My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, September 7, 2011

Red Velvet Cake di hari lebaran dan Salam kembali....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........dah masuk syawal ke-10, semua rasanya dah mula kembali bertugas. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur olehNya untuk menyambut syawal pada tahun ini. Selepas raya hari tu, mood untuk blogging sgt2 malas  dan keadaan juga tidak mengizinkan.....kebetulan lepas raya hari tu, perut ni tak berapa selesa dan badan tak berapa sihat..terkezzut agaknyer sbb masuk mcm2 dlm satu hari.
Sambutan hari raya kami sekeluarga diperantauan sama juga seperti tahun2 sebelum ni....cukup sederhana. Untuk memeriahkan sedikit suasana hari raya, kt rumah ni masa hari raya pertama, ida ada juga buat rumah terbuka join dgn kawan ida. Ida masak tak banyak menu cuma nasi hujan panas, ayam merah madu berempah, acar mentah dan termasuklah RVC ni....Kawan ida Aimi masak bihun soto, kuah kacang & sate...tu pun rasanyer dah banyak.
Sebenarnya ada lagi 2 buah rumah kawan ida yg lain adakan rumah terbuka hari raya pertama tu
 Selepas dah kenyang kat rumah ida, mereka serang pulak 2 buah rumah yang lain. Ida pun turut sama gi serang. Menu 2 rumah kawan2 ida ada nasi tomato, daging kari, acar, lontong, sambal sotong serta rendang daging dan ayam, pulut kuning, nasi minyak, kari ayam, rendang tok rasanya, sambal bilis kering....berbagai jenis kuih raya & kek. Memang balik rumah terbongkang hari tu...perut kekenyangan sgt.
Selamat Hari Raya sume!!!....Ni la rupa sebiji RVC yg ida buat hari tu....ha..ha Teruk benor rupanya kan... kes nak cepat la ni. Gambar penuh kek ni blur jer la.....sebenarnya snap tergesa2 masa hari raya tu, member2 dah penuh  kt dlm umah....nak snap lebih2 segan la pulak. Tapi kan macam dah jatuh cinta la dgn kek ni dah...serasi dgn tekak nii, bagi ida sedap sangat la....walaupun belum pernah lagi rasa the real taste yang dijual kat kedai tu.
Psst......terima kasih yg tidak terhingga di atas kunjungan semua ke sini.....mana yang ida belum dapat buat kunjung balas tu, ida mohon maaf banyak2 sangat. Kunjungan teman2 semua amat ida hargai.....
RVC yang tak berapa nak merah sbb tak der pewarna yg betul2 merah. ....resepi  dari  Joy of Baking. Plan mula2 ingat nak potong 3 lapisan...last2 buat 2 jer dh kemalasan hari tu. Tu sbb lapisan atas nmpk lebih tebal..he..he Pernah buat sebelum ni. Yang dulu boleh tengok SINI. tapi utk kali ni ida ikut cara Hana, campurkan susu dgn cuka utk gantikan butter milk. Resepi asal dari Joy of Baking jugak.Mekasih banyak2 ye na, ida copy resepi yg sama dari blog hana jer la k..TQVM
RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *......ida guna tepung gandum biasa + 1 sd teh soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)......ida letak 1 1/2 sdb jer
  • 113g @ 1/2 cawan butter.......ida letak 120 gm
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah...ida letak 220 mls shj
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah ...ida letak 1 sm jer
  • 1 sk cuka......ida letak 2 sm sbb guna cuka buah
  • 1 sk soda bikarbonat


Cream Cheese Frosting.....ida tak buat yang ni
  • 227g cream cheese 
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor 
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream 
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut 
Cream cheese frosting yang ida buat kali ni:
  • 500 gm cream cheese 
  • 400 mls / 2 kotak whipping cream 
  • 7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa 
  • 1/4 sd teh garam
  • 2 sm/sdb oren sunquick pekat
Cara-cara

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama. 
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. 
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. 
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. 
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak.Ida bakar lebih kurang 50 minit dlm suhu 170 C. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian. 
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) 
Potong dan hidangkan.

11 comments:

Juwita Jamaludin said...

Selamat hari raya kak.. Meriah org dtg beraya rumah ye.. Ita pun raya sederhana je.. Lawa RVC akak

Kak Sam said...

woowwww mantopp sungguh RVC ni

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x pernah try buat lagi
cake now ayu diet sebab nk kurang weight rite now...but mmg osihhi sou la

MOKCIK AZWA said...

Cantik la RVC Ida nie...lawa gitu kalernya pada pandangan mokcik.. wah meriah gak raya di perantauan kan..

AI said...

- lama lagi ke kene beraya diperantauan...

Acik Erna said...

Assalam ida..selamat hari raya..nampak cantik kek red velvet ida tu..akak belum pernah cuba buat lagi ni.

K.zai said...

salam lebaran diperantauan Ida..cantik RVC...semoga ida dan family gembira dihari mulia ini ye..maaf zahir batin.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ida..
Wah cantiknya kek Ida.. Nilah salah satu kek yang naz tak terbuat2 lagi.. Rajin betul Ida.. Selamat hari raya IDa..

Deliah's Deli said...

tgk cream dia je dah tau sedap!! :)

Ida,Japan said...

Terima kasih..terima kasih yg sudi tulis2 kt sini.....meriahkan suasana hari raya anda walaupun di mana kita berada..ayatnk sedapkn hati

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ida..selamat hari Raya aidil fitri...meriah gak sambutan hari raya di perantauan yer.nampak sedap kek RVC ida tue..nk mintak pon dh habih kan?