My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, May 30, 2012

Kek kanak2 gumbira

Salam...
Tempahan yg dh lama, ujung bln 3 kut rasanya...mekasih byk2 pada kwn ida ana, dia atas tempahan. Kek utk sensei/cikgu dak cute 2 org nii...inner cake adalah 'American Chocolate Cake'

Ok,tak leh ckp byk..tatitu......

Monday, May 28, 2012

My first cup cake deco.....versi bunga2

Assalamualaikum & slm sejahtera semua.....semoga urusan kita hari ini dipermudahkan segalanya oleh Allah s.w.t...
Pagi ni, quick n3 cup cake ni jer. Tak boleh lama2 kt depan pc ni...byk benda lg harus diselesaikan.
Gatal tangan nak deco cup cake pulak.......first time mendeco cup cake ni....tgk la rupanya. Paper cup cake ni terlalu lembik la pulak....herot pekok jadinya.

 Bunga tu juga ida buat dari sugar paste...., sapuan krim & dedaun dari cream cheese.
Resepi kek sponge ida buat dari resepi SINI...buat sikit jer.

TQVVM kpd yg sudi drop sini dan tinggalkan komen2.........

Sunday, May 27, 2012

Simple ais krim strawberry beryogurt

Salam di pagi Isnin...
Nampaknya cuaca kt Nihon dah semakin panasss.......terpaksa onkan fan tadi. Jadi cuaca panass, mkn ais krim best kan utk sejukkan tekak.....
Ais krim yg tak ikut buku sgt resepinya....dpt idea dari SINI, cuma ida buat cara ida, sbb tak ada ice cream maker, pas tu ida tambah yogurt....tapi sgt mendapat sambutan dari anak2. Sebenarnya, ais krim ni buat dah lama, baru sempat post sini


Bahan-bahan:
  • 200 mls whipping cream
  • 1 kotak besar plain yogurt 400 gm -+
  • 600 mls susu segar
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk essen vanilla
  • 1 sk strawberry emulco
  • 1 pkt buah strawberry segar
  • Gula secukup rasa...sorry ida terlupa sukat
  • Optional...red food colouring
cara-cara:
  • Buah strawberry, buang daun, bersihkan dan potong 4
  • Campurkan semua yogurt dan buah strawberry ke dalam mangkuk besar....kisar dgn food processor hingga hancur
  • Tambah bahan2 lain, kisar sebati....tuangkan ke dalam bekas yg sesuai utk dibekukan
  • Bekukan selama 1 jam
  • Keluarkan dari peti ais, kisar semula dgn food processor ( tak payah keluarkan dari bekas, terus kisar dgn hand food processor. )
  • Masukkan semula ke dalam freezer selama 30 minit, keluarkan selepas itu dan kisar semula*
  • Ulangi langkah bertanda * sebanyak 3 /4 kali utk mendapatkan tekstur yang agak halus.( byk kali kisar ,lg halus )
  • Selepas siap, bekukan utk kali terakhir dan sedia dihidangkan selepas itu
  • Boleh hias dgn apa saja ikut selera masing2.

Friday, May 25, 2012

Tiramisu Cake..roses theme


Salam weekend buat semua!!! 
Alhamdulillah utk apa saja....
Post hari ni cuma gambar Kek Tiramisu yg kwn ida, rozan tempah beberapa hari lepas utk belated birthday dia.Pernah uat dulu kt SINI, tapi ida buat 3/4 adunan ja masa tu. 

Bahan adunan kek span:( dari resepi soft marble cake ...sumber k'ummi Kuantan dan kak noreen )..tqvm
  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula.....ida letak 230 gm
  • 260 gm tepung gandum#
  • 1 camca teh baking powder#
Bahan bertanda # ayak bersama
  • 6 biji telur
  • 2 camca bsr susu pekat manis...ida letak 1 bsr susu segar
  • 1 camca bsr ovalette
  • 1 camca bsr air
  • 1 camca teh essen vanilla
    Cara-cara :
    • Ida panaskan terlebih dahulu oven 180 C selama 20 minit
    • Ayak tepung gandum bersama baking powder
    • Satukan butter,susu,essen vanilla.....pukul sehingga gebu & ringan/adunan tidak jatuh *
    • Di dalam bekas lain, satukan telur,ovalette,air,gula,campuran tepung & serbuk penaik.......pukul hingga kembang & rata.#
    • Masukkan adunan butter * ke dalamnya # dan kacau rata.
    • Alas loyang dgn cooking sheet/sapu dgn sedikit butter@minyak
    • Bakar pada suhu 170 C / 180 C selama 45-50 minit. Cucuk tgh2 dgn lidi sate utk pastikan kek sudah msk, jika lidi bersih maknanya dh masak.Sejukkan seketika. 
      • Potong /slice kek secara silang kpd 3 lapisan
     Air nescafe utk sapuan pada lapisan kek
    • 1 cawan air panas untuk bancuh nescafe
    • 1 sd makan serbuk nescaffe
    HIASAN atas kek...serbuk koko secukupnya ayak atas permukaan kek ( ida campur serbuk koko +serbuk milo 1:1 utk kurangkan rasa pahit
    Cara-cara :
    • Bancuhkan nescafe dengan air panas...ketepikan dahulu

Utk  Resepi Cream Cheese Frosting boleh rujuk cam ida buat kali ni kt bawah

Cream cheese frosting ( kalau nk sapuan krim lebih tebal, boleh lebihkan adunan k )
bhn-bhn:
  • 400 gm cream cheese Philladelphia
  • 1 cwn gula halus @ secukup rasa
  • 400 mls whipping cream
  • 1/4 sk garam
  • 1/4 sk essen vanilla
  • 1/2 biji lemon...perah airnya
cara-cara:
  • Keluarkan cream cheese dan letak pada suhu bilik selama 2 - 3 jam ( supaya lembut )
  • Pukul cream cheese + gula sehingga sebati, tambah whipping cream serta bhn2 lain...pukul hingga sebati dan pekat
  • Ambil satu lapisan kek tadi, letak siap atas cake borad
  • Sudukan rata air nescafe pada lapisan kek tadi, kemudian sapu cream cheese secukupnya.
  • Ulangi langkah sama hingga ke lapisan ke - 3.
  • Sapu rata cream cheese keseluruhan kek. Deco ikut citarasa. Ayak campuran serbuk koko ke atas permukaan kek yg siap di frosting
Psst : Salah satu lapis, boleh tambah sapuan jem blueberry....cara ni pon sedap


Pestaim uat bunga ros pakai sugar paste.....

Wednesday, May 23, 2012

Sambungan cerita kek birthday saya hari tu....

Assalamualaikum dan slm sejahtera semua....
Ida hampir terlupa pasal sambungan story birthday kek ida hari tu....dh janji, kena tunaikan juga....alah isi dlmnya kek biasa2 saja. Adaptasi dari 'Strawberry Shortcake'yg ida buat utk birthday hubby ida dulu, cuma deconya atasnya tak letak stoberi jer & syrup gula pun ida omit.Ok la..ida copy sekali lg resepi kek spongenya k.
SAKURA Theme Cake
Resepi asal 'Strawberry Shortcake'
sumber asal : hanamemories.blogspot.com  ...tqvm
Olahan : Ida@HCT
Bahan-bahan (loyang 18cm)....ida buat double dari sukatan di bawah & guna loyang 20cm
  • 3 biji telur (size M)
  • 90g gula
  • 80g tepung gandum - ayak
  • 30g butter - cairkan
  • 1sb susu segar
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170
  • CARA ASAL : Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu...ida pukul 5 minit ( First dulu ida buat cara ni, pun ok tapi kena pukul lama sikit )
  • CARA 2 : Kali ni ida asingkn putih & kuning telur. Ida pukul putih telur hingga meringue, pas tu baru ida tambah kuning telur dan gula ....pukul lagi seketika ( cara ni rasanya tak perlu pukul lama selepas masukkan kuning telur sbb putih telur dh meringue )
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu...ida pukul 5 minit
  • Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min ( kalau buat double, kena lebihkan masa bakar....lebih kurang 45 minit ). Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.

Coating & Filling( ida guna cream yg sama )
*Tambahan utk dicampur dgn krim sbg filling
  • Beberapa biji buah srawberry...didadu
  • Almond chocolate stick...dicincang
  • 2 sb jem strawberry
 Cara-cara:
  • Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas....ida tambah jer gula
  • Bila kek dah sejuk, belah tengah melintang kepada dua/tiga bahagian. 
  • Asingkan krim yg diputar tadi secukupnya utk filling. Tambah bhn  bertanda * ...kacau sebati.
  • Sapu krim filling ke atas lapisan kek yg dipotong tadi. Ambil kepingan satu lagi, tutup atasnya
  • Sapu atas dan keliling kek dengan krim hingga rata dan hiaskan ikut suka.
  • Sejukkan baru potong.
Tekstur kek span ni agak longar dan ringan sikit yer...ni la kek span versi Jepun.
Ok, see u all in a few days later....I will bz huhuuuu...jap lagi nk siapkan kek customer, lepas tu mcm2 lagi ahhhh.....mmg tak tak sempat nk BW, minta maaf byk2.dan mekasih byk2 kpd yg sudi tinggalkan komen2 pada n3 lepas2...adussss, tuan blog ni tak sempat2 nk b'kunjung balas...huhuuu.

Tuesday, May 22, 2012

Cream Puff

Alhamdulillah......dah masuk 2 Rejab kita hari ini.
Pestaim try buat menda ni.....alhamdulillah. Dah lama dok dlm list....baru terlaksana smlm. Len kali boleh buat lagi sbb anak2 gemar nmpknya.

 Sebelum letak inti kastard. Mcm2 kejadian rupanyanya selepas dikeluarkan dari oven..Anyway puffnya sgt lembut,..mekasih byk2 kpd Yani & HaSue

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com
Sumber : HaSue

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak..ida buat kecil2 dpt lebih
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • Ida tambah 1/4 sk essen vanilla
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur., tambah essen vanilla & kacau..ni ida tambah.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. ( Ida bakar suhu 200C selama 20 minit shj, puff dh perang dan masak )
Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit( ida tak buat step ni ).
Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.( Ida potong dgn gunting tgh2 tapi jgn sampai putus utk masukkan inti kastard )

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Ggabungan puff yg lembut dan inti kastard yg lemak manis gitu...walllla!! Tak sedar dh berapa ketui masuk mulut ni.

 Cth bentuk setelah dipicit dgn noozle bintang.

Custard Cream
Resepi:honey@myresipi.com
Sumber : HaSue
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
 Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
Psst : Ida masak atas dapur gas guna api perlahan. Selepas step no.2, ida kerang atas api guna kuali  non-stick...kacau m'gunakan whisker cepat2 supaya tdk berketul..setelah pekat & masak  ida masukkan mentega & kacau seketika..tutup api.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

 Tabur sikit atasnya ngan aising sugar

Monday, May 21, 2012

Kuih getas-getas

Assalamualaikum....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk masukkan satu post hari ni....nk dibiar kn blog ni sayang la pulak..so cepat2 aja la n3 satu menda ni..tak boleh lama2.
Pestaim dgr nama kuih ni.......jakun kan...pernah makan kuih seakan-akan kuih getas-getas ni dulu tapi kuih tu m'gunakan tepung beras pulut hitam rasanya sbb warnanye gelap...rasa seakan-akan sama. Lain negeri mungkin lain panggilannya..entah la, ida kurang arif.
Edisi nk m'habiskan tepung pulut yg dah lama terperap dlm gobok. Resepi kuih ni ida t'jumpa kt SINI..TQVM di atas p'kongsian resepi


KUIH GETAS-GETAS

Sumber resepi : Jurnal resepi bdaria
 Bahan-bahannya:-
  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda( ida letak 100 gm jer sbb pakai kelapa kering )
  • 130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)...ida lebihkan byksbb guna kelapa kering & sehingga doh elok utk dibentuk
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • Lain kali jika buat lg ida nk tambah sedikit santan pekat sbb guna kelapa kering
Psst:Jika family tak ramai, rasanya buat 1/2 adunan dh cukup.
Cara-caranya:-
  • Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  • Biarkan sebentar selama 10 minit
  • Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper.   Pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
  • Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
  • Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air ( ida letak 1/4 cwn jer )
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Masak sehingga nmpk byk buih2 & pekat baru masukkan kuih tadi ....kacau sebati dan tutup api.

Friday, May 18, 2012

Thomas and Friends Cake...tempahan dh lama dh ni

Kek tempahan awal bulan 4 hari tu....yg ni pon ida deco guna sugar paste. Cake dlmnya ialah 'Rainbow Cake'
Bz bukan bz membaking pon...hal2 lain sebenarnya. Maklum la, 3 org anak sumer dh kt sekolah rendah...sorang masih kt hoikuen....pening sikit la hahhaaaa. Entah la...rutin harian agak ketat sikit, berbanding ngan dulu kut.

Kuih Cek Mek Molek

Salam....selalu buat sebelum2 ni pakai campak2 jer tak sukat...kadang2 terlembik, kdg terkeras....lepas tu baru rujuk resepi kak liza ni...ok dh.

Resepi : Chef Hanieliza
Bahan
  • 500 gm keledek
  • ½ cawan tepung gandum ...( - + ) kdg2 ida lebihkan sikit
  • ½ cawan gula
  • garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara
Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.( ida kukus jer )
Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
Gaulkan dengan tepung gandum.
Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
Panaskan minyak dan goreng terus di dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
Angkat kuih dan toskan minyak. Hidangkan. 
Cara nak masukkan inti gula, lepas isikan gula, tutup rapat2 dan bentukkan bujur cam dlm gambar. Alah sumer dh terer dh ni...

Amik gambar malam2 aja ni...gambar udah lama
terima kasih byk2 kpd yg sudi terjah sini w/pon tuan rumah tak sempat nk BW ...huhuu

Thursday, May 17, 2012

Roti Inti Kelapa Pandan

Assalamualaikum.....
Resepi Roti Inti Kelapa Pandan
Doh roti diadaptasi dari SINI
INTI KELAPA PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm kelapa lembut(saya pakai kelapa kering je)
  • 1/2 cawan santan pekat dlm tin (jika menggunakan kelapa kering)
  • 3 1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
  • sedikit garam
  • 1 sk pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 cawan air @ secukupnya utk lembutkan kelapa kering
  • 2 helai daun pandan...disimpul
Cara-cara
Masak gula bersama air hingga hancur, tambah  santan, garam, pandan emulco, daun pandan..kacau

Masukkan bahan2 lain...kacau hingga pekat dan kelapa kering sedikit lembut
Biarkan sejuk.

Bahan-bahan doh roti :
  • 500 gm tepung roti / tepung high protien
  • 200 mls air suam -/+ ( sukatan air adalah bergantung pada jenis tepung ye )
  • 60 gm telur atau lebih kurang 1 biji telur saiz besar....pukul sedikit dgn garfu
  • 1 sk garam
  • 40 gm gula
  • 34 gm marjerin ....ida guna soft marjerin jer ni
  • 16 gm minyak zaitun/olive oil
  • 8 gm yis kering
  • 1 sb susu tepung
Kaedah : Uli menggunakan bread maker/BM
  • Masukkan semua bahan ke dalam acuan bread maker....kalau boleh jarakkan garam dengan yis. Pilih menu dan tekan start.
  • Biarkan doh di dalam BM hingga siap diuli dan rehat
  • Setelah siap, keluarkan doh, tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  • Ambil doh bulat2 secukupnya, masukkan inti dan bulat2kan. Buat hingga habis. Susunkan ke dalam loyang sedikit rapat Atau boleh jarak2 kan.( alas loyang dgn cooking sheet @ sapu dgn sedikit majerin/butter )
  • Rehatkan semula dalam 45 minit  - 1 jam supaya ia naik sekali ganda lagi.
  • Spray atas roti dgn sedikit air sebelum bakar
  • Panaskan oven dlm suhu 180 C sebelum membakar.
  • Bakar roti dlm suhu 180 C selama 15 - 16  minit atau permukaan roti nmpk sedikit perang.
  • Setelah roti masak, sapu atas roti dgn butter supaya roti nmpk berkilat sedikit
  • Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.
Hasilnya lembut dan gebus.......
Minta maaf byk2 sbb tak toleh kiri kanan........masa sgt2 tdk mengizinkan

Wednesday, May 16, 2012

Egg Benedict

Assalamualaikum.....
Quick n3 hari ni....'Egg Benedict'..Resepi intai2 lama dh dulu kt dapur Hana, sumber asal my.resepi  by zurin. Tqvvm to both of u dear.Tapi kali ni ida tabur ngan garlic seasoning powder kt atas sebelum bakar...pon sodap. Selalu gak buat utk sarapan pagi2...selalu tak menyempat pon nk snap gambar. Satu hari tu...si kakak req nk mkn ni utk lunch...so sempat la snap pic dulu.Anak2 & hubby cukup suka maybe telur dia jadi cam ala2 telur half cooked gitu kut...Ida jer kureng ngan telur kurang masak nihh.

RESEPI EGG BENEDICT
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Ida tambah garlic seasoning powder
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam 
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.( ida alas dasarnya dgn baking paper & sapu ngan marjerin termasuk tepi bekas )
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam( ida tabur juga ngan garlic seasoning powder ). Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.( ida bakar 12 minit guna oven )
psst:kalau nak senang makan...alihkan roti ke dlm pinggan & sedia di makan bersama sedikit kicap/salsa dll


Garlic sesoning powder ni dh dicampur juga ngan oregano kalau tak silap ida.

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012.....khas kpd semua yg bergelar pendidik

Bunga kt umah jiran belakang..........cantik tak? Spesies tulip gak rasanya ni....

Fruity Yogurt Drink

Air yogurt buah-buahan ni sangat sesuai utk menyejukkan tekak di kala cuaca panas. 

 Tak susah nk membuatnya........cukup bahan2..sekelip mata SIAP!!! Pasti kejap jer kena serbu....Jom tengok cammana cara sempoi ida menyediakan air yogurt buah yg lazat ini.

Fruity Yogurt Drink
Bahan-bahan:
  • 1 kotak besar plain yogurt( lebih kurang 400 gm )
  • 1 kotak / 1 liter susu segar
  • Gula secukup rasa
  • Buah-buahan segar cth strawberry, kiwi, anggur etc
  • Buah-buahan dlm tin cth longan, laici etc...air buah tu boleh campur sekali
Cara-cara;
  • Masukkan yogurt ke dlm mangkuk besar....kacau dgn whisker/apa2 aja hingga hancur/tdk berketul
  • + susu segar, air buah dlm tin serta gula secukup rasa.
  • Potong buah-buahan & masukkan ke dalam air yogurt tadi...kacau sedikit
  • Sejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dihidangkan ATAU boleh tambah ais & sedia di hidangkan( gula lebihkan sedikit jika letak ais ketul )
 Emmm..........nyaman terasa!

Monday, May 14, 2012

Portuguese Egg Tarts......bersawang dh blog ku

Salam........minta maaf byk2 sbb tuan blog sepi aja..asyik bz aja, tak sempat nk update.
Ida terpaksa dahulukan yg mana lebih penting......mmg nk sgt2 update tapi bila difikirkan ada perkara lain yg lebih penting....ida terpaksa dahulukan yg itu dulu.
Inipun update cepat2.....nak melilau lama2 pon tak boleh adehhhh....sorry sgt2 sbb tak sempat nk tinggalkan komen kt dapur kwn2 semua.

Quick n3.....kuih tart telur Portugis yg dh lama buat dh pon. Telur kuning dr telur yg buat rainbow cake sebenarnya. Mula2 jenuh pikir, apa la resepi yg simple m'gunakan telur kuning, pas tu baru teringat ttg tart telur portugis ni kt dapur Lia .Resepi amik kt dapur Lia. TQVM yer Lia, resepi asal kt MyR


Portuguese Egg Tarts.

Sumber :Mama Tomei, my resipi skyblue

Sumber asal : all recipes.com

Bahan-bahan (5-6 biji)...ida buat double dr adunan kt bwh
1 keping Puff Pastry@secukupnya
*Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawanWhipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara
  • Panaskan oven, 200ºC.
  • Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  • Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu. (saya akan gulung jadi loaf lepas tu baru potong 6 bahagian. Kemudian baru diletak kat dalam acuan).....ida pon ikut cam Lia buat, ida roll sikit dgn kayu pencanai.
  • Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell.
  • Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  • Bakar selama 20 minit. ( ida bakar lama sikit 25 - 30 minit )Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

Tart yg tak berapa sempurna rupa & bentuknya...huhuuuhu..len kali boleh buat lg sbb sedap sgt....anak2 & asben pon suka.Mekasih byk2 ida ucapkan kpd sumber & penyumbang resepi.