar hiris
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu...ini ida tak de
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  •  
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.( ida tak der sengkuang so, ida letak sedikit rempah 4 sekawan yg ditumis bersama bwg putih, bwg besar dan halia hiris )
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis 4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)
Yang Special nya pada nasi dia.......harum semerbak dgn bau minyak bijan serta tasty / terasa bila sedikit sos tiram dicampur sms menumis rempah nasi ayam ni.

24 comments:

cikmanggis said...

Tiap kali masuk dapur ida ni Cm teringin nak makan buah ceri hehe...Nasi ayam Ipoh dah sampai Jepun ya:)

nOOrsha said...

ni naasi ayam jepon ni..hdehehe..sedap kan kak
:)

kzai said...

salam ida..dah sibuk wat kuih raya ke..saje je kacau...heheh..slmt berhujung minggu ye..sedap npk nasi ayam dgn hidangan yg menyelerakan

quinnie said...

hehehe..nasi ayam ipoh dah sampai jepun...terima kasih kak sebab sudi mencuba....cantik rupa nasi dan set pelengkapnya...saya bila tengok org masak nasi ni...duk terasa2 je nasi ni...mesti teringin nak makan tu dtg balik walaupun baru je buat nasi ni...hehhehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida...
nasi ayam ipoh nie mmg menggoda dari ari pertama tgknya lg.. nampak sgt sedap.. tp lom buat2 lg.. huhuu.. datang cnie tergodaaa ler lagi... cantik set nasi tu ida.. suka akak tgk

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. menariknya menu2 akak.. sangat jeles tau.. suka la nasi ayam ni tapi tak terbuat2 je kak..harus buat ni tak tahan tgk nasi ayam akak cantik

ijayuji said...

Salam kak ida!! sedapp nasi nii ayam ipoh ni kita pun suke, cantek kaler ayam akak, membuatkan kita nak buat lagii jer hihihi.... Ok kak, selamat bekerja keras kak! jgn lupa rehat2 eh? dah dpt cuti rupanyer kan hihihi... alhamdulillah taklah terasa fenat sgt nanti :D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

k.ida yang ayam tue mcm ayam madu gak ek....ayu mmg suka nasik set gini,senang keja hahaha

Mamasya said...

Nampak sedap set nasi ayam Ida. ...nasi ayam ipoh belum pernah buat lagi.....boleh masuk senarai.

MOKCIK AZWA said...

ahaha..dah tahu resepi petang untuk berbuka nie..nasi ayam Ipoh...

kalau ada taugeh sebagai side dish tentu lagi menggamit kerinduan pada Ipoh hehehe

Ucu Faridah said...

ida sihat....?
rakyat kt rumah ucu ni kalau nak ayam mesti kureng..tp bila tengok resipi ni mcm sedapnye..nak try jugaklah..

Ayu said...

asslam ida, nasi ayam ipoh ni memanglah sudah menjadi nasi ayam favourite family akak..
terasa macam nak buat aje..bulan puasa ni..

Lovely Kitchen said...

bhn2 lain cam sama dgn nasi ayam yg biasa buat...cuma beza tang nasi tu ye ida...minyak bijan xde la plak nak try...sengkuang tu juga mungkin akan mengubah rasa nasi ni lain dari yg biasa kot...gambar mmg menarik!!!

Hanis MY said...

wow wii yum2 nanti leh cuba...

Liza said...

waahh bestnya nasi ayam jepon mali...nak sepinggan...hehehe

nuwairani ismail said...

jauh nasik ayam ni merantau...dr ipoh sampai ke jepon dah ha....sedapnye tengok ayam tu...

Acik Erna said...

ida..jauh nasi ayam ni..dari ipoh sampai kejepun.nampak sedap ni..nanti akak ambik resepi ye..

アヌム ちゃん said...

wah sedapnya.

Ida,Japan said...

Terima kasih byk2 di atas kunjungan sume..dan juga sudi meninggalkan komen2 yg manis..minta maaf byk2 dr ida sbb tak sempat nk jawap satu persatu, apa2 pun ida amat hargai setiap komen yg diberi..mmuahhhh..labiu

Nuridah said...

Assalamualaikum Idah,

aduh bulan puasa nie akak nk blog walking agak payah sedikit....baru ini lah sampai rumah Ida.

Sedapnya nampak nasi ayam ipoh mali tu...bulan2 puasa ni mkn nasi ayam mmg sedap kan Ida...boleh terus buat sahur...jimat masa...sesuai untuk kak nur yg malas nie....hehe.

AI said...

- ida bizi buat kuih raye ke...bole hantar msia sikit...hehe

Deliah's Deli said...

brkriuk perut tgk gambar nasi ayam yg sedap ni!!

♥LOVE2COOK♥ said...

Lovely presentation! I am drooling as always :)

Acik said...

sabar .. sabar! dugaan ... :)