My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, January 19, 2012

Ladybug oh ladybird....

Salam buat semua.........birthday story ni dah hampir seminggu yg lalu....ida letak sini sebagai kenangan masa2 akan datang. Tuan rumah sekarang ni sangat lemau menghupdate blog........bz pun ya, 'm' pun ya jugakkkk huhuuuu...gomen ne.

Ni la birthday girlnya.......my 2nd daughter Nur Qistina. Kt Japan dh nak masuk darjah dua kalau kt M'sia baru masuk darjah 1.

 Kakak & adik2 saja la pemeriah suasana....


 Birthday girl ni tak kisah apa2 design pun.......so ummi dia buat apa aja la yg tergerak di hati masa tu. Basic cake ida buat chocolate sponge cake, white chocolate + strawberry emulco utk topping pada ladybug, dark chocolate for dot2, tambahan whipping cream yg diputar utk tambahan deco pada bahagian yg lain dan pada sapuan setiap lapisan kek. Buah stawberry segar sebagai hiasan dan hirisannya pula utk diletak pada alt.lapisan kek.

Card tu kakak Sara yg tulis........'Otanjoubi Omededetou Tina Chan'/selamat hari jadi tina chan.


Chocolate Sponge Cake ( resepi kek span coklat amik kt My Resepi )
notes : utk buat kek ladybug  cam ida tu, ida buat 1 1/2 dari adunan kt bawah ya
  • 120 gm gula kastor......ida letak 150gm
  • 100 gm tepung gandum *
  • 20 gm serbuk koko......ida letak 40 gm*
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air sejuk......ida letak susu segar
  • 1 sk essen vanilla
  • 20 mls minyak jagung...ida letak minyak biasa / boleh cairkn mentega
Cara-cara:Kek
  • Ayak bahan bertanda *
  • Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak
  • Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit
  • Perlahankan putaran masukkan minyak....putar sebati shj
  • Griskan loyang/alas dgn baking sheet dan bakar selama 30-35 minit.( selalunya jika bakar sebiji dlm satu loyang, ida lebihkan masa ke 45-50 minit, suhu bakar 180 C )
  • ( Jika 1 1/2 adunan utk buat kek ladybug ni...ida bakar satu acuan cupcake utk kepala, dlm mangkuk bulat utk body dan satu lagi dlm loyang 4 segi. Dlm mangkuk bulat bakar selama  45 minit dan dlm loyang 4 segi ida hanya bakar selama 35 minit sbb ia nipis jer dua2 suhu 180C )
  • Biarkan kek sejuk dahulu baru potong kepada lapisan yang sekata.
HIASAN :

Krim ( utk sapu setiap lapisan kek dan lain2 deco )
  • 400 mls whipping cream
  • 5 sb gula halus
  • 1/4 sk garam
  • pewarna pilihan jika suka
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan, putar hingga kembang dan sedikit pekat ( ingat jgn terlalu pekat, nanti sapuan / deco kurang cantik )  
( buat langkah melapis kek dgn krim dulu utk body ladybug .......masukkan ke dlm peti ais seketika baru curah/topping dgn white chocolate )
Bahan hiasan yang lain:
  • Buah strawberry segar utk hiasan dan dihirs nipis utk letak dlm setiap alt.lapisan kek
Deco ladybug
Pink chocolate
  •  200 gm white chocolate
  • 80 whipping cream ( white chocolate ida guna ni tak boleh letak byk cream sbb ia cair )
  • 1 sk butter 
  • 1 sk kecil strawberry emulco dan sedikit pewarna merah
 Dark chocolate( utk dot2 dan sapu pada kepala ladybug )
  • 80 gm dark chocolate
  • 40 mls whipping cream
  • 1/2 sk butter
cara-cara:
  • Secara double boiler, panaskan whipping cream seketika lebih kurang 5 minit, baru masukkan coklat......biarkan sehingga coklat mencair. Tutup api.
  • Masukkan butter dan kacau sebati.
( utk white chocolate, strawberry emulco & pewarna boleh dimasukkn sekali dgn butter )

Okesss....sume bhn hiasan utk deco ladybug dh siap.......so mulalah mendeco mengikut kreativiti masing2 yer....nak cerita pun dh suntuk masa ni....bila2 la ida sambung cerita yer....

 Lapis dan sapu cream nipis2 aja, sbb birthday girl ni kureng suka ngan cream dan juga penggemar chocolate cake.....lapisan kek ku yg tunggang langgang nmpknya.

10 comments:

Kamalia said...

kak ida..cantiknya..terima kasih kak kongsi cara2 nak buat kek tu sekali..

izahdaut said...

kak idaaaaaaaaaaaaaaaaaa
comelnya kek ladibed..lawa sesangat. kalau sebelah rumah dah saya tempah 2 bijik. hehehe.. suke kan budak2 bila dapat kek camtu dari ubu tercinta. ala sukee

izahdaut said...

ubu=ibu... typo. haha

nOOrsha said...

hepi belated besday tina...comelnye kek....pndai akak deco..comel:)

Kak Sam said...

so sweettt... cute...

Juwita Jamaludin said...

Kak ida comelnya.. Suka tgk geram la.. Cantik sangat... Untungnya ada ummi rajin buat kek lawa2 ni..:)

Ucu Faridah said...

salam ida...lama menghilang...
comelnye ladybird tu..sayang nak potong, tp kalau x dipotong membazir pulakkan...

semoga adik Nur Qistina menjadi anak yang soleh dan selalu memceriakan hati ibu bapa...

Ummi said...

Assalam Ida, happy belated birthday to Qistina...waaah vangganya anak dara dpt makan kek ladybird cantik mama dia buatkan...bertuah Tina... ^__^

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Eh ur doter same age with my son la akak
Cuma. Beza this year br masuk darjah 1 ngeee
Speechless tgk cantek n berseni betul la
Ayu bab deco fail hikhik tangan keras gituew
Hepi belated bufday sweet gurl!

Cheq Sue said...

happy belated besday nur qistina... mesti seronok dapat kek ladybird...saya teringin gak nak buat kek separa bulat ni kak ida, nak kena tangkat acuan dulu la pastinya