My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, January 24, 2012

Donut Mayo

Assalamualaikum & slm sejahtera........n3 seterusnya

 Donut mayo....resepi Ros@Jintanmanis.com.TQVM yer ros....izinkan ida share kt sini pulak.

 Sedap, lembut dan gebuss......sejuk pun masih lembut.
Donut Mayo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya:( ida buat doublekan adunan kt bawah )
  • 330 gram tepung gandum ( ida guna tepung high protien/tepung roti lebih sedap )
  • 1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
  • 1 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 140ml air suam ( ida letak lebih kurang 80 mls jer )
  • 1 1\2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula ( ida kurangkan sikit )
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
Cara membuat :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, ( ida leperkan sikit doh, pas tu ida buat lubang dgn penutup botol spice/boleh juga guna penutup air mineral @ kadang2 ida guna acuan  donut, tapi lebih suka buat cara pertama ) biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

 Donut ida yg tergaring sedikit.......

7 comments:

Kak Sam said...

Suka..suka..suka... menang best le donut ni

CT Delima said...

As'salam Ida

memang sedap k.ct dah 3-4 kali buat donat mayo dari Ros ni. esok makan pun masih juga lembut sangat2. K.ct buat 2 adunan sebab nak kasi forzen... :)

yang garing2 tu sedap Ida..krup kruppp kalau gigit..hihi

Gee® said...

Nampak aje donut terus k.gee singgah sini... sedapnya

ady said...

as-salam
npk cantik donut tu..mesti sedap..

Zue El Razak said...

nak try lah...
seronok bab 'try menery' ni..

rahel said...

memang terbaek punya..harus dicuba ni.

izahdaut said...

kak inaaaa..
saya nampak donut akak tu licin semacam je. cemana cara nak dapat licin gitu. geram aii tergudaa.. hehe