My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, October 26, 2011

Ikan Masak Taucu Ringkas......versi kering

Salam kembali buat semua..........n3 ni hanya menu ringkas sahaja namun pasti sedap ni. Ikan masak taucu juga salah satu masakan kegemaran ida dan hubby. Sebelum raya hari tu, ida ada minta adik ipar kirimkan pes taucu/kacang masin ni bersama barang-barang lain. So sejak dok Japan ni, kira baru nak merasa la. Ada la dua botol jer......nyesal pulak tak kirim lebih. dah tinggal 3/4 botol jer.....terpaksa la jimat2 pakai he..he.
Ikan masak taucu yang ida masak ni ringkas aja la, bawang,halia main hiris2 aja.......tak banyak bahan pun yang ida letak. N3 ikan masak taucu kali ni kira versi masak kering sikit la. Kadang2 ida ada masak versi berkuah juga jika tak buat kuah lain.

Contoh pes taucu / kacang masin...........kalau masak versi kering tak payah lagi letak garam k, sbb pes ni memang dah masin sangat.

Resepi ikan masak taucu ringkas versi kering
Bahan-bahan :
  • 3 ekor ikan .....ida guna ikan aji
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 sb pes taucu....boleh dilebihkan
  • 1/2 sb gula
  • 1/4 cawan air atau lebih air asam jawa
  • 6 biji cili api/cili api...di belah 2
  • Sedikit air sahaja
  • Sedikit minyak utk menumis
Cara membuatnya:
  • Ikan dibersihkan dan dilumur garam kunyit.
  • Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak....ida goreng garing sikit.
  • Hiris halus bahan bertanda *
  • Panaskan minyak dalam kuali lain.
  • Tumis bawang putih, halia hingga naik bau & sedikit kekuningan, masukkan separuh bawang besar....tumis seketika
  • Masukkan pes taucu dan sedikit air ( lebih kurang 1/2 cawan )....kacau
  • Masukkan bahan2 lain....tumis hingga masak. Jika kuah agak masin, kena tambah sedikit air lagi.
  • Masukkan ikan yg digoreng tadi ke dalam kuah....gaul seketika dan tutup api
  • Sedia dihidangkan bersama nasi putih beserta lauk-pauk yang lain.

11 comments:

Amie said...

sib baik ada stok taucu ye... dapatlah ubat kecur liur, heh... kak Amie sampai awal ni, tentu lauk masih panas... tumpang lunch sini ye Ida....

izahdaut said...

baru je beli taucu. hehe tibe2 tengok akak dah tayang hasil ikan taucu ni. sukeee..masak timun taucu n cili hijau tu sedap kan. kalau saya buat mcm kurang menjadi. tapi kalau air tangan mak sedap kanmain lagi. ehhee

Ucu Faridah said...

taucu kita samalah brand..masak pedas2 pastu mkn dengan nasi panas2..gerenti keluar peluh jantan..hihihi..

quinnie said...

mesti bertambah makan ye kak..hehehe...saya ingat nak gulai taucu hari ni..tapi makcik dah masak gulai asam pulak..:)

Wanieyra said...

Sedapnya..ira suka kalau masak kering2 macam ni

Chah said...

beh singgah sini, macam-macam ada..salam dari saya...:)

Chah said...
This comment has been removed by the author.
nuwairani ismail said...

nani tak pernah masak taucu seumur hidup...percaya tak? hihih...nanti nak kene cuba jugak ni...

MOKCIK AZWA said...

Dah lama tak masak ikan masak taucu sebab cik abe tak gemar makan, tapi azwa memang suka makan masakan ni, suka bau dia tu hehehee..

hazila said...

Kat rumah ada 2 botol taucu gara gara tersalah beli.

Mieza said...

mieza jarang masak taucu ni tp bila ida tayang versi kering kena gak mencuba..yang selalu dok tgk versi berkuah..kurang berkenan skit yg tu..kena try resepi ni gak..tengkiu ida for sharing..