My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, January 24, 2012

Laksam.....lamanya tak makan

Salam.....n3 hari ialah menu laksam ya. Dah lama tak makan dan buat laksam. Hari tu teringin lak nak makan. Pernah ada n3 sebelum ni pasal Laksam. Dulu adunan tepungnya ida buat resepi Yani, MyR....ok resepi ni.  Kali ida buat hanya guna tepung beras shj, tak campur lain tepung...pun sedap. Rasanya mak ida buat dulu2 tak campur lain2 tepung....ingat2 lupa dah. Tapi sekarang kalau kat belah2 kelate, kita juga boleh beli laksam dan laksa siap masak tanpa kuah. Balik rumah just buat kuahnya je. Kalau malas nk buat kuah, boleh terus beli set laksam/laksa tu. Balik rumah terus makan jer. Ahhhh....rindunya kampung halamanku...huhuuu

KUAH LAKSAM
BY : Ida @ Happy Cooking Time
  • 600 gm isi ikan.....direbus dan dikisar ( ida beli isi ikan yg dicincang jer )
  • 1 1/2 tin santan pekat segera / 600 mls santan pekat segar...nk lemak lagi boleh lebihkan
  • 2 labu kecil bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 batang serai...dihiris nipis2*...utk resepi kali ni ida kisar 1 btg serai bersama bhn lain
Kisar/blend bahan yg bertanda *
  • 1/2 sd besar lada hitam tumbuk/serbuk lada hitam yg kasar.....boleh dilebihkan
  • 2 batang serai...diketuk
  • 3 sd besar gula lebih kurang / mencukupi
  • Garam secukup rasa
  • 2 asam keping
  • Tambahan air yg mencukupi...jgn terlalu banyak takut kuah cair.
CARA2:
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk
  • Masak sehingga mendidih
  • Perasakan garam.
SAMBAL BELACAN
  • Ambil segenggam cili api, tambah sebiji cili besar,  belacan, gula dan garam. ( boleh ganti juga dgn cili kering yug direbus seketika )
  • Tumbuk @ kisar menggunakan blender kering
  • Perahkan air asam limau / lemon secukupnya
LAKSAM dipotong bulat2 & sedia dimakan bersama kuahnya, sambal belacan serta hirisan ulam-ulaman seperti daun kesum, kobis, timun, kacang panjang ( kali ni tak der ) dan juga taugeh.
Note : Kalau yg real org Kelate  mkn laksam...dlm pinggan laksam tu mesti tambah seketui kecik belacan beserta bahan2 lain. Belacan ketui tu utk dimakan bersama laksam....sedap tau.

LAKSAM ( hanya pakai tepung beras shj )
BY : Ida @ Happy Cooking Time
  • 3 cawan tepung beras
  • 4 1/4 cawan air suam -+ ( sukatan air boleh adjust )
  • Sedikit garam
Cara2:
  • Panaskan air di dlm pengukus sehingga mendidih
  • Masukkan tepung & garam ke dlm mangkuk, masukkan 2 cawan air dahulu.....kacau sebati pakai whisker tgn.
  • Tambahkan baki air...kacau sebati
  • Sapu acuan/pinggan dgn sedikit minyak, ambil 1 senduk adunan / secukupnya..tuang ke dlm acuan.( ikut nak tebal mana, tapi jgn tebal sangat takut masa nk gulung ia pecah )
  • Letak acuan ke atas rak pengukus dan kukus selama 5 minit. Bila dah masak, sejukkan sebentar baru gulung.
  • Ulangi sehingga habis.

Ulam-ulaman kat sini yang tak banyak pilihan yang ada....letak mana yang ada jer. Kalau tak suka letak semua ulam2 tu pun tak per. Kalau ada kacang panjang lagi sedap ni. Kacang panjang kat Jepun belum sampai musim dia lagi. Pst buat E-na....pokok kesum tu masih memberi jasa. Tqvm!!
Kali ni sambal belacan ida kaler ijau aja, sbb stok cili api merah frozen udah abisss. Buat mana yang ada jer la. Nak buat ngan cili kering pun boleh juga. TQVVM kpd yg masih sudi singgah kat sini. Tuan rumah tak sempat nak buat BW.

14 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Ida,

wah ada laksam....nampak mmg sedap sekali...sungguh menyelerakan...nanti kak Nur nk cuba aah satu hari bila senang...skrg kak Nur kena jaga dulu sebab kolestrol my hubby tinggi sikit dah!!! kalau akak ok aja no problem...hehe...boleh bedal...hahaha.

Cheq Sue said...

waduhhh...sedapnya sesekali dapat makan laksam. semalam saya ada pi KB, terpandang signboard 'kilang laksa/laksam'.... sekarang ni x payah susah2 dah kan...boleh beli aje. tapi kalau xde tempat nak beli, kena la jugak buat sendiri. Jangan kata akak kat jepun aje payah, saya kalau dah balik ke pahang pun payah jugak :)

Kamalia said...

kak ida..sedapnya laksam tu..rajin akk ye buat laksam tu..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Seumur hidup x biasa buat laksam jer
Selalu tahu mkn jer ngeee
Sbb bkn fav sama kot
But biler Tgk ni terlioq gak la sbb poser sama kot kihkihkih

Gee® said...

Wah...sedapnya! biasanya k.gee beli aje untuk sarapan... rajin betol Ida melaksam yer...

Azlita Aziz said...

salam ida...

waaa... ada laksam... semakin ridu akak nak balik kampung..

lama tak buat dan makan laksam.. nampak ida punya ni adoiii... melompat2 anak tekak ni..

ucubakery said...

dah lama tak beli laksam..hihihi...beli tu ida bukan buat..ucu ni bab2 melaksam memang malas...

Anonymous said...

adeh sedapnya, semalam nampak kat pasar malam tapi tak belilah pulak

Umm Mymoonah said...

Totally new dish to me, looks very delicious and lovely presentation.

Ummi said...

Ida...rajinnya wat laksam...adeeei, akak mmg suka, tp x penah buat spjg berblog, tp baru2 kawin dulu rajin duk buat, tp hb kurenggg, anak2 pun x pandai makan nih...last2 beli jek bila nak makan...hehhee

Acik Erna said...

Assalamualaikum Ida,sedapnya laksam..acik suka makan..tapi tak sanggup nak buat sendiri..kalau nak makan beli je..tapi dsging bakarnya tak boleh tinggal.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ida ..kak ros tabik spring kat ida.Kak Ros dan hubby suka makan laksamtapi tak pernah buat sendiri.nak kena buat ni...

Anonymous said...

you could check here love dolls,wholesale dildo,dildo,sex toys,horse dildo,sex chair,vibrators,sex toys,vibrators next page

sheethea said...

More Info louis vuitton replica this website Louis Vuitton fake Bags next gucci replica