My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, January 30, 2012

Kek Ciffon Bercoklat Oren

ASSALAMUALAIKUM.....apa khabar semua??? Sebelum nak tarik gebar yg tebal, mlm ni ida nak n3 satu resepi kek ciffon ni......baru nak berjinak2 dgn menciffon. Hasilnya pon tak segebu cam tuan punya resepi buat. Harus dicuba lagi ni nmpknya. Resepi kek ciffon ni yg biasa jer..... tak der la topping2nya. Ida jer pandai2 buh topping tu. Resepi dari sorang staff kt campus asben. Ms Jane ni mmg gemar membaking......satu hari tu dia siap buat cooking demo lagi kt lab asben ni, dia buat kek ni la..tapi asben ida & the geng jer la yg tgk & lepas tu mkn. Kata asben ida, kek yg Ms Jane buat tu lembut dan gebu sgt.....maknanyer ida belum pas lagi mencipon ni.

Kek ciffon ida sebelum dimekap.......kecik jer la.  Kalau tgk dari bahan2nya pon hanya 3 biji telur aja....mmg dh tau kecik kan. Nak lebih bsr, nak kena doublekan la adunan asal ni. Biasanya sebiji kek ciffon menggunakan 5 - 6 biji telur kan.


Kek Ciffon ( ida translate dari resepi asal )
Bahan-bahan :
  • 3 biji telur
  • 80 gm tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 100 gm gula 
  • Sedikit garam halus*
  • 50 mls minyak sayuran ( salad oil )
  • 50 mls air ( ida letak susu segar )
Cara membuatnya :
  • Ayak bahan bertanda *
  • Asingkan kuning telur dan putih telur.
  • Masukkan separuh gula ke dalam kuning telur dan separuh lagi ke dalam putih telur.
  • Pukul campuran putih telur tadi hingga meringue ( kental/kaku ).( apabila diterbalikkan mangkuk, telur putih tadi tdk jatuh )...ketepikan
  • Masukkan minyak sayur, air/susu, bahan ayak ke dalam mangkuk kuning telur......Campur sebati.#( ida masukkan minyak dan air/susu......kacau dulu baru masukkan bhn ayak..kacau lagi sebati )
  • Tuang meringue ( putih telur yg dipukul ) ke dlm bhn atas #........campurkan sebati perlahan-lahan.( ida kacau secara kaup balik )
  • Tuang adunan ke dlm acuan kek ciffon ( 16 - 18 cm ) Ida pakai loyang biasa saiz 20 cm & ida letak gelas yg dibalut dgn cooking sheet kt tgh loyang utk jadikan lubang....sbb loyang kek ciffon belum beli.
  • Bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu selama 30 - 35 minit dlm suhu 180 C.
  • Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biar ia sejuk baru buat topping cam ida buat / apa2 topping kegemaran.
Topping Bercoklat Oren
  • 120 gm coklat masakan putih
  • 40 mls whipping cream
  • 1 1/2 sb jus oren pekat sunquick
  • 1/2 sb mentega
  • Optional......sedikit pewarna kuning telur
  • Hiasan : Buah limau dlm tin & manik warna
Cara membuat :
  • Panaskan whipping cream seketika ( 5 minit ) secara double boiler
  • Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream.....biar seketika hingga coklat jadi lembut, baru dikacau.
  • Masukkan butter, jus oren pekat & pewarna.......tutup api & kacau sebati. Angkat.
  • Tungggu coklat agak sedikit pekat baru curahkan ke atas kek dan hias.
psst : Jika musim sejuk, tak perlu tunggu lama utk coklat memekat, terus curah pun boleh sbb coklat cepat menjadi pekat pada cuaca sejuk.
Minta maaf la, sbb gambar kek yg slicenyer tak dpt nak tunjuk sbb kek ni hari tu utk bawa ke rumah kawan. Ida ada la rasa gak kek ni masa kat rumah kwn ida tu. Lembut dh ada cuma gebunya belum cukup...itu komen asben ida la, sbb dia dh rasa dari air tgn tuan punya resepi ni buat.

Walaupun belum 100 % perfect ida menciffon tapi bila ada lelehan coklat berperisa oren ni.....fuhhh!! mabeless jadinya.Ok la, tak leh lama2.....dh nak titon, esok nk bangun masak sarapan dan bentou/bekal asben & anak2 pulak. Rutin biasa hari2 di Jepon kecuali hari cuti. Kalau hari cuti, sekadar buat bekpes jer la pagi.

13 comments:

AZLITA AZIZ said...

salm ida
akak dah terbau2 oren dah ni..
walllaaaa... sedapnya..
dah lah sedap ida.. gambar mengancam habis pulak tu..
tahniah tahniah..
nanti nak cuba jugak lah.. bila lah tu.. berderet2 dah resepi menunggu ni..

..::Zue::.. said...

Ida..
ku dah tergoda.. oren CNY banyak ni kat umah..Emmm..Good Idea..!!

Kak Sam said...

Macam2 ye orang kreatif boleh buat. Kita ni memang tak berani nak memandai2. Ikut je apa yang orang tulis, tu pun belum tentu menjadi. hehehe

Acik Erna said...

ida..terima kasih ida..dulu pernah buat kek ciffon yang letak perahan air limau sunkist..sedap..nak cuba jugaklah nnanti..nampak mudah bahan2nya..terima kasih ida.

Ummi said...

Assalam Ida, xpa la x gebu pun, nnt sekali lg buat mesti gebuss muluuss...yg penting rasanya kan... Cantik menggoda tgk lelehan oren tuh...adeeeii.

*pssstt - xpun suh en asben Ida demo kat Ida laa, sbb dia tengok Ms Jane buat kan...hahaha

Qasey Honey said...

asslm...
makaiii...pepagi dh tgk kek oren....kena cuab ni...xtahan menengoknya...dlm list dh ni...hehehe

CT Delima said...

As'salam Ida

tak boleh tahan tengok topping tu kecur2 dah telan air liur berapa kali dah ni..hehehe

k.ct pun lama tak menchiffon (rosak bahasa malaysia..hahaha)

Ucu Faridah said...

salam ida...
rasa mmg dah tau sedap...cuma belum dapat yang real punya je lagi...

Gee® said...

Salam Ida, wanginya bau kek oren tuh... balik ni mesti k.gee buat sebab oren ada 3 butir dlm esbok tuh...

nuwairani ismail said...

seumur hidup belom try mencipon lagi ni...kene beli acuan la nmpk gaya...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ida..
Alamakkkk...sungguh menggiurkan...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ida..Wooowwwww..Kek chiffon..kegemaran ni, tapi versi ni lagi istimewa siap ada "sos" lagiiii

lala hashim said...

Salam.

Nak tanya..saya baru belajar buat kek.
Yang 40 mls tu ape..mls tu ape ek??