My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, June 28, 2010

Bihun Sup Utara

Dah lama rasanya tak makan bihun sup utara ni...feberet ni.Kebetulan hari Sabtu lepas ada sikit jamuan dan stok barang-barang yang dipesan dari M'sia baru sampai pada pagi tersebut termasuklah bihun kering ni.Tekak pun teringin nak makan,jadi saya masak la bihun sup utara ni walaupun asalnya plan nak masak benda lain.

Bihun ni biasanya di makan dengan cili merah seperti dalam gambar kat atas tu...kalau kat M'sia ni setiap kali ke pasar malam Seksyen 19,mesti tak miss....feberet hubby jugak,maklum la dia tu orang utara.Selepas tu saya try juga masak sendiri.Anak-anak pun ikut sama menggemarinya.
Resepi kuah/supnya lebih kurang sama je dengan masak sup daging@tulang.Inilah saya punya style bihun sup utara.....
Bahan A:
1 peket bihun kering-direndam duhulu lebih baik
....kalau tak, terus rebus sahaja,rebus sekejap sahaja
....masukkan sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning ke dalam air rebusan
....toskan
Bahan B( kuah sup )
1 kg daging lembu.....dipotong kuib besar seeloknya sebab selepas supnya sudah masak,daging tersebut ditoskan untuk dihiris nipis2 untuk dimakan bersama bihun nanti.
* Jika nak tambah tulang lembu pun boleh
2 paket sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
3 ulas bawang putih...dikisar
1 inci halia....................dikisar
1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah.....dikisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/kurangkan
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/2 inci lengkuas......diketuk
1 batang serai ..........diketuk
2 inci halia.................diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
serbuk perasa jika suka
garam secukupnya
Bahan C( bahan untuk menumis )
3 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis&halus
4 ulas bawang merah/1/2 labu bawang besar dihiris nipis
(itu sahaja yang saya masukkan)
Bahan D ( sambal merah )
5 sudu besar serbuk cili/cili kering yang dikisar......saya pakai serbuk cili je
1 sudu besar bawang goreng
sedikit garam&gula
1 hiris air perahan lemon/limau nipis
......satukan,tambah sedikit air kemudian masak hingga pekat
Bahan E ( bahan tabur semasa menghidang )
Daun bawang,daun sup/daun sadri......dihiris nipis
Bawang goreng
Ketulan daging dari dalam kuah sup yang ditoskan.....dihiris kecil&nipis
Cara-cara:
Bahan B:
Di dalam periuk masukkan daging,air secukupnya kemudian bahan kisar,bahan yang diketuk & sup bunjut.Rebus sehingga separuh empuk.
Kemudian tambah bahan lain,teruskan memasak.
Bahan C:
Tumis bahan C didahulukan dengan rempah kasar,bawang putih,halia & bawang merah/besar hingga naik bau.Kemudian tuangkan ke dalam bahan B Jangan masukkan semua minyak menumis ke dalam kuah,untuk mengelakan kuah terlalu berminyak.Masak seketika bahan B, sesudah cukup rasa matikan api.
Cara menghidang:
Masukkan bihun yang direbus tadi ke dalam mangkuk,diikuti dengan kuah sup,bahan tabur&akhir sekali sambal merah.Sedap dimakan ketika kuah masih panas.Cubalah.....

7 comments:

Lyza said...

Salam ida.salam ziarah & perkenalan ye. Nampak sedap bihun sup utara tu..

Ida Ddapur said...

wassalam Lyza...selamat berkenalan juga.Emm...mmg feberet bihun sup utara ni.

Wanieyra said...

salam ziarah dan salam perkenalan

Kalau gi pasar malam mmg tak pernah miss beli... kalau kat sini Ani Sup Utara mmg famous

anie,Nagoya said...

salam kenal..

jika sudi dtg le sggh ke umah..sedap bihun sup tu....

hana said...

salam kunjung balas dan salam perkenalan juga ida.. sedap la bihun nih! ade lg tak?

Ida Ddapur said...

Wanieyra....betul tu,pernah jugak dok melepak mkn kat restoran Ani Sup Utara ngan kwn2 masa time lunch kat m'sia

Anie.....slm kenal juga,insyaallah..anie masih di Nagoya?dah brp lama di sana,ni mesti kenal ngan E-na(Lovely Kitchen)

Hana....slm,ha..ha,bihun dah tinggal bekas dah..nanti kena buat lg,tak jemu kalau mkn pun

Anonymous said...

Kak..salam perkenalan..saya ain dr melaka.. terima kasih ye sbb share resepi ni.. memang sedap.. kuahnya memang juicy.. habis semuanya kami suami isteri dan anak beranak melantak.. hehehe.. ain nak tambah lagi satu.. mee tu boleh jugak diganti dgn bubur pekat.. kalo kat perlis dipanggil moysup/moisup.. ain sukakan resepi2 akak.. tq again.. =)