Caakkkk!! Salam semua!!!!....Salam Tahun 2012..........alhamdulillah dapat kita bersua kembali di alam maya ini, ida minta maaf banyak2 sebab dah seminggu dapur HCT tak berasap....dapur HCT jer tak berasap, dapur sebenar ida tetap berasap-asap, tak berenti berasap walaupun tak pakai dapur kayu he..he.namun begitu ida tidak sempat pun nak snap pic makanan yg ida masak. Kalau ada pun snap gitu2 jer. Ida agak sibuk beberapa hari lepas, sibuk di rumah dan sibuk dgn aktiviti luar juga, aktiviti jalan2 main salji....tambah2 lagi anak2 sume cuti sekolah. Biasa la, bila 4 org askar ni berkumpul di rumah, haru biru semuanya....hemmmmm
AYAM GORENG BEREMPAH
by HCT ( versi org merantau jer ni )
Bahan A (dikisar)
1 1/2 inci Halia
4 batang serai
5 ulas bawang putih
1/4 labu kecil bawang besar
Bahan B
Bahan B
- 1 kg ayam
- 1 sk serbuk jintan manis
- 2 sk serbuk jintan putih
- 1 sb serbuk ketumbar
- 1 sk serbuk kari ( boleh tambah )
- 1/2 sk serbuk cili ( boleh tambah ) * Jika tak nak pedas boleh gantikan dgn serbuk paprika
- 2 sb air asam jawa
- 1 1/2 sk sebuk kunyit ( boleh tambah )
- 1/2 sk serbuk pati ayam
- garam secukup rasa
- 1 sk gula
( Jika ada daun kari, boleh tambah sama )
Cara-cara memasak
- Perap ayam dengan semua bahan A yg dikisar dan bahan B selama 40 minit atau sejam.
- Panaskan minyak yg banyak, goreng ayam hingga masak & toskan.
- ( Masa pertengahan menggoreng, cedok serdak2 rempah dan ketepikan - nanti boleh ditabur ke atas ayam goreng )
- Susun ayam ke dalam pinggan, taburkan serdak2 rempah ke atasnya. SEDIA DIHIDANGKAN BERSAMA PULUT KUNING TADI.
Anak2 ida sume penggemar pulut, tak kira la pulut kuning ker, pulut lemak putih ker, ketupat ker....diaorg lebih suka cicah ngan gula jer
Tips utk mendapatkan telur dadar yg cantik dan tidak pecah semasa dipotong.( tips ida dpt dari sis Japan sms cooking demo & ida pernah juga terbaca dari blog izah muffin lover ) TQVM
- 1 sk tepung jagung + 2 sb air...bancuh
- 2 biji telur
- Sedikit garam
- Sebatikan semua dlm satu mangkuk
- Panaskan kuali leper nonstick, titiskan sedikit minyak dan sapu rata dgn tisu bersih......biar betul2 panas
- Tuangkan sedikit bancuhan telur/secukupnya.........lenggang2 kan kuali supaya telur rata nipis seluruh kuali. Goreng sekejap shj, agak2 sudah masak dan angkat Jangan terlalu lama, nanti telur keras.
- Ulangi proses menggoreng hingga habis
- JANGAN hiris telur dadar semasa masih panas, biarkn ia suam2 sedikit baru hiris supaya ia tidak putus/pecah.
13 comments:
salam kak ida ^^ sedapnyer nmpk set pulut ngan ayam goreng kak ida tu.. tun kalau pulut ni blh mkn sikit2 je, sbb nnti berangin satu badan. hihi.. biasanya masa raya mama tun mesti masak pulut ngan rendang ayam. windunyer!
assalamualaikum ida,
nyum nyum, sesekali makan pulut kuning mmg sedap, tapi tak pernah lagi makan versi ida ni, ngan ayam goreng berempah.. biasa makan ngan daging atau ayam yg berkuah.. hmmm nyum nyum.. camni pun i like tau.. :D
salam kak ida..terliur nmpk pulut kuning akak tuh..berseri2 sungguh warna pulut tuh.pg td teringin gak nk buat ni,last2 sy buat seri muka je.
isssyyy teringin gak nak makan pulut kuning ngan kari ayam ni...but beras pulut jpn dah habis la kena beli dulu la....wahhh terlioq dah ni akak
amboiiii.... duduk Jepun pun buat pulut kuning juga ye... memang anak Melayu jati!
Assalammualaikum Ida, dok jauh pun ada jugak masak pulut kuning berbanding dgn akak ni, tak pernah buat pun. Mengharap kakak n emak yg buat.
Sangat suka tips buat telur dadar tu..thanks Ida..
salam kak..cute je nmpak pulut kunen akak ni...comey jer gandingan dgn ayam tu :)sesuai utk bekpes ye :)
terliur tgk, dh lama x buat..:)
Jalanjalan cari resepi ayam berempah. Tq sudi share 😊
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
why not look here replica gucci bags click here to investigate replica bags china about his cheap designer bags replica
right here read here look at this now other browse around this site her latest blog
look at this now resource look at this website high end replica bags Home Page Visit Your URL
Post a Comment