My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, November 2, 2011

Pizza Roti Segera....menu b/fast yang cepat dan mudah

Salam weekend buat semua........inilah menu b/fast yang mudah dan sedap feberet anak2 ida. Sangat mudah dan cepat penyediaannya. Pernah ada n3 sebelum ni kat SINI. Kali ni nmpk bersih jer kan atas pizza roti ida ni sbb mmg tak letak sayur mayur pun budak2 ni tak gemar..nanti dikorek buang jer.


Resepi Pizza Roti Segera by HCT
Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti sandwich/roti keping
  • Sos pizza atau boleh pakai sos tomato + sos cili
  • Capsicum/cili belanda....hijau/merah....kali ni ida tak letak
  • 1/2 labu bawang besar
  • Beberapa batang sosej
  • Cendawan butang dalam tin...ida tak letak juga
  • Oregano
    Mozarella cheese / mix cheese halus @ kalau tak ada,boleh pakai slice cheese je.
    Sedikit serbuk lada hitam ( optional )...kali ni ida tak letak
    Mayonis
Cara-cara:
  • Celur sekejap sosej dalam air panas.
  • Capsicum di potong bulat nipis /dadu  ( ida tak letak ),bawang besar di potong dadu kecil.
  • Sosej dihiris nipis bulat/nipis panjang.
  • Hiris nipis cendawan butang.( ida juga tak letak )
  • Kalau menggunakan sos tomato & sos cili.....dalam mangkuk kecil campurkan kedua-dua sos tersebut.
  • Jika takut pedas untuk anak-anak,boleh la menggunakan sos tomato sahaja.
  • Ambila sekeping roti dahulu,sapu dengan sos, tabur sedikit cheese, aturkan sosej,tabur bawang besar, jika nk letak cendawan & capsicum, boleh tabur sekali.
  • Kemudian tabur cheese, picitkan sedikit mayonis, tabur pula dengan sedikit serbuk lada hitam ( jika letak ) dan akhir sekali tabur oregano.
  • Bakar dalam oven selama 8 - 10 minit atau tostkan dlm toster. Selamat Mencuba.
Pizza roti dah siap dipotong dua utk anak2 senang ngapp ...

13 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Yang simple tu la sedapkan ida.

rahel said...

Selamat pagi Ida
Rahel dah sampai ni..nak ambik seketul pizza tu..bestnye..pepagi dah pekena pizza..

JaSSNaNi said...

memang susuai kan bekfes ni pepagi.. selain cepat di sediakan dan kenyang tu yg lebih penting kan.. ida, nanti nani pun nak cari bread gak ler.. nak wat pizza bread pagi2 kan.. alahaii.. sedapnye..

tun_telani said...

alahai.. sedapnyer laa bekfes kak ida.. mmg apa2 yg berunsurkan pizza ni cepat je laku kan..

liemaopurut a.k.a ana said...

simple dan sedap...sukaaaa!!

sasha rahmat said...

mmg sempoi..sy also buat camni klu mmg dh malas (malas is my middle & last name u..ekekeke)...mmg laku derr:))

Ucu Faridah said...

kalau anak2 ucu pantang ada prego + mozarella..depa buat sendiri je pizza yg simple ni..

ape2 pun seronok kan ida..tak payah nak uli2 dah..main pakai roti je..

quinnie said...

memang senang keje kalau buat pizza cam gini..roti gerenti habis...hehehhe

Mamasya said...

Aslmkum Ida

roti pizza ringkas yg penting anak2 suka. anak2 akakpun tak suka sayur...kalau letak buang juga..

nuwairani ismail said...

ha...senang resepi mcm ni...tak cerewet nak tunggu2 doh mengembang ke hape...

Habibah Ersallina Ersallina said...

Nampak cam sedap bleh buat bisnes.sya pn ada blog tpi tk tau cm ner nk jdikn blog msakn

Habibah Ersallina Ersallina said...

Nmpk cm sedap.bleh bisness ni.sya ada jga blog tpi tk tau cm ner nk jd blog mskn

nisa shaklee said...

sng n simple..nmpk sedap juga nyum2 =)