My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, October 29, 2011

Kek batik Coklat Berkacang

Minta maaf banyak2......hanya banyak ni jer yg sempat buat possing, sbb yg lain dh bawa ke masjid tadi.  Siang tadi ida ada attend cooking demo oleh Japanese friends kt masjid Fukuoka ni. Diaorg demo camna nk buat 'Shirasi Sushi'./ sushi yg tak perlu digulung2....very simple. Mula2 ingat diaorg nk demo 'maki sushi' /sushi roll tu. Frust tadi sbb terlupa bawa camera. 
Ida post resepi kek batik coklat ni cepat2 sbb atas permintaan kawan2 ida kat sini tadi yg bertanyakan resepinya. Pernah buat sebelum ni versi letak telur yg gaul biskut terus dlm cecair coklat,  yg ni tak der telur......rasanya ida suka yg ni. 

Resipi Oleh ~ Mylla @ My Resipi

TQVM to all

Bahan ( 1 kg ):

  • 200gm millo 
  • 250gm butter 
  • 3 sudu makan serbuk koko 
  • 1 tin kecil susu pekat manis 
  • biskut meri secukupnya 
  • ida tambah 1 sk serbuk nescaffe 
  • ida tambah kacang tanah kisar utk tabur atas 
*ida tambah sedikit air panas sbb terlalu pekat, ini mungkin susu pekat kat sini ( jepun ) kecil sikit tinnya. 398 gm beratnya

Cara membuatnya :

  • Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) 
  • Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... 
  • Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur 
  • Seterusnya masukkan serbuk koko, nescafe.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.... 
  • Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan. 
  • Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. 
  • Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis. Tabur kacang tanah kisar sebagai topping.
  • Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan... 


Gambar diambil ketika diwaktu petang yang mendung dan hujan renyai2.......so ia pun nmpk sedikit mendung but rupa tak penting.
Sangat sedap !!! bertambah2 sedap bila topping atas tu ditabur kacang tanah. Mekasih banyak2 kpd penyumbang resepi dan sumber2 resepi. Ta ti tu....tak leh cakap banyak sbb byk hal lum settle lagi ni......

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ida sedap tu untuk minum petang.

Acik Erna said...

Ida..kaka kalau buat kek batik..memang tambah kacang tanah..tapi tak la ditaburkan diatas..cuma digaulkan sekali.dalam coklat tu.
bagus jugak ida buat tabur kan..mesti rasanya lagi sedap.

Nieza said...

alahai kak ida....bikin saya terliur la nengok kan kek batik akak ni...dah lama tak buat..sedapnya ada kacang lagi tu:)

rahel said...

waaaaaa...santek na..teringin pulak nak ambik yg 3 potong dlm pinggan cute tu..lama tak merasa kek batik ni..

nuwairani ismail said...

nanti kak ida try la buat sushi tu...boleh nani tiru jugak.