My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, November 1, 2011

Blueberry Cheesecake .....diorder oleh kawan tempohari

Salam kembali bersua di alam maya ini.......kejap jer, dah masuk bulan November...pejam celikx2 tup2 dah penghujung tahun 2011...rasa macam baru jer jejak tahun 2011. 
Hari ni ida nak n3 satu resepi cheesecake yang kawan order hari tu katanya suprise utk isteri dan anak tersayang. Sebenarnya tujuan asal nak suprise sebelum isteri dia bersalin tapi tak sempat...last2 kek ni kira untuk 3 in 1 la. Nina kawan ida baru jer melahirkan baby boy kat sini, baru tak baru pun dah masuk dua minggu dah. Tahniah kepada mereka. Story dah 2 minggu sebenarnya, baru sempat update kat sini.
Resepi asalnya plain ajer, resepi cheesecake plain ni ida amik kt web junjungbuih yang kawan ida Liza selalu buat guna resepi ni. Ida modified jadikan blueberry cheesecake pulak, buat base dia dan guna 400 gm cheese atau 2 kotak. TQVM kpd empunya resepi dan sumber resepi.


Resepi asal plain cheesecake : junjungbuih
Ubahsuai oleh : Happy Cooking Time
Resepi blueberry cheesecake
BASE
  • 150 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini
  • 40 gm butter dicairkan ( kalau lebihkan sikit pun ok jdkan 60 gm utk elakkn base berderai )
  • 1 sd besar honey/boleh letak 1/2 sb gula halus

ADUNAN CHEESE

Bahan:
  • 300ml whipped cream
  • 400g cream cheese (Philadelphia)
  • 120g gula pasir.....ida guna gula halus
  • 45g tepung gandum atau lebih kurang 4 1/2 sb
  • 4 biji telur ayam saiz LL / A atau 4 1/2 biji saiz M
  • 1/4 biji lemon, perah air atau 1 sb oren sunquick pekat
  • 1/4 sdt garam
  • 1/2 sk essen vanilla
  • 4 sb jem blueberry
  • Optional.....1/2 cawan buah blueberry( ida guna yang frozen )
Ida guna loyang loose base saiz 20 cm

Cara membuat:

BASE
  • Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.
  • Kisar biskut bersama butter cair dan honey / gula dgn menggunakan blender kering sehingga hancur.
  • Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang loose base/spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 8 minit.

ADUNAN CHEESE
  • Cara asal : Masukkan semua bahan ke dalam blender yang bersaiz besar.
  • Blend selama 2 minit atau hingga jadi krim
  • Tapis ke dalam loyang yg ada base biskut atau boleh juga terus tuang ke dlm loyang....kalau tapis lebih baik.
ATAU jika tiada blender bersaiz besar boleh buat cara bawah:
  • Pukul cream cheese bersama gula dan whipping cream sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum, garam, dan jus lemon/jus pekat oren sunquick....pukul sebati sahaja.
  • Masukkan pula telur dan essen vanilla...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed
  • Akhir sekali masukkan jem blueberry dan buah blueberry....kacau sebati
  • Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 160 C selama lebih kurang 50 -60 minit atau hingga masak iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas.
  • Kalau boleh paras air separuh loyang kek, kalau tak dapat letak separuh air pun, pastikan loyang luar diletak air panas. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
  • Untuk elakkan permukaan kek gelap, pada saat2 akhir membakar atau lebih kurang 15 minit terakhir, tutup permukaan kek dengan aluminium foil.
  • Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Lorekkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis sebelum kek dikeluarkan dari loyang
  • Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
  • Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan

.BAHAN UNTUK KRIM BLUEBERRY
    • 200 mls whipping cream 
    • 2 sd besar gula atau secukup rasa 
    • 2 sd besar jem blueberry tanpa buah yang kasar / ketepikan buah yang kasar
    • Optional...sedikit pewarna unggu
    • Optional...1/2 sk essen blueberry
    Cara-cara:
    • Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul hingga pekat ( jangan terlalu pekat )
    • Guna pipping bag bersama noozle yang sesuai untuk menghias krim  pada kek


Kat bawah ni ida cnp resepi asal, ada campur sedikit bahasa Indonesia..

RESEPI ASAL dengan bahasa asal

Bahan: 
  • 200ml whipped cream
  • 250g cream cheese (Philadelphia)
  • 85g gula pasir (bisa ditambah)
  • 35g tepung terigu
  • 3 butir telur ayam
  • air lemon dari 1/2 butir lemon (bisa pokka lemon)
  • 1/4 sdt garam (secukupnya)
  • anjo jam (selai)

Cetakan/loyang ukuran 880 ml (diolesi dengan margarin/mentega)

Cara membuat:
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender. (alat untuk buat jus)
  • Diblender selama 2 menit.
  • Sambil disaring, masukkan adonan ke dalam cetakan yang sudah diolesi dengan mentega/margarin.
  • Masukkan dalam oven dan bakar selama 40-50 menit dengan suhu160 derajat Celsius.
  • Setelah agak dingin, olesi atasnya dengan selai (anjo jam) -- biar mirip seperti yang dipajang di etalase cake... (bila suka, gga juga sudah enak...^-^)

Sebenarnya masa buat kek ni, ida lupa sapu marjerin kat tepi dlm loyang tu...so ada melekat la sikit.
Komen dari kawan.....sedapnyer, alhamdulillah. Resepi dah ida letak ye untuk Nina dan terutama mak Nina yang bertanyakan resepinya...nanti makcik boleh la cuba resepi cheesecake dari ida ni.
Kek dah siap dipack sebelum diambil oleh penempahnya hari tu.......
DAN diucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas komen-komen yang ditinggalkan pada n3 sebelum ni. Kalau berkesempatan, insyaallah ida bw yer.....kalau ada yang ida tak sempat pergi tu, ida minta maaf banyak2.

11 comments:

nuwairani ismail said...

sweet aje kek ni...dahla pepel tu kaler feveret kite.

kzai said...

salam ida..wah cantik ciskek pepel..kt perantauan pun blh cari duit poket kan..x rugi pandai baking

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ida..
Busy ker skrg.. Naz pun payah jugak sekarang nk bw. Dapat balas kunjungan kawan2 pun dah dikira bernasib baik Naz ni sbb di sini sekarang dah masuk musim tengkujuh ni. Hari2 hujan lebat. Internet always slow. Bila dah slow tu, susah nak duduk sekejap jer dpn lappy..terpaksa berlama2..Tapi tulah bnyk kerja lain yg nak kena buat..

Anyway, so sweet kaler purple yg ida guna.. Suka Naz tgk. Ermm..Naz tak pernah buat cheese cake yg bake punya..Mudah ke ida. Naz takut tak jadi..hehehe

Nieza said...

kak ida, cantikla warna CC akak ni...lama dah tak buat blueberry CC ni:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hamboiii bertuah org yg dpt cake ni
sedapnyer....bau sampai oyama ni ngeee

kasihredha said...

sure yg menempahnya puashati :)

Anna Qawina said...

nak order kek..tapi nak yg stoberi..heheh..cantik la tuh..kalau saya sah2 tak layak tayang..heheh..

Ucu Faridah said...

alhamdulilah murah rezki ida...cantik kek tu..

Mieza said...

cantiknya kaler pepel kek ni..cis kek mmg sedap lebih2 bluberi..tapi mkn tk leh mkn byk2 1 slice dh cukup sbb nak diet cewahhhhh bila dah cis kek ni depan mata diet ntah ke mana perginya...ngap saja lah kan..rugi nanti kalau dah sedap2 begini...pandai ida buat cis kek..mieza buat selalu merekah..terlebih panas ye?

Ummi said...

Assalam Ida, apa kabar?? Amboiii cantiknya cheesecake dia...rajin amik tempahan yeaaa... :)) Terliur lak akak tengok..

E-na Lovely Kitchen said...

cantik lah bekas letak kek tu ida...beli kat mana...biasa e-na jumpa yang kotak je lum jumpa yang transparent macm tu...