My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, January 25, 2012

Sausage + Crabstick Pizza

ASSALAMUALAIKUM......
N3 resepi pizza yg buat paling latest........jangan jemu tengok erkk....hari tu pizza tuna bersosej, hari ni pizza sausage + crabstick pulak.

Buat dari doh roti aja, resepi yang yani letak kt MyR dulu.....Mekasih byk2 ye yani, dah selalu buat roti pakai resepi ni. Sambil buat roti, buat pizza juga. So, pizza pun lembut jadinya. Roti sosej bercheese yg tak sempat nk snap gambarnyer pun sebab licin sekelip mata saja.

Resepi asal doh roti sosej mini by : Yani,MyR

Bahan-bahan doh  :( Jika utk pizza sahaja 1/2 adunan sudah cukup )
Doh ni ida doublekan dari resepi asal. 
  • 500 gm tepung roti
  • 220 - 240mls air......guna air suam lebih baik jika uli tgn dan jika berada di negara 4 musim yg cuaca sudah sejuk walaupun menggunakan BM .....sukatan air telah diedit dr resepi asal
  • 40 gm gula ( ida letak 30 gm )
  • 8 gm garam....letak 1 sd teh
  • 50 gm mentega ( ida guna soft marjerin )
  • 6 gm yis kering
  • 16 gm susu tepung
  • 60 gm telur/ telur saiz LL...lebihkan sikit dr resepi asal

    Bahan-bahan topping pizza:

    • Sosej yg mencukupi......direbus seketika & potong panjang/bulat2 pun boleh
    • Crabstick secukupnya...dipotong2
    • Sos pizza/boleh ganti dgn sos tomato + sos cili sikit + oregano + mix herb ( cth sos pizza di Jepun boleh klik SINI )bila2 bila ida snap gambar botol sos tu, ida letak pic kt sini
    • Mozarella cheese yg parut
    • Capsicum hijau/merah.......di potong nipis
    • Bawang besar......didadukan
    • Oregano
    • Tambahan ...serbuk lada hitam
    • Jika suka juga boleh letak mayonis
    cara-cara:( Macam biasa ,ida pakai breadmaker(BM) aja )
    • Masukkan bahan2 ke dalam acuan BM dan diakhiri dengan yis.
    • Pilih menu dan tekan start. Tunggu sehingga siap baru keluarkan doh dari BM.
    • Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
    • Bahagikan doh kpd 2 - 3 ketul mengikut saiz dulang.
    • # Sediakan dulang pembakar.
    • Ambil satu bahagian doh tadi,leperkan di atas dulang tadi sehingga memenuhi dulang tersebut. Lebihkan sikit bahagian tepi , kemudian lipat masuk agar menjadi tebing @ lebih tebal sedikit.
    • Selepas itu mari kita mulakan mekapkan pizza ini
    • Base dia sapu ngan sos pizza, tabur mozarella cheese, susun sosej & crabstick, sapu sos pizza lg, tabur bawang besar, susun capsicum, tabur serbuk lada hitam,tabur mozarella cheese dan akhir sekali tabur oregano
    • Biarkan seketika supaya doh naik sekali lagi dalam 30 - 40 minit
    • Panaskan oven terlebih dahulu
    • Bakar pada suhu 200 C lebih kurang 15-17 minit @ atau jika suka lebih garing boleh lebihkan masa

      Kalau nak uli ngan tangan pun boleh, kat bawah ni salah satu lagi cara uli tgn :
      • Di dalam bekas yang besar, campurkan semua bahan kering kecuali yis. Gaul sebati.
      • Kemudian baru masukkan yis, gaul rata. Masukkan pula air, mentega/ marjerin.
      • Gaul dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal & tidak melekat di tangan.Lebih lama menguli akan mendapat hasil yg lebih baik.
      • Selepas itu tutup bekas tadi dgn kain/plastik,  perapkan doh selama 1 jam sehingga naik 2 kali ganda
      • Setelah siap, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
      • Bahagikan doh mengikut saiz yg sesuai.
      • Utk seterusnya bolehlah follow step yg bertanda # dan seterusnya ke bawah.
      Hot from oven!!....
      Kali ni letak cheese lebih....makan sambil pejam mata, dan tak pikir panjang lagii.....

      Gambar2 pizza ni diambil di hari yg matahari tenggelam timbul, tenggelam yg byk...jenuh nk menunggu.......musim2 sejuk ni, susah nak jumpa hari yg terang-benderang dgn sang mentari. Sekali sekala aja....nasib2 la.

      6 comments:

      Acik Erna said...

      assalam ida..sedap pizza ni..acik ambik resipi ye..rasa macam teringin nak mencuba..

      ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

      terus jadi lapaq tetiba ni adeh!
      oishii sou

      cik norai said...

      wah kak ida...nampak sangat sedap la.norai pernah buat pizza tapi doh dia tak best sangat.nak try la resepi nnt.hehe

      Gee® said...

      tak tahan tengok 'Hot from oven!!.... mengancam giler!!

      nOOrsha said...

      salam k ida... nk tumpang merasa pizza sambil pejam2 mate jugak.. hehehe

      sudipVSsenduk said...

      mamamia! terliur tengok keju yg berjurai2 tu!!!
      saya kalau buat pizza, base dia pakai instant roti canai je.. org 'rajin' mmg mcm tu hehehe.