My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, October 19, 2011

Anpanman Cakes for my little princess birthday

Salam buat semua yang disayangi.......baru berkesempatan muncul kembali hari ni. Rasanya sangat sibuk sejak akhir2 ni, macam tak terkejar masa yang ada. Nak ronda2 blog kawan2 mcm tak sempat jer. N3 kali ni cuma story birthday anak ida yang paling kecil 'AIN' pada 4 hari lepas '17.10.2011 yg skrg ni sangat fanatik dgn cartoon anpanman. So utk b'daynya, dia request kek anpanman. Ida buat 2 biji, satu utk bawa ke hoikuen/tadika( kek tiramisu) saja2 jer ni, bukan la wajib di bawa pun, sebagai tanda terima kasih la pada sensei2 yg jaga ain dan satu lagi utk celebrate kt umah ( Death by chocolate cake )



Ain possing dulu sebelum bawa kek ni ke tadika.....Saiz 20 cm ni jer la yg paling besar  ida dpt buat, sbb kt sini ida hanya jumpa loyang saiz 20cm jer, walaupun ia tak sebesar mana, cikgu/sensei ain akan bahagi2 kan kek ni kpd sume sensei2 kelas yg lain termasuklah pada staf kt opis.  . Masa angah Tina dan birthday Aqil tahun lepas pun ida ada bawa kek ke tadika ni. Sebelum ni ida tak tahu, masa ni la baru  ida tahu sebab ada sensei kelas lain ucapkan terima kasih pada ida di atas pemberian kek. Mula2 ida heran gak...baru la ida faham.



Possing dgn kek anpanman ke-2 celebrate kt umah. Kek ni ida buat kek ' Death by chocolate cake' Resepi amik kt MyResepi. Jap2 lagi bila free ida update resepi kat sini



Possing bersama kad birthday yg dia dpt dari tadika...



Kek Tiramisu ni juga, bila2 ida free ida update/n3 kemudian.....

Kek anpanman yg dihias dgn chocolate anpanman serta rakan-rakannya....

Oishiikatta!! Kes malas nak belah kek & lapis krim kt dlm dia namun tetap yummy!!........
Esokya kek ni hanya tinggal suku......sempat la ida amik utk buat possing sikit. Ain sangat suka dgn kek anpanman dia ni, pagi b'fast pun ngan kek ni, balik sekolah pun bukak peti ais nak makan kek ni. Apa2 pun kek ni mmg la sgt enak!

18 comments:

Asmara said...

Budak2 ni mmg suka sangat la anpanman. memang cantik dan nampak sedap keknya! :D
Oh hantar hoikuen ye kak? yg lain pun sama ke?

Ida,Japan said...

As mekasih.....saja jer k'ida bawa satu kek ke hoikuen, kasi happy sikit sensei yg jaga & tanda terima kasih la tu

Anna Qawina said...

aslmkm...cantik sungguh deco tu..huhu...kita tak reti nak deco kek..hehe..kek ni dah pernah buat..sedap..
Oh ya..happy Birthday to Ain..moga membesar bagai juara..hehe

Ucu Faridah said...

maju suda...mesti sensei seronok je dpt makan kek...

Hapi birthday Ain..semoga ain menjadi anak yg solehah dan selalu menceriakan umi n ayah...

tun_telani said...

happy birthday ain.. moga menjadi anak yg solehah, insyaAllah..
jeles betul la tgk hasil tangan penuh seni nih.. cantik2 kek yg akak buat.

CT Delima said...

As'salam Ida

nak wish beleted b'day girl semoga Ain sentiasa sihat dan gembira selalu..aminn

cantiklah suka tengok ida deko kek tu. nasib baik jauh nun kan. kalau dekat dah bukak petiais ida hari2..hehehe

kasihredha said...

happy birthday ain
semoga mjadi anak yg sollehah
bertuah ain dapat kek buatan dari ibu tercinta..dan cantik pula :)

アヌム ちゃん said...

otanjoubi omedetou ainchan..kawaii ain nih.kek pun kawaii jugak.heee

JaSSNaNi said...

Hai ida.. assalamualaikum.. :D
sedapnya makan kek... lawa plak tu anpanman tu.. cute je.. lawo lawo lawo.. hihi

Gee® said...

Hepi b'day AiN... comey anpanman tu... kenyang mata akak... hehehe

lina said...

salam ida happy belated birthday to lil princess...semoga berjaya di dunia dan akhirat .wah sgt menarik deco cake itu.

Ummi said...

Assalam Ida, happy belated untuk Ain yang cantik manis, semoga jadi anak yang terbaik buat family, amiinn...komaaiiinnn kek anpanman dia lawwwooo, mamanya rajin buatkan...suka hati la Ain eks...

Sue @ Nenie said...

Happy Birthday to Ain...Wahhh deco keknya pun sangat menarik

nuwairani ismail said...

budak2 kat sana memang fanatik betol dengan katun ni ye...pandai kak ida deco.
comel ain tu...muka pon dah nak macam budak jepon...semoga menjadi anak yg baik utk mama papa nye...

kzai said...

slmt hari lahir ain..semoga berjaya dunia dan akhirat dan jd anak yg terbaik..
cantik kek mama buat utk ain..sampai 2 kek tu..seronok buat kalau anak2 suka mkn kan..

Mamasya said...

Happy birthday Ain...comei kek bday Anpanman Ain mcm Ain juga!

Kak Sam said...

Bertuahnya ain. Next week besday aqil, teringn nak buat kek untuk dia tapi tak konfiden le.

Nur-nba said...

Salam.. Kak Ida, comelnya anak akak..
Happy Belated Birthday Ain.. moga membesar menjadi anak yang solehah dan bijak..

p/s: Lawa blog akak.. :D