My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, December 21, 2011

Bihun Goreng Tomyam

Salam di hari Khamis buat semua.........quick n3 lagi, kalau boleh nak clearkan/kurangkan gambar2 yg ada walaupun mmg tak sempat habis. Jom layan bihun tomyam pulak.........emmmm, sedap kata hubby ida. Resepi korek2 kat dapur K'Nor SG...Mekasih byk2 utk K'Nor. Dah ramai yang buatkan.....ida baru first time cuba, dah lama nak buat takut tak mendapat sambutan...wahhh,..mmg ada rasa kelainan...sedap sgt!

Izinkan ida share kat sini pulak ye kak



Resepi : K'Nor SG pernah post kt 
myresepi
             atau boleh tgk kt blog dia  SINI

 

 p/s : bahan2  yg ida guna adalah mengikut apa yg ada kt dapur ida jer masa tu

Bahan-bahan ( 7 org makan )
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang ( ida letak 20 ekor )
  • 200gm isi ayam ( ida letak daging )
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - ida guna 1 labu beg besar (dikisar)
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)....ida guna pes 3 sb
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur...ida tak letak
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)..tak letak
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2....tak letak
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi....tak letak
  • ida tambah sedikit sawi, fish roll, tauhu goreng & 1 sk serbuk pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam/daging dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur( ida tambah fish roll dan tauhu )
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan ( ida letak bihun dulu baru letak sayur kemudian )
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang) ( kacau2 sebati / goreng seketika bihun baru ida tambah sayur )
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus


13 comments:

Acik Erna said...

Assalam ida..rajin ida masak..acik kalau masak beehoon rasa tak menjadi je..selalu sendiri rasa tak sedap.tu sebab jarang sangat masak beehoon.kecuali beehoon singapore je.

Sheila Shafeareen said...

As'salam...hemmm harum bau mee hoon grg TY...negok pg2 ni terasa lapar...fv ank bujang ni

Gee® said...

aduh...mengancam!!

Liza said...

salam ida....fuhhh harumnya sampai ke sini....nak sepiring blh? hihihihi

Anonymous said...

sedap!!...selain goreng biasa,ala singaporean..tomyam style pun sodap kan...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..sedapnya mee hoon ni...Mesti wangiii je bau dia kan....

Zack said...

assalammualaikum kak,

aduh...kempunan sy tgk bihunnya tu.. sedapnya~ rasa mcm nk makan skrin pc ni je, hehehe..

NoorMasri said...

adussss tergoda lagi......tadi rasanya cam dah kenyang, naper tiba2 rasa lapar pulak, heran sungguh...asal dtg umah Ida mesti lapar cam kebulur hehehe

Maira Anjami said...

salam kak ida^^..wah!lme dah tak mengomen kat sini..
sye baru teringt2 bihun tomyam..blom smpt nk cri resepi,kak ida dah post entry ni..sng la keje sye..hehe..insyaAllah nnt nk cube..

K.Nor said...

salam ida.. utk k.nor tak ada ke? hehe.. mekasih sudi cuba ya.. semua yg cuba pasti akan cakap ayat yg sama, nak cuba takut tak dpt sambutan.. . tp bila dah buat. ermm insyaallah licin :)

ResepiAsia.com said...

bila tengok bihun je mesti rasa lapor.. adoi laaa
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia

shateson said...

my website cheap wigs human hair,hair pieces for women,human hair toppers,wigs online,costume wigs,human hair wigs,cheap wigs,human hair toppers,human hair wigs click to investigate

teydison said...

a fantastic readhop over to here click to read moreRead Full Report Homepagewhy not try here