My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 31, 2010

Roti Jala


Gambar botol sos 3 muncung ni sebagai acuannya.......


Sempat lagi ni ke nak kejar ni?.....sebelum tahun 2011, sempat ke tak sempat pun tak pe lah...ia tetap akan datang juga. Macam baru je kita jejak tahun 2010, dah masuk tahun baru dah.
SELAMAT TAHUN BARU 2011 .....buat semua..mmuahhh!
Sempena tahun baru ni, marilah kita makan roti jala ni....cukup la satu ketui sorang tu,....Apa? tak cukup...haaa buat la sendiri. Gambo roti jala yg dulu kaler kuning entah mana dah tersorok pun entah....belek2 punya belek tak jumpa2. Terpaksa la ida letak pic baru ni. tengok kengkawan buat versi kaler hijau, cantik la pulak....ida pun nak menerai juga la.Ida pakai acuan botol sos yg muncung 3 tu, rasanya lebih senang daripada pakai acuan dia. Inipun dapat idea dari kengkawan juga.


Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air...ida lebihkn sikit lg air,dlm 1/4 cwn atau kurang
  • 1 susu segar @ nk letak sume air pun ok....kali ni ida letak susu segar utk melemakkan rasa
  • 1 biji telur....saiz LL,
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit essen vanilla
  • 1 sd teh garam
  • 1/2 sd besar gula
cara-cara:

  • Satukan semua bahan di dalam blender. Blend sehingga sebati.
  • Atau di dalam bekas, pukul telur sedikit dengan garfu, masukkan 1 cawan air, semua tepung...kacau dengan whisker sehingga tepung tidak berketul.
  • Selepas itu baru masukkan baki lain2 bahan....kacau sebati dengan whisker
  • Jika tepung masih nampak berketul....tapiskan adunan
  • Panaskan kuali leper non-stick, sapu sedikit minyak.
  • Masukkan adunan ke dalam botol sos 3 muncung tadi, tutup ketat.
  • Jala kan panjang2 memenuhi kuali, jala kan sekali lagi atasnya secara menyilang seperti membentuk petak2 kecil yang bersambungan.
  • Biarkan seketika sehingga masak, angkat dan sedia digulung.
  • Ulangi sehingga habis.
  • Roti jala sedap dimakan bersama kari daging @ kari ayam.

8 comments:

kasihredha said...

cantiknya jala Ida...
botol sos 3 muncung? macamana ye? akak tak leh nak bayangkan...harap ida explain unk akak ye..

Mimiey.. (^-^) said...

cantiknya roti jala tu...kak ida,epy new year....

ummi_khalish said...

aslmkm..slm ukhuwah..syukran kerana bgi idea nk buat roti jala di rantauan ni...:-)

Subhie Arun said...

cantiknya roti jala...baru pertama kali..singgah kat sini...byk resipi yag i nak try.....

glad to be ur next followe..

happy new yr

Acik Erna said...

salam ida..selamat tahun baru 2011..
rajin ida buat roti jala..akak belum pernah lagi cuba buat sendiri..nak makan..selalaunya kakak dikampung tolong buatkan..atau beli aja..

Unknown said...

Selamat tahun Baru..
Singgah menjenguk dapur, dan bertenggek merenung resipi roti jala nih

Ida,Japan said...

thanks sume sbb sudi singgah ya....ahhh tak sempat nak b/walking..

Unknown said...

click this Ysl replica handbags browse around this site bag replica high quality continue reading this high quality designer replica