My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, January 31, 2012

Nasi Goreng Tomyam

ASSALAMUALAIKUM......

Bahan diadaptasi dari resepi 'bihun goreng tomyam' yg lepas.

 Bahan-bahan:
  • 2 pinggan penuh nasi putih ( ida guna nasi beras Jepun aja ni )
  • 20 ekor udang....buang kulitnya
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih*...kisar
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana* atau boleh letak bawang merah ...kisar
  • 3 ulas bawang putih...dicincang halus
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 3 sb pes tomyam
  • Tambahan cili api -jika nak lebih pedas
  • 3 helai daun limau purut - dipotong kasar
  • Sayur-sayuran ( ida letak sayur kobis jer - dhiris )
  • Optional ...batang saderi ( dihiris nipis )
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sk serbuk pati ayam 
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan bahan yg dikisar...tumis hingga sedikit garing.
  • Masukkan  perencah tomyam. Tumis seketika.
  • Masukkan udang dan goreng sekejap baru masukkan telur.....kacau
  • Masukkan sedikit garam dahulu & juga daun limau purut .....kacau
  • Masukkan nasi dan sayuran....masak & kacau sebati hingga sayur sedikit layu.
  • Perasakan garam secukupnya. Boleh tambah cili api yg diketuk sedikit jika nak lebih pedas ( ida tak letak )
  • Hidangkan ke dalam pinggan telur goreng dan daun salad.
 *Boleh letak daging ayam atau daging lembu sebagai bahan tambahan.



On hurry.....sbb nak n3 satu lagi resepi...okes selamat menjamu mata.

1 comments:

kasihredha said...

lapar lapar
jadi lapar melihat nasi goreng malam2 ni