My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, October 24, 2011

Pizza Tuna Gebu...doh Pizza Gebu CMG

Salam di pagi Selasa buat semua........menu pizza yang selalunya jarang dapat masuk n3 kat sini, sbb ia memang sgt laris pada isi rumah ida, sebelum2 ni tak sempat nak snap2 pic pun walaupun selalu gak buat. Kali ni ida buat lebih, doublekan doh, (resepi ida letak yg 1 adunan sahaja ) dapatlah banyak biji sikit, so boleh la ida amik buat possing.
Resepi utk doh pizza kali ni ida skodeng kat dapur DTS kepunyaan Che Mat Gebu kita nun......doh dari resepi pizza gebunya, kali ni ida buat pizza letak topping tuna pulak. Mekasih banyak2 ye Che Mat....izinkan ida share kat sini pulak
ye.
Gebu cam nama tuannyer jer he..he. Dapat sepotong dua pun dah kenyang ni. Kalau nak tabur cheese lebih -lebih pun boleh....tu ikut selera masing2 ye

Resepi doh pizza gebu : CMG
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
  • 300 g tepung gandum ( ida guna tepung roti )
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)..yg ni ida tak der stok
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air ( -+ )
  • Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN TOPPING TUNA yg ida buat:

  • 2 tin kecil tuna dlm tin( plain )
  • mayonis 
  • Sos tomato secukupnya*
  • Sos cili secukupnya*
*Sos cili dan sos tomato dicampur bersama
*Ambil sedikit  @ 2 - 3 sb sos yg dicampur tadi , serta 2 sb mayonis gaul dgn tuna
*kalau ada sos pizza, guna sos pizza & tak perlu letak sos cili dan sos tomato tu
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar
  • Keju mozarella halus / boleh juga letak mix cheese halus 
  • Capsicum...didadu
  • 1 biji bawang besar... didadu
  • Timun jepun..dihiris bulat-bulat
CARA MEMBUATNYA :

  • Cara CMG buat UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

Cara CMG kt bawah, ida ada tambah & edit sedikit

  • UNTUK PIZZA TUNA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  • Ratakan sebahagian sos pizza/campuran sos tadi  ke atasnya. Tabur sedikit keju mozarella
  • Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dimulai dengan tuna dan diakhiri dengan keju mozzarella.( ida biarkan 15 minit dlm oven yg dipanaskan sbb cuaca agak sejuk kt sini supaya doh naik lagi baru bakar ) Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. ( ida bakar lebih kurang 18 - 20 minit shj )
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
.
Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :

  1. Letak doh depan heater / pemanas udara atau 
  2. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg dicanai leper dan sudah diletak topping ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik

Bismillah.........jemput makan semua!

15 comments:

ady said...

as-salam
gebu sangat2 kejadiannnya pizza tu..emmm...memang sedappp!!!

nuwairani ismail said...

nani tak pernah try buat piza yang betol2 mcm ni. selalu main tabur sosej n mayo n sos cili je..pasni nak letak cheese jugak la

Cheq Sue said...

wah kak ida, tayang piza pagi ni. saya pun dah buat guna resepi ni, memang puashati... ni boleh bua lagi dok kg ramai tukang makan

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ida..oh..sedapnya pagi2 sarapan pizza

Liza said...

ida...nak order delivery blh tak? hihihi

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg gebu betul pizza akak ni...
sebulan gak x makan pizza
dulu b4 puasa selalu gak buat sebab teringin nak mkn but now x terasa plak....yg pasty sangat la sodap pizza ni khennnn

NoorMasri said...

Assalam....sedapnya pizza...gebu gitu....mintak sepotong!

Amie said...

gebunya......dapat sepotong jadilaaa....

Asmara said...

kak ida mmg nampak gebu sungguh! nyum2!!
*kak nasi impit guna beras thai, kalo beras jepun x jadi sebb nnti lembik.

Ucu Faridah said...

tadi pegi rumah ratu kebaya, tunjuk pizza hunt..
pegi rumah ida pun tunjuk pizza DTS...

cantik n gebuz jer ida punya pizza ni...ini tak boleh jadiiii...(jiwa dah mula kacau dah..)

cik cek said...

Emmmm....memang pizza gebu menggebu....:D

tun_telani said...

wah.. gebu nye pizza.. dh lama tun x memiza..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ida.. memang nampak gebu pizza tu. lama juga ita tak buat pizza..hihihihihi yummy

quinnie said...

sedapnya pizza..saya dulu rajin buat pizza..tapi lepas tu dah jarang buat sebab dulu selalu sgt buat..hehehhe

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ida..
Ida..berkenan dgn bentuk roti pizza ida tu. Sbb kat bahagian2 tepi dia buncit mcm kat pizza hut..