My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, November 17, 2011

Peanut Roll

Selamat pagi semua......ni la dia peanut roll dari doh roti yang sama yang ida buat 'Curry Tuna Roll ' dalam n3 semalam. Doh tu ida buat dua jenis roti la maknanyer. Buat banyak2 sekali harung.....puas hati makan.
Ida cnp jer la resepi n3 semalam........

Resepi peanut roll by ida@Happy Cooking Time

Bahan-bahan doh roti : ( 1/2 adunan ni ida buat peanut roll, 1/2 lagi ida buat  Curry Tuna Roll  boleh tgk n3 semalam.)
  • 750 gm tepung roti
  • 330 mls air suam -/+ ( sukatan air adalah bergantung pada jenis tepung ye )
  • 90 gm telur atau lebih kurang 11/2 biji telur saiz besar....pukul sedikit dgn garfu
  • 11/2 sk garam
  • 60 gm gula
  • 25 gm marjerin ....ida guna soft marjerin jer ni
  • 25 gm vegetables shortening 
  • 25 gm minyak zaitun/olive oil
  • 11 gm yis kering
  • 2 sb susu tepung
Bahan sampingan:
  • Kacang tanah yg siap digoreng secukupnya.....ida beli yg sedia utk di makan tanpa kulit ( dikisar halus )
  • Peanut cream......boleh tgk cth dlm gambar kt bawah @ kalau tak der, boleh tukar kpd butter/marjerin
  • Gula halus secukupnya
Ia boleh didapati di pasaraya AEON  ( Jusco dan Max Value )...sapu dgn roti keping pun sedap. Satu lagi chocolate cream jenama ni, pun sedap!!

Cara membuatnya:
Kaedah 1: Uli menggunakan bread maker/BM

  1. Masukkan semua bahan ke dalam acuan bread maker....kalau boleh jarakkan garam dengan yis. Pilih menu dan tekan start.
  2. Biarkan doh di dalam BM hingga siap diuli dan cukup masa.
  3. Setelah siap, keluarkan doh, tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian secukupnya ( doh ni boleh buat 2 jenis roti atau lebih, ikut citarasa masing2) dan rehatkan seketika..lebih kurang 8 minit.
  5. Ambil satu bahagian, letak di atas papan pencanai....canai leper bentuk 4 segi panjang setebal lebih kurang 1/2 inci.
  6. Sapu permukaan doh yang dicanai dengan sedikit peanut cream.
  7. Kemudian tabur pula rata dgn kacang tanah kisar. Tabur gula secukupnya ( gula letak lebih sikit pun tak per supaya manis roti lebih terasa )
  8. Gulung kemas2
  9. Gunakan pisau yang tajam, potong bulat2 lebih kurang setebal 1 inci hingga habis... boleh rujuk gambar paling bawah
  10. Ulangi sehingga habis.
  11. Tabur sedikit gula lagi ke atas roti sebelum dibakar.
  12. Rehatkan semula dalam 30 - 45minit supaya ia naik sekali ganda lagi.
  13. Sementara tu panaskan oven dlm suhu 180 C
  14. Susun roti di atas dulang pembakar secara jarak2 atau boleh juga di rapatkan sedikit.
  15. Bakar roti dlm suhu 180 C selama 16 - 18 minit atau permukaan roti nmpk sedikit perang.
  16. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.
Kaedah 2 : Uli tangan
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Uli hingga tidak melekat di tangan, licin dan lembut
  • Perap doh selama 1 jam supaya doh naik 2x ganda. Tutup mangkuk tadi dengan plastic wrap.
  • Selepas 1 jam, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Ikut step no. 4 dan step seterusnya 

Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :
  1. Letak bekas doh depan heater, jika uli tangan,....jika uli pakai BM, suhu BM akan membantu naikkan doh tersebut
  2. Letak roti yg telah dibentukkan depan heater ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan roti yg belum dibakar dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik
Roti yg siap dibentuk sedang direhatkan sebelum melalui proses membakar....kalau nak tengok versi 'peanut cinnamon roll' yg ida buat lama dulu klik SINI

14 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kak ida peanut yg akak beli tue sedap x?? sebab dulu pernah beli tapi rasanya x sama ngan yg mesia punya...tekak x boley telan x sedap hahahaha...rasa dia pelik...ker ikut brand ekk???

Ucu Faridah said...

wah gebuz ye..kalau buat utk rakyat kt rmh ni rasa nya x cukup,kena 2 adunan..

ady said...

as-salam ida
Sedapnya peanut roll...itu belum makan lagi tu..!! Baru tengok gambar jer..

cik cek said...

Sedap la pulak kak cek tgk menu roti peanut roll ni...leh la kak cek try buat nanti....:)

MOKCIK AZWA said...

uikss..alamak terus laporr la pulak nengok roti nie huhuhu....gebus dan menyelerakan

Gee® said...

ermmm.... memang sesuai untuk breakfast dan minum petang nih... bestnyaaa

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida...
nampak sedap ler peanut roll tu ida... ish geram sungguh tgk... cam nak capai jer 1... ambik masuk dlm mulut.. hehhee

tun_telani said...

wahh.. gebu nyer!! tun suka mkn peanut butter..

Amie said...

comel & gebunya! kalau ada peanut ni memang sedaplah Ida... tapau 5 ketul ye...

Liza said...

salam ida...tgk roti berkacang ni mmg menggegar jiwa dan raga betul la....hantu kacang niiii....hihihhi

Acik Erna said...

assalam ida..tak tahan tengok roti ida..dah dua kai kan..sekali tuna..tapi tak berani nak buat sendir la ida..tak de BM..nak menguli tak kuat takut tak menjadi roti nya..tengok aje la..

Chik Mimi said...

Assalamualaikum ida terguda tengok roti ida tu

anymz said...

salam ida,nak cuba lah buat peanut roll ni.akak ambik resepinya ya.:)

sabar kagawa japan said...

kak ida kite pon nk cube resepi ni..aduhaiii top valu nye jem rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee