My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, November 17, 2011

Curry Tuna Roll

Terima kasih banyak2 ida ucapkan kpd kwn yg meninggalkan komen serta ucapan takziah di atas pemergiaan abang ipar ida tempohari......yang pergi tak akan kembali lagi, yang hidup harus meneruskan kehidupan walau sepahit mana sekali pun...
Ok.....lama tak tayang roti kat sini, last week kut ida buat roti ni. kali ni terajin la sikit nak snap gambarnya. Selepas dok tayang roti lama dah dulu,selepas tu ada buat...tapi sangat malas nak ambik camera nak snap gambar......kekadang tak sempat nak snap...tengok2 dah licin...
Ida selalunya kalau buat roti, suka buat doh tu lebih2 sikit........sekali buat boleh dapat banyak, dan boleh buat macam2 jenis roti, pas tu boleh simpan untuk makan keesokan harinya pulak. Untuk doh ni, ida buat curry tuna roll dan peanut roll. Untuk peanut roll, bila2 ida publish k.
Bukan apa, anak2 ida suka makan....mereka akan ulang2 makan...sbb tu nak kena buat banyak2 terus, kalau tidak tak cukup. Kekadang tu, dari doh roti pun, ida bantai buat donut dan pizza....ok jer.
Mula2 ida ingat nak ikut resepi sebelum ni......tengok2 marjerin dah nk abis, asyik lupa jer nak beli so terpaksa la ida tambah shortening + olive oil/minyak zaitun....wahhh hasilnya memang la lembut dan gebu hingga esok hari pun masih lembut.


Inti tuna kari:
  • 3 tin kecil tuna flake ( plain )...total 240 gm 
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 hiris halia*.....*dikisar
  • 2 ulas bawang putih..cincang
  • 1/2  labu bawang besar..dadukan
  • Capsicum hijau/merah..dadukan
  • 1 1/2 sb serbuk kari ikan ( boleh letak lebih )
  • Sedikit serbuk cili jika suka
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 3 sb mayonis
  • Sedikit air perahan lemon
Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak, ida guna minyak zaitun. Tumis bwg putih cincang hingga naik  bau dan sedikit kekuningan.
  • Masukkan bawang besar cincang...tumis seketika
  • Masukkan bhn kisar *....tumis hingga masak.
  • Masukkan rempah kari ikan, serbuk cili, sedikit air lemon dan tambah sedikit air......tumis hingga masak.
  • Masukkan tuna, capsicum, garam dan gula secukup rasa.....masak seketika.Padamkan api.
  • Biarkan suam sedikit baru tambahkan mayonis. Sedia untuk dijadikan inti pada roti kat bawah.
Bahan-bahan doh roti :

  • 750 gm tepung roti
  • 330 mls air suam -/+ ( sukatan air adalah bergantung pada jenis tepung ye )
  • 90 gm telur atau lebih kurang 11/2 biji telur saiz besar....pukul sedikit dgn garfu
  • 11/2 sk garam
  • 60 gm gula
  • 25 gm marjerin ....ida guna soft marjerin jer ni
  • 25 gm vegetables shortening 
  • 25 gm minyak zaitun/olive oil
  • 11 gm yis kering
  • 2 sb susu tepung
Bahan sampinagn :
  • Sedikit sos cili / sos tomato
  • Mozarella cheese /mix cheese halus.
  • Oregano kering
Cara-cara:


Kaedah 1: Uli menggunakan bread maker/BM
  1. Masukkan semua bahan ke dalam acuan bread maker....kalau boleh jarakkan garam dengan yis. Pilih menu dan tekan start.
  2. Biarkan doh di dalam BM hingga siap diuli dan cukup masa.
  3. Setelah siap, keluarkan doh, tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian secukupnya ( doh ni boleh buat 2 jenis roti atau lebih, ikut citarasa masing2) dan rehatkan seketika..lebih kurang 8 minit.
  5. Ambil satu bahagian, letak di atas papan pencanai....canai leper bentuk 4 segi panjang setebal lebih kurang 1/2 inci.
  6. Sapu permukaan doh yang dicanai dengan sedikit sos cili.
  7. Ambil  tuna kari tadi, ratakan ke atasnya. Tabur sedikit cheese halus.
  8. Gulung kemas2
  9. Gunakan pisau yang tajam, potong bulat2 lebih kurang setebal 1 inci hingga habis... boleh rujuk gambar paling bawah
  10. Ulangi sehingga habis.
  11. Tabur sedikit cheese halus dan oregano kering ke atas curry tuna roll yang belum dibakar tadi.
  12. Rehatkan semula dalam 30 - 45minit supaya ia naik sekali ganda lagi.
  13. Sementara tu panaskan oven dlm suhu 180 C
  14. Susun roti di atas dulang pembakar secara jarak2 atau boleh juga di rapatkan sedikit.
  15. Bakar roti dlm suhu 180 C selama 16 - 18 minit atau permukaan roti nmpk sedikit perang.
  16. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.
Kaedah 2 : Uli tangan
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Uli hingga tidak melekat di tangan, licin dan lembut
  • Perap doh selama 1 jam supaya doh naik 2x ganda. Tutup mangkuk tadi dengan plastic wrap.
  • Selepas 1 jam, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Ikut step no. 4 dan step seterusnya 

Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :
  1. Letak bekas doh depan heater, jika uli tangan,....jika uli pakai BM, suhu BM akan membantu naikkan doh tersebut
  2. Letak roti yg telah dibentukkan depan heater ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan roti yg belum dibakar dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik

Curry Tuna Roll  sedang direhatkan sebelum dibakar.........tunggu utk tayangan peanut roll dari doh yg sama di lain episod k...selamat malam....dah nak titon.

11 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum ida...
selamat malam.. :) ehehe.. jalan2 memalam kat sini.. sejuk2 suka la berjalan.. warming up kata kan.. eheheheh..

sedapnya bun tuna tu.. nak mintak sket wat bekal bekfes esok pagi ye.. :) ehehehe.. :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rajin Nya akak meroti sejuk2 gini
Kalo nk buat utk 3 org tpg pakai brpa byk ekk
Ayu bab nk krng bhn2 ni mmg susah hati
Takut x jd ngeee

kasihredha said...

selamat tidur ida...
sebelum tidur pas tuna roll sikit kat sini :))

cik cek said...

Malam2 jenjalan ...aduhai! nampak tuna roll lak kat sini...cecomel je...leh la tapaukan tuk kak cek ...boleh buat breakfast sok pagi...

K.zai said...

salam ida..cantiklah kejadian tuna roll ni..terliur akak tgk..gmbr pun cantik menawan mcm tuan nya..

Unknown said...

Assalam Kak Ida...sedapnya tgk curry tuna roll akak ni...bila tgk ramai org meroti ni terasa mcm nk meroti la juga....dah lama tak meroti mood malas tul la..ambik mood sini dulu..hehe

rahel said...

selamat mlm tuan tanah...dah tido?
singgah skejap tengok curry tuna roll yg menggoda..dari jauh lagi dah terhidu bau wangi..

Liza said...

salam ida....mintak bun tuna ni 5 ketui....hihihi

Asmara said...

Salam kak. Akk simpan doh roti ke atau roti yg dah siap bakar ek? Tengok resepi utk 2 adunan biasa ni. Selalu buat tepung 300-350g. Kalau buat byk sekali sng jugak kan! Kat rmh ni pun satu adunan boleh habis sekali mkn. Hehe..

Kamalia said...

salam kak ida..tkziah ye..semoga arwah ditempatkn dikalangan rog beriman..
dpt bykla ye kak roti ni?sbb guna 750g tepung?boleh cuba gak nih,ank sy suka yg jenis roll gini..

Sheery Dream Cakes said...

ida... suka akak tgk kejadiaan roti yg ida buat.. semuanya nampak cantik.. gebu n lembut.. pasti sgt sedap