My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, November 2, 2011

Strawberry Donut Balls

Salam semua, apa khabar? .....donut ball biasa asalnya, resepi DJ( resepi II ), ida letak strawberry emulco dan sedikit jam strawberry so jadi la strawberry donut balls. Donut ball dari resepi DJ ni dah beberapa kali buat, sbb suka la, sedap dan lembut hingga esok. TQVM to Dayang Jack dia atas resepi ini.
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Ubahsuai : Happy Cooking Time
Sumber asal : Izah Muffin Lover.
TQVM to DJ & Izah

bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein.....ida guna tepung roti
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin....ida letak 1 1/2 sb
  • 1 sk essen strawberry
  • 1 sb jem strawberry
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)....ida kurangkan sukatan air sebab letak jem dan essen strawberry
  • ida tambah 1/4 sk garam
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :( Ida tak ikut cara ni( uli tangan ), sbb guna BM, so ida masukkan jer sume bhn ke dlm mesin bread maker tu, tunggu siap uli baru bentukkan )
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka...disebabkan cuaca dah sejuk, ida terpaksa buat cara ni, ida panaskan oven sekejap, tutup suis oven..masukkan sekejap dlm 10 minit bebola ke dlm oven yang dipanaskan terlebih dahulu utk mempercepatkan ia kembang.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

*Tips dari Ida supaya donut tidak hitam semasa digoreng.....
  1. Panaskan minyak dgn api yg sederhana shj
  2. Jangan goreng dalam minyak yang terlalu panas
  3. Goreng dgn api yg perlahan sahaja
  4. Tutup kuali semasa menggoreng supaya donut masak sekata dalamnya dan sentiasa pantau semasa menggoreng, jangan tinggal
  5. Kerap kacau supaya donut tidak hangit dan masak sekata

11 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ni mesti anak2 serbu masa lepas masak...sure wangi bau ichigo ekk...nk try sebab my son suker donut

lina_pg said...

assalam Ida, bulat2 comey jerr bite size senang nk ngap..

Gee® said...

sangat cantek dan gebusss.... rasa nak ngap aje...

CT Delima said...

As'salam Ida

Nak donat.. bagi lebih2 sikit ya, k.ct lapor ni. maklumler hujan jer kat sini jadi nya perut ni asik mintak di isi jer..hehehe

cantik bolat2 donat tu, rajinnya mendonat ida ni :)

nuwairani ismail said...

kite pon suke resepi ni...lembut aje donut walaupun dah sejuk...

Juwita Jamaludin said...

sedapnya donut ichogo.. fathnin kalau tahu ni tentu suruh buat .. dia suka donut dan stawberi

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida..
comelnya donut balls tu... nmpk sedap.. kalau ler irfan tgk nie... pasti dia suka sgt nie...

kasihredha said...

sekali ngap je ni ida.. comel2 je

rahel said...

Ida..
percayalah...memang comel2 je saya tengok donut nie..ada senang mesti cuba gak resepi ni..

nOOrsha said...

salam kak ida..ape kabar? hope sehat jer.. sy lame x masuk sini.. maklumla br blik dr bertapa..ehehe... sedap nampak donut ni..siap rasa stoberi lagi.... hehe..bebudak mesti suke ni kan :)...

MOKCIK AZWA said...

sedapnyaaa..i lovee donut..