My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, November 7, 2011

Kenangan Aidiladha di Japan

Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua kawan2 dan seluruh umat Islam, syukur alhamdulillah kita dipanjang umur hingga ke hari ini, semoga setiap apa yang kita lakukan, diberkati oleh Allah dan dipermudahkan urusan segalanya. ....Gambar-gambar ini adalah sebagai kenangan sambutan aidiladha ida di rantau. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami beraya dirantau, kepada yang baru sampai mungkin masih tak biasa, berkumpul beramai-ramai begini lah caranya untuk meriahkan suasana hari raya kami kat sini. Gambar kat atas tu adalah menu2 yg ida buat sempena hari raya semalam.....
Tolak sate sosej jer ( buat utk mkn kt umah jer ) menu yg lain2 tu ida bawa ke majlis sambutan hari raya group kami M'sia kt sini smlm. Menu2 yg ida bawa sate sosej, kuah kacang daging, kek karamel alunan kasih dan nasi beriani ayam goreng. Nak resepi ke?? he..he bila2 la ye.....free2 nanti ida post kt sini.
Inilah kami yang ada sekarang di sini....end of year 2011 / Aidiladha 2011
Ucapan dari kawan kami yang akan pulang ke tanah air tak lama jer lagi....




Gambar menu yang paling atas tu adalah menu yg dibawa oleh Japanese Muslim. Tu la 'shirashi sushi'...sushi yg lauk dan sayurnya tabur2 kat atas nasi jer.
Macam2 menu ada...semua nk rasa, tapii perutku tak mampu nak isi semua tu...rasanyer ada lagi yg tak sempat nk snap pic



KENANGAN AIDILADHA 2010 
Bilangan kami end of year 2010 / aidiladha 2010
Tahun lepas menu yang ida bawa hanya laksa utara, nasi impit bersama kuah kacang daging...........kuah kacang daging yg mmg tak miss setiap hari raya kt kampung dulu, resepi asalnya dari kakak ida yg telah turun pula kepada adik2 dia....ida jugak bahan yang ida tambah dan ida tak letak. Adik ida pun dah terror masak kuah kacang daging ni. Resepi belum pernah ida post lagi kt sini...ok la kali ni insyaallah ada.

13 comments:

Acik Erna said...

Assalam ida..lagi meriah sambuatn di jepun dari disini tau..banyak hidanganya..

Mieza said...

Meriahnya ida...hidangan penuh table..terliur..nak datang beraya kat jepun lah kalau macam ni :)

Nuwairani said...

masing2 bawak periuk dari rumah canggih2...heheh... meriah betol ye kat sana...ramai orang mesia rupenye...selamat hari raya kak ida...

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. meriahnya.. ramai rupanya kawan2 msia di fukoaka.. syok tgk... cantik kek karamel alunan kasih tu...:)

kasihredha said...

Lebih meriah beraya kat perantauan lagi ida...banyak menu :)

Amie said...

meriahnya sambutan aidil adha...kalah sambutan di tempat sendiri... he hehehhh

rahel said...

Mat mlm Ida
walaupun diperantauan tapi masih meriah...seronok dapat berkumpul ramai2 menjamu selera.

E-na Zarina said...

kalau buat jamuan ramai2 mcm ni,, raya kat oversea lagi meriah dr di malaysia kan...cantik kejadian kek karamel aluan kasih tu ida..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wow meriah gilerrrrrrrrrrrrrrrrr ni
suker la kalo suasana gini
x der la buhsan sangat
kakkkkkkkkkkkkk nak recipe sate sosej tue....but mcm mana ekkk

Liza said...

salam ida...sekurang2nya xde la sedih sgt xdapt balik raya kat msia kan...mmg meriahhh

K.zai said...

salam ida..wah meriah raya disana ye..mcm2 'ADA;..semua npk mcm satu keluarga dan menu semua sedap2 belaka

ucubakery said...

seronok tengok rice cooker tu...
selamat aidiladha ida sekeluarga...
jgn lupa post kan resipi kuah kacang daging ye..

Kamalia said...

Kak ida,nk resipi sate sosej..nmpk sedap je..ramainye muslim kat sana..bestla..xpenah mkn dan jumpa Shirashi sushi tuh..jakun skjp saya tengok..