My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, August 17, 2011

Donut Ball ( Dayang Jack Resepi II )

Salam ramadhan ke - 18 kepada semua umat Islam. Mekasih kepada Izah kerana kongsikan resepi donut ball yg sedap ini. Betul cakap izah, anak2 k'ida pun makan sampai habiss....sampai gula tu dia sapu. Anak boy  akak aqil 5 thn cakap sbb sedap sgt. Dia yg pulun sekali makan, maklum la dia pun puasa. Alhamdulillah dia yang nak puasa, ummi dia tak paksa sgt sbb baru 5 tahun. Baru 3 hari tinggal kut.Nak tahu cuba buat sendiri kan izah.Resepi asal dari dapur Dayang Jack ye izah. Mekasih byk2 to both of u.
Izinkan k'ida cnp & share resepi donut yg enak , lembut dan gebusss kt sini plak k

DONUT BALL( Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Sumber : Izah Muffin Lover
bahan-bahan:


  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :( Ida tak ikut cara ni, sbb guna BM, so ida masukkan jer sume bhn ke dlm mesin bread maker tu, tunggu siap uli baru bentukkan )
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Macam rupa dan bentuk ada, dh boring buat bulat2, ida wat bentuk heart dan bentuk biasa donut. Nahhh...sekali buat 2 adunan....puas hati makan. Goreng 1/2 cooked sikit, simpan esok pulak.

12 comments:

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Sodap tu..jemput ziarah
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

anymz said...

dah lama betul akak simpan resepi yg akak ambik kat rumah IzahDaut tu hah.entah bila lah nak buat.skang dah sibuk megukis..harus lepas raya baru lah boleh mendonut balik ni.hehe

nonierahman said...

cantikla yg heart shape tue..pandai la buat...kagum!

izahdaut said...

assalamualaikum..

cantiknyaaa yg bentuk love tuuu. haiii saya nihabis elok pun bentuk ball jela kak. hihi..sedapkan resepi k dayang ni. ada letak ovelete tu makin menggebu kan. saya pun suke resepi ni..

Nuridah said...

Assalamualakum Ida,

cantik kejadian donut tu...lebih2 lagi yg shape love tu...mengancam la.

Mas said...

mas suka resepi donut ball ni..
gebu jerk donut tu kan kak..

ijayuji said...

salam kak, alamakkkkkk nak kena buat jugak lah nii komen2 kat atas sume kata ttg kesedapannnn dan kelembutannnnn donut nii hihihi tp malas pulak lah sejak2 niii, haish! nak buat kuih2 yg manis2 mcm mkn ngan kuah2 gule kerr :D

Diana @ bilakukatacinta said...

comel sgt tuh...geram nak makan

Nway..slm kenal

ady said...

as-salam ida
comel2nye ida donut tu..mkn satu pun tak cukup ni..cantik bentuk heart shape donut tu..1st time npk donut heart shape...

AI said...

- x pernah cube buat donut...takut x naik gebu...hehe

quinnie said...

salam kakida..saya ni nak buat donut tuk makan berbuka tak buat2 lagi donut nya..hehehhe...asyik buat kuih lain jek...kekkeke...siap ada bentuk love ye kak..heheeh...elok menjadiknya..:)

Ucu Faridah said...

sama lah dgn ank ucu yg kecik ni..akid, fav dia donut...