My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, October 12, 2011

Kek Muka Anpanman

Salam buat semua......kembali lagi dgn kek anpanman pulak. Kek yg di deco last week . Kawan ida tempah utk birthday puterinya yang minat sangat dgn kartun anpanman. Tu yang bz sikit last week.......kena deco 2 biji kek, satu kek anpanman ni dan satu lagi scroll cake/kek graduation. ..kek yg  satu lagi ni bila2 free nanti ida post. Tak pro la katakan.....kena deco 2 biji kek dlm seminggu dah jadi kelam kabut dahhhh.....ida masih slow lagi bab2 mendeco ni. Bila ada kawan2 yg tempah ni....boleh la ida asahkan tangan ni utk mendeco walaupun masih tak seberapa.  Ada jugak kek2 yg kat kedai sini boleh dimakan, cuma deco dia simple jer la...pas tu mahal pulak. 
Mula2 1st time pegang piping bag dulu, sgt kekok, entah apa2 jadinya, deco kek mula2 dulu utk b'day anak ida la, kesian pulak budak2 ni tak der kek b'day..so ida cuba la deco sendiri, ha..ha buruk sgt rupa keknya, ada gambar kek tu kt fb sbb masa tu belum berblogging lagi.,..sekarang ni ok la sikit. Ida tak der join mana2 kelas deco pun, sekadar suka2 jer ni...ida ada juga refer kt youtube. Kadang2 ada juga design yg kuar dr tangan ni secara spontan sms mendeco


Pas tu satu lagi bentuk lubang noozle yg dijual kt Japan ni terhad, tak banyak pilihan mcm kt m'sia.  Begitu juga bahan hiasan utk kek, mmg tak banyak pilihan. Ye la, kalau tengok kek2 yg dijual kt sini, deconya simple2 jer....mana ada kalerfull, putih/coklat ja, hiasan pulak samaada buah-buahan atau coklat..adala sikit patung2 kecil.....itu jer.
Kek muka anpanman ni, kek asasnyer kawan ida minta kek cokelat...so ida buat 'american chocolate cake' yg ida dah pernah buat beberapa kali dulu. Memang sedap sgt kek cokelat ni.....serasi dgn tekak kami. Nak tgk n3 terdahulu boleh klik SINI atau SANA dan ada lagi sebenarnya. Resepi mula2 dulu tengok kat dapur k'ummi, Kuantan...mekasih byk2 yer kak.
Next week birthday ain lak...pun request kek anpanman, baking dan deco lagi la nampaknya. Sementara kat sini, boleh ida  penuhi permintaan anak2 ni...bila dh balik m'sia, rasanyer dah tak sempat nak deco2 lagi dahhh...


American Chocolate Cake

Bahan-bahan kek coklat :

  • 2 cwn tepung *
  • 2 cwn gula ( granulated )....ida pakai gula halus
  • 3/4 cawan serbuk koko *..ida letak 1 cawan
  • 2 sd teh baking powder.......ida kurangkan kpd 1 1/2 sd teh shj *
  • 2 sd teh soda bikarbonat....ida kurangkan kpd 1 sd teh shj *
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu segar
  • 1 cwn minyak jagung....ida bubuh minyak sayuran
  • 1 sd teh Nescafe di bancuh dengan 1 cwn air panas
  • Ida tambah 1/2 sd teh garam halus *
Cara-cara :

  • Ayak bahan bertanda * sekaligus
  • Pukul telur & gula bersama minyak ( cara K'Ummi Kuantan pukul selama lebih kurang 1 1/2 minit )
  • Masukkan bahan yg diayak, susu dan bancuhan nescafe..kacau sekejap dgn senduk kayu.....ida pukul seketika dgn menggunakan low speed.
  • Untuk buat bentuk hidung dan pipi....ambil sedikit dari adunan dan bakar dlm 3 acuan cupcake.
  • Adunan selebihnya bakar dlm loyang bulat dengan preheat oven pada suhu 170 C selama 45 minit. Atau sehingga masak. Masa adalah bergantung pada ketebalan kek.
  • Untuk elakkan permukaan kek hangus sms dibakar....tutup permukaan kek dgn aluminium foil di saat2 akhir membakar.
  • Untuk pastikan kek betul2 masak, ambil lidi sate, cucuk bahagian tgh kek...jika lidi tersebut bersih, maknanya dah OK.

Light chocolate cream:( sebagai base muka anpanman )
KALAU nak lebih tebal krim, boleh doublekan adunan
  • 200 mls whipping cream
  • 2 sd bsr serbuk koko
  • 3 sd bsr gula
  • 1/4 sd teh garam
cara-cara :

  • Satukan semua dlm satu bekas, pukul sehingga sedikit pekat....agak2 sesuai utk disapu pada kek tadi sebagai base muka anpanman
Krim utk hidung, pipi dan tulisan:
  • 100 mls whipping cream
  • 1 1/2 sb gula
  • sedikit garam
  • sedikit essen vanilla
  • Pewarna merah 
Cara-cara:
  • satukan dalam bekas dan pukul hingga sedikit pekat. Sedia digunakan utk dihias pada kek ( hidung & pipi anpanman )
  • Untuk tulisan, baki krim yg bewarna merah tadi di campur dgn sikit pewarna hijau
Jenis noozle:
  • Ida guna noozle yg lubangyer bulat besar sedikit utk bentukkan hidung dan pipi
  • Ida guna noozle lubang bulat kecil sedikit dari yang atas utk tulisan
Hiasan lain adalah ikut citarasa pilihan
Ida guna chocolate pen yg siap dijual kt sini utk lukis mata dan mulut anpanman serta tulis nama.





Ada satu lagi, kek buku anpanman pulak...ni pun kawan ida tempah gak, kek chocolate indulgence .....bila2 free ida story pasal yg ni k sbb story kek ni agak panjang lebar sikit

17 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nak tempah jugak la k.ida for adam bufday next month boley x????

Ida,Japan said...

ayu...boleh2 tapi kena pick up sendiri tau he..he

MOKCIK AZWA said...

Menarik kek Anpanman..kreatif dan rajin sungguh Ida w/pun dlm kebizian..

Asmara said...

Kak ida! cantiknya! boleh tiru la idea akak nih. hehe..

Ucu Faridah said...

mmg mula2 mcm kekok..tapi bila dah lama2 jadi gian pulak kalau x mendeko...

cantij anpanman ida tu...

kasihredha said...

kreatif le ida ni :)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
nani singgah sini tengok kek cute tu.. kreatif tul lah.. mcm2 buat..

izahdaut said...

kak ida ni mmg pandai laaaaa.. suke tengok

Naz / Nadz COSK said...

Ida, ida ni mmg ada bakat mendeko lah.. Cantik.. Suka naz tgk...

Cheq Sue said...

jangan ada pulak kat mesia ni nak oder kek anpanman...jenuh nak membuatnya kak ida...

Mamasya said...

Aslmkum Ida

Tomei kek anpanman tu..kreatif Ida.kartun Anpanman mmg femeskan kat Jepun...patutlah budak2 request..

Acik Erna said...

asalam ida..ida memang pandai mendeco kek la..macam2 rupa ida boleh buat.

sasha rahmat said...

kk ida....alahaii comeiinya kek tu..siap segala complete nooo....kreatif ler kk ida ni!! suka5

HaSue said...

Ala..ala...comelnya kek anpanman ni...kartun ni femes kan kat jepun kak?
Akak dah nak balik msia ke?hehe..mementg akak sebut balik msia tu..tiba2 je tanya.hee

quinnie said...

alahai tomeinya kek....:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

guna pos x boley ker???

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hikhik dia ader bekas nak letak cake tue....but if request another pic boley x?? ngeeeee