My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, January 23, 2012

Pizza Tuna Bersosej......dohnya resepi dr dapur K'Ummi

Assalamualaikum.......sejak dua menjak ni asyik buat pizza lak.....ada jugak yg tak tersnap pun gambar pizza yg dibuat. Pas tu suka plak letak inti tuna nih....sedap pizza ni bila letak inti tuna, lagipun penyediaan inti tak renyah berbanding nak buat inti ayam atau daging. Pizza yg ni pun rasanya yg gambar yg last week punya pizza. Selalunya ida buat pizza utk buat breakfast...buat petang, esoknya panaskan semula. Buat mesti lebih, sebiji tak cukup....kadang2 3 biji sekali buat. So ida kena la lebihkan doh yang dibuat.1 biji memang harus selesai malam tu jugak. Diaorang ni memang tak leh nampak pizza.

 Resepi doh pizza ni ida amik dari dapur kak Ummi, Kuantan....doh pizza daging kari. Mekasih byk2 kak ummi....ida share kt sini plak yer. Sebenarnya ni dah kali ke-2 kut rasanya buat doh ni, yg sebelum2 ni tak sempat nak snap gambar bagai pun....Doh ni hanya menggunakan minyak zaitun sebagai bahan pelembut beserta bahan asas yang lain. Satu resepi doh pizza yang sangat ringkas, senang dan cepat.......sedap dimakan ketika panas2. Jika hendak dimakan dgn segera dan masa suntuk.....resepi doh ni mmg sesuai dibuat.

Resepi Asal : Pepperoni and Meat Pizza
Sumber doh : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan (Doh Pizza):- ( ida buat 3 adunan dr resepi ni )
Satu adunan
  • 2 cawan tepung (k'ummi guna tepung high protein, ida pun)
  • 1 sudu besar yis kering (mauripan)
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:-
UNTUK DOH: 
  • Masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. 
  • Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) 
  • Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. 
  • Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung.
  • Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.( pastikan canai jgn terlalu tebal)

BAHAN TOPPING TUNA BERSOSEJ ( lebih kurang utk 3 biji pizza )
by : ida @ HCT
( tuna ni juga boleh dimasak dahulu dgn menumis sedikit bawang putih & bawang besar jika suka, kalau tdk boleh jer ikut cara bawah ) 
 
  • 4 tin kecil tuna dlm tin( plain )......disejatkan sedikit airnya
  • mayonis
  • Sos tomato secukupnya*
  • Sos cili secukupnya*
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar
*Sos cili dan sos tomato dicampur bersama
*Ambil sedikit  @ 4 sb sos yg dicampur tadi , 3 sb mayonis, sedikit serbuk lada hitam.... gaul dgn tuna,tambah garam jika perlu
*kalau ada sos pizza, guna sos pizza & tak perlu letak sos cili dan sos tomato tu
    • Sedikit serbuk oregano dan italian herb( mix ) jika ada
    • Keju mozarella halus / boleh juga letak mix cheese halus
    • Capsicum...didadu
    • 1 biji bawang besar... didadu/hiris/
    • Beberapa batang sosej....direbus seketika kemudian dihiris nipis2
Cara hias pizza
  CARA HIAS PIZZA
    • Ambil doh yg dicanai leper dan ratakan sebahagian sos pizza/campuran sos tadi ke atasnya. Tabur sedikit keju mozarella
    • Susun bahan untuk pizza atasnya dimulai dengan tuna, bahan2 lain dan sapu lagi sikit sos serta tabur sikit aja keju mozarella ( ida tabur sikit jer dulu sbb esok ida akan bakar semula )
    • Rehatkan selama 40 minit lagi supaya doh naik.
( ida rehatkan 15 minit dlm oven yg dipanaskan terlebih dahlu sbb cuaca agak sejuk kt sini supaya doh naik lagi baru bakar atau boleh rehatkan di depan pemanas udara.) 
  • Panaskan oven dan bakar lebih kurang 14 minit ( ida bakar sekejap sbb esok akan bakar semula ) Jika nak makan terus boleh tabur semua cheese & bakar lebih kurang 18 - 22 minit dlm suhu 180 C ) Untuk yg bakar 14 minit tadi, esoknya tabur cheese sebanyak mana yg suka dan boleh bakar semula dlm suhu 180 C selama 12 - 14 minit.( panaskan dulu oven )
  • ATAU boleh juga ikut cara resepi asal....bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit dlm suhu 250 C. ( len kali nk try cara bakar yg ni )
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :

  1. JIKA ULI TANGAN Letak mangkuk doh yg ditutup dgn kain lembab berhampiran dgn heater / pemanas udara sebelum dicanai 
  2. Selepas dicanai letak doh juga berhampiran dgn pemanas udara. ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg dicanai leper dan sudah diletak topping ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik

 
 Cheese tu ida letak sikit jer k, kalau suka lebih cheese boleh letak banyak k.

Dialog anak-beranak semasa makan pizza terkini, tapi bukan pizza yg ni...selepas pizza ni, baru 2 hari lepas ida ada buat pizza lagi...pizza sardin dan sausage + crabstick pizza. Nanti bila2 ida n3.

Anak ida yang sulung :  Macam ummi tak pernah buat la pizza masa kt M'sia dulu
Ida : Dulu2 mana ummi pandai buat pizza kakak.
Abah mencelah : Ummi dulu banyak tunjuk2 kat kedai jer kakak

He..he....betul la juga tu, kat M'sia kerja...masa sangat terhad untuk mencuba resepi2. Masak pun yang asas2 jer. Tunjuk2 kat kedai pun banyak jugak. Alhamdulillah syukur......dengan sedikit ruang masa yang ada di sini, dapat ida main masak2. Mekasih yang tidak terhingga kepada semua di atas perkongsian ilmu masak2 ni.

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida...lama tak jenguk ida..sedap dan mengenyangkan kan????

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida...lama tak jenguk ida..sedap dan mengenyangkan kan????

rahel said...

Kak Ida..cantik sangat nampak pizza ni..suka tengok yg bahagian doh tu..gebu...

Acik Erna said...

assalam ida..menarik..seronok ida dapat makan pizza hasil tangan sendiri..mesti sedap..

Gee® said...

ahai...dh lama tak memiza...ada can pekena piza malam nih...

Ummi said...

Assalam Ida cayang...wah wah...kemain tayang piza, akak pun sampai kena tengok balik doh mana yg akak try buat tuh...hahahaa, byk sgt resepi doh tu kan... Betul yg ni mmg sedap, doh pun cepat jek naik..guna minyak zaitun mmg ada kelainan.. Amboii buat sampai 3 adunan ke...mintak sejuring kat akak... ^__^, terima kasih sudi selongkar dapur akak tu wpun tuan rumah bercuti..hehe

pembekal mutiara said...

nak cuba doh pizza versi ida

Anonymous said...

kalau nk guna minyak jagung boleh x ? ganti dgn minyak zaitun??