My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, January 6, 2012

Pulut Kuning, Ayam Goreng Berempah dan Telur Dadar Halus

Caakkkk!! Salam semua!!!!....Salam Tahun 2012..........alhamdulillah dapat kita bersua kembali di alam maya ini, ida minta maaf banyak2 sebab dah seminggu dapur HCT tak berasap....dapur HCT jer tak berasap, dapur sebenar ida tetap berasap-asap, tak berenti berasap walaupun tak pakai dapur kayu he..he.namun begitu ida tidak sempat pun nak snap pic makanan yg ida masak. Kalau ada pun snap gitu2 jer. Ida agak sibuk beberapa hari lepas, sibuk di rumah dan sibuk dgn aktiviti luar juga, aktiviti jalan2 main salji....tambah2 lagi anak2 sume cuti sekolah. Biasa la, bila 4 org askar ni berkumpul di rumah, haru biru semuanya....hemmmmm

 Ni cerita tahun lepas......kali ni ida lebihkan santan sbb beras pulut Jepun yg ida guna kali ni perlu lebih santan. Pulut kuning atas permintaan anak sulung ida, kakak sara selepas dia  ternampak pulut kuning dlm blog K'Ita Masam Manis hari tu.
PULUT KUNING ( beras pulut Jepun )
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beras pulut direndam semalamam / 3-4 jam
  •  2 asam keping
  • 400 mls santan pekat dlm tin / pati santan
  • 2 sd besar gula/secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 sd teh serbuk kunyit
  • Beberapa titik pewarna kuning
CARA-CARA:
  • Rendam beras pulut bersama asam kepinmg, air dan masukkan serbuk kunyit dan beberapa titik pewarna ( ida rendam semalaman )
  • Panaskan air di dlm kukusan sehingga mendidih
  • Alas pengukus dgn kain net, jika lubang pengukus tu besar, kalau lubang tu kecil tak perlu alas...ida tak alas.
  • Kukus beras pulut kosong selama 20 minit. Kacau di pertengahan masa mengukus.
  • Di dlm mangkuk campurkan santan bersama gula dan garam
  • Tuangkan pulut kosong yg dikukus ke dalam bekas lain. Tuangkan campuran santan ke dlmnya dan kacau rata.
  • Kukus semula kali ke-2 sehingga masak atau selama 15 - 20 minit. Kacau dipertengahan masa mengukus. Beras pulut Jepun ni tidak perlu dikukus terlalu lama sbb ia cepat lembut.
PULUT KUNING SEDIA DIMAKAN BERSAMA SAMBAL BILIS, TELUR DADAR GULUNG, RENDANG, SERUNDING DAN APA2 SAHAJA YANG SESUAI. KALI NI IDA HIDANGKAN DGN AYAM GORENG BEREMPAH, TELUR DADAR DAN SERUNDING IKAN ( M'sia mari )


AYAM GORENG BEREMPAH 
by HCT ( versi org merantau jer ni )

Bahan A (dikisar)

1 1/2 inci Halia
4 batang serai
5 ulas bawang putih
1/4 labu kecil bawang besar

Bahan B

  • 1 kg ayam 
  • 1 sk serbuk  jintan manis
  • 2 sk serbuk  jintan putih
  •  1 sb serbuk ketumbar 
  • 1 sk serbuk kari ( boleh tambah ) 
  • 1/2 sk serbuk cili ( boleh tambah ) * Jika tak nak pedas boleh gantikan dgn serbuk paprika 
  • 2 sb air asam jawa
  • 1 1/2 sk sebuk kunyit ( boleh tambah )
  • 1/2 sk serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 sk gula
( Jika ada daun kari, boleh tambah sama )

Cara-cara memasak

  • Perap ayam dengan semua bahan A yg dikisar dan bahan B selama 40 minit atau sejam.
  • Panaskan minyak yg banyak, goreng ayam hingga masak & toskan.
  • ( Masa pertengahan menggoreng, cedok serdak2 rempah dan ketepikan - nanti boleh ditabur ke atas ayam goreng )
  • Susun ayam ke dalam pinggan, taburkan serdak2 rempah ke atasnya. SEDIA DIHIDANGKAN BERSAMA PULUT KUNING TADI.

 Anak2 ida sume penggemar pulut, tak kira la pulut kuning ker, pulut lemak putih ker, ketupat ker....diaorg  lebih suka cicah ngan gula jer

Tips utk mendapatkan telur dadar yg cantik dan tidak pecah semasa dipotong.( tips ida dpt dari sis Japan sms cooking demo & ida pernah juga terbaca dari blog izah muffin lover ) TQVM
  • 1 sk tepung jagung + 2 sb air...bancuh
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Sebatikan semua dlm satu mangkuk
  • Panaskan kuali leper nonstick,  titiskan sedikit minyak dan sapu rata dgn tisu bersih......biar betul2 panas 
  • Tuangkan sedikit bancuhan telur/secukupnya.........lenggang2 kan kuali supaya telur rata nipis seluruh kuali. Goreng sekejap shj, agak2 sudah masak dan angkat Jangan terlalu lama, nanti telur keras.
  • Ulangi proses menggoreng hingga habis
  • JANGAN hiris telur dadar semasa masih panas, biarkn ia suam2 sedikit baru hiris supaya ia tidak putus/pecah.

9 comments:

tun_telani said...

salam kak ida ^^ sedapnyer nmpk set pulut ngan ayam goreng kak ida tu.. tun kalau pulut ni blh mkn sikit2 je, sbb nnti berangin satu badan. hihi.. biasanya masa raya mama tun mesti masak pulut ngan rendang ayam. windunyer!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum ida,
nyum nyum, sesekali makan pulut kuning mmg sedap, tapi tak pernah lagi makan versi ida ni, ngan ayam goreng berempah.. biasa makan ngan daging atau ayam yg berkuah.. hmmm nyum nyum.. camni pun i like tau.. :D

Kamalia said...

salam kak ida..terliur nmpk pulut kuning akak tuh..berseri2 sungguh warna pulut tuh.pg td teringin gak nk buat ni,last2 sy buat seri muka je.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

isssyyy teringin gak nak makan pulut kuning ngan kari ayam ni...but beras pulut jpn dah habis la kena beli dulu la....wahhh terlioq dah ni akak

Amie said...

amboiiii.... duduk Jepun pun buat pulut kuning juga ye... memang anak Melayu jati!

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalammualaikum Ida, dok jauh pun ada jugak masak pulut kuning berbanding dgn akak ni, tak pernah buat pun. Mengharap kakak n emak yg buat.

MOKCIK AZWA said...

Sangat suka tips buat telur dadar tu..thanks Ida..

nOOrsha said...

salam kak..cute je nmpak pulut kunen akak ni...comey jer gandingan dgn ayam tu :)sesuai utk bekpes ye :)

Sofea said...

terliur tgk, dh lama x buat..:)