My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, January 22, 2012

Karipap Kentang 3 Rempah

Assalamulaikum dan slm sejahtera.......Happy Chinese New Year. Emm..agaknya ramai yg telah pulang ke kampung sempena cuti tahun baru cina ni yer..'Selamat Bercuti ida ucapkan' ida kt Jepun mcm biasa aja..cuti ikut cuti Jepun jer. Aktiviti minggu ni mcm biasa....jap lagi nk bergegas ke kelas Nihongo lak.
n3 satu ni sebelum meneruskan tugas harian yg ada lagi belum selesai.

 Doh karipap amik resepi Tun telani......TQVM yer Tun....memang ranggup doh ni. Maaf la jika hanya ada beberapa ketui ja utk posssing ni...sbb dah abisss. Memang sangat laku...
Intinya hanya kentang tak letak apa2 daging tapi ida campur 3 jenis rempah iaitu rempah kari, rempah beriani dan rempah kurma......mmg sedapppp! Versi kurang pedas aja ni...kalau nk lebih pedass boleh lebihkan rempah2 tu k.
INTI KENTANG 3 REMPAH
Sumber/resepi : Happy Cooking Time

  • 800 gm ubi kentang / 5 biji bersaiz besar
  • 3/4 labu bawang besar bersaiz besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 hiris nipis halia *
  • 1 genggam udang kering...direndam air panas sekejap*
  • 1 labu bawang besar....didadu
  • 1 sd besar serbuk kari daging
  • 1 sb serbuk kurma
  • 1 sb serbuk rempah beriani ( ida guna rempah pakistan )....mmg sedap rempah ni
  • 2 1/2 sd besar gula/secukup rasa
  • 1 sd teh pes asam jawa @ boleh letak sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan mix vegetables yg frozen
  • Sedikit minyak utk menumis
CARA:
  • Kentang dikupas kulit, dibersihkan dan didadu kecil
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bhn kisar hingga sedikit garing, masukkan bawang besar dadu. Tumis sekejap.
  • Bancuh serbuk rempah2 dgn sedikit air panas dan masukkan ke dlm bahan tumisan
  • Tumis sehingga masak...tambah sedikit air jika terlalu kering
  • Masukkan  gula, air asam jawa dan garam....kacau
  • Akhir sekali, masukkan ubi kentang yg didadu, tambah 1/2 cawan air......masak hingga kentang empuk dan pekat dgn api yg sederhana
  • Masukkan pula mix vegetable dan kacau seketika.
  • Cukupkan rasanya dulu baru angkat dan ketepikan

 Kelim pakai tangan aja....rupanya pun kureng cantikkk. Tak selalu pun buat karipap, sbb amik masa yg lama, malas nak ngadap dia lama2 masa tak der...boleh kira baru berapa kali buat. Tapi makannya mmg sedapkan.Ada kawan ida tanya, terima tempahan takk...he..he jawapannya ida tak buat.

Doh Karipap ( ida buat 1  1/2 adunan dari bawah utk inti yg ida buat )
  • 4 cwn tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 cwn oil
  • 3/4 cwn air
  • 1/2 tsp garam
 Note dari ida:
  • sukatan air boleh tambah jika agak keras..ida tambah sikit.
  • Tutup doh dgn palstic wrap sebelum digunakan
cara-cara: ida ada tambah sedikit ayat2 ida
  • panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli hingga tidak melekat di tangan.
  • Sedia utk memulakan tugas mencanai dan megelim karipap
  • Kalau nak senang bulat2 kan dulu doh tu..agak2 saiz yg sesuai
  • Ambil sebiji, canai leper dgn kayu pencanai, letak inti di tengah2 dan tutup ATAU
  • Ambil doh sebesar penumbuk, ida roll jadi panjang dan besar sikit, pas tu ambik pisau, potong bulat2 ikut saiz yang sama.
  • Ambil setiap potong, baru canai leper. Masukkan inti kat tengah, tutup, gunting tepi biar sekata, nipiskan bahagian tepi dengan tangan dan baru kelim juga menggunakan tangan.
  • Boleh juga pakai acuan karipap.
  • Goreng di dalam minyak yg penuh dengan api yang sederhana hingga garing.
  • Karipap yang tidak habis digoreng boleh juga disimpan frozen ( kita tak sempat nk uat frozen pun, jap jer licin dlm 2 hari ) ATAU goreng sekejap dan simpan frozen. Keluarkan dari peti ais, biarkan dulu diluar dan goreng.



7 comments:

t.o.p.a.z said...

rempah pakistan tu brand apa yer? national ke?

Ida,Japan said...

betul tu...rempah National...

rahel said...

Salam Kak Ida...bagi Rahel rasa sikit karipap tu..

Asmara said...

baru nk tnya brand apa. ingat guna ahmed tu. nnti nak try jugak. tq kak! :D

Mieza said...

gong xi fa cai ida...sedapnya nampak karipap ida ni...mieza busy betul lately..tak sempat nak mencuba resepi baru...masak main hentam je...karipap ida ni betul2 menggiurkan..rasa mcm rangup je..ramai yg dah cuba resepi tun ni kan..pasti sedap!

Gee® said...

terlior k.gee tgk karipap tu... menggoda laa

Unknown said...

Rempah Pakistan ada jual kat mana yee